Monday, August 24, 2015

How to use social media according to the Quran – Akram Safian

Let's have a look at what lessons we (Muslims and non-Muslims alike) can take from the chapter of Al-Hujurat:

1. To verify before we write or forward something

Verse 6 of the chapter translates as: "O you who believe! If a rebellious evil person comes to you with a news, verify it, lest you harm people in ignorance, and afterwards you become regretful to what you have done" (Al-Hujurat 49:6).

We get juicy stories and novel posts all the time, and these include allegations concerning certain individuals. And without much thought we “share” or “retweet” them, wanting to be among the first to spread the message.

Well, what we are doing is effectively spreading the rumours further. Anyone can have social media accounts. Not all of them are careful (you know, just like us) about checking the truth behind or the basis of the stories they receive. Not all of them are truthful or have good intentions – they could be deliberately fabricating lies about whomever they wish to affect.

Thus we should be responsible in exercising “tabayyun” (verification) on what will appear on our Facebook walls and statuses, as they will be read and spread.

2. To reconcile and not to divide

When there is a dispute, we would take a side and go all out defending our stance. It's easy, and any fool can do it. What is not easy however is to restrain ourselves from quickly getting into the fight.

It is not easy to take a step back, try and understand both sides, identify the root of the difference and find a way to reconcile. On many occasions, the cause of dispute is misunderstanding, differences in interpretation, or differences in style and approach. In this case, the Quran teaches us the noble way of always trying to reconcile, work on a common basis which both side could agree and move forward from there.

"And if two parties or groups among the believers fall to fighting, then make peace between them both" (Al-Hujurat 49:9).

3. Not to insult or call names

When we Malaysians dispute, we tend to behave in a manner which is, well, childish. After running out of arguments, we resort to belittling and calling names. Recent popular keywords that came up whenever Malaysians dispute on the Web include terms like “traitors”, “barua”, “penjilat”, “liberal Islam”, “Isis supporters”, and those I do not have the heart to write. We have names for everyone who does not agree with us, as if we are the absolute truth.

Here the Quran reminds:

"O you who believe! Let not a group scoff at another group, it may be that the latter are better than the former; nor let (some) women scoff at other women, it may be that the latter are better than the former, nor defame one another, nor insult one another by nicknames" (Al-Hujurat 49:11).

4. To avoid being suspicious

We tend to be suspicious at the slightest opportunity. And our popular news media are not helping as they prefer to highlight sensational half-stories rather than reporting realities which matter to the people. I tend to be cautious about headlines that end with a question mark.

And we careless Malaysians embrace these and make our conclusions. Those whom we don't like (or with whom we disagree over political stands) have no chance – anything they do will raise our suspicions. Anything. Such a person withholds and we say he is miserly. He gives and we say he is showing off.

The Quran advises us not to think badly of people and not to be so quick to judge. Is not everyone innocent until proven guilty?

"O you who believe! Avoid much suspicions, indeed some suspicions are sins" (Al-Hujurat 49:12).

5. Not to backbite

In the same verse, the Quran says:

"And spy not, neither backbite one another" (Al-Hujurat 49:12).

If the traditional Malaysians backbite in coffee shops (or mamak restaurants), over their house fence (typically while hanging out clothes to dry), at a colleague's desk in the office, or even at the back of mosques, the modern ones do it via social media. This is done during a private chat or in closed discussion groups.

Mind you, backbiting or “ghibah” is not about telling lies about people – rather it is speaking about or exposing the shame of others. If you received a WhatsApp message that begins with, “Did you know, that so-and-so…” you’ll want to be careful about such conversations. Backbiting does no good at all to our relations and certainly is not the way to correct one's wrongdoing.

6. To get to know one another

Yes, the Quran enjoins socialising and getting to know one another. Even with those of other races and religions than ours. All persons are related; are we not all the descendants of one man (Adam, unless you are a proponent of the idea that we descended from an ape)?

"O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know one another" (Al-Hujurat 49:13).

This is so beautiful. God made us into races (Malay, Chinese, Indian etc) and ethnicities (Kadazandusun, Iban, Melanau, Javanese etc) not for any of us to claim superiority over others (if you remember history, this was what the Nazis believed: that they were the superior Aryan race). Certainly not to create racial enmity and hatred.

But we are created different for us to know one another and to bridge that cultural gap with understanding and compassion. And for this purpose, social media is a useful tool. Group features in social media can be created to promote discussion, understanding and harmony.

Use Facebook to invite those of other races and religions to our religious celebrations, wedding reception, or even just a “makan-makan” without any particular occasion. Spread the compassion.

Now compare our current use of Facebook and WhatsApp, the discussions we have and the language we use, with those advised by the Quran. Our posts and shares and replies, what are they like?

Are we the Quranic social media users?

The early verses of the chapter of Al-Hujurat indeed contain a number of prohibitions. The scholar Al-Shaikh Muhammad Al-Ghazali (rahimahullah) noted in his work “Nahwa Tafsir Maudu'i li Suwar al-Qur'an al-Karim” that if Muslims were to learn from this chapter, they would talk little.

But these prohibitions are necessary as humans tend to speak (and to write) a lot, and without control their words can hurt others, create anger and dissent, enmity even. That explains the need for early reminders.

But in verse 13, Allah reminds us that we are living among other people in the wide world. Hence we need to socialise, including with those who appear to be different from us. Muslim social media users have the additional responsibility to share the beauty of Islam as a religion with social responsibilities, not just with personal rituals on praying mats. And as a religion which prefers harmony and reconciliation over hatred and divide.

So let's socialise, the Quranic way.

Apa lagi yang berbaki untuk patriotisme Malaysia? – Syahir Nujaba

Menghampiri detik paling bersejarah buat Malaysia, seperti tahun-tahun sebelumnya, pelbagai lapisan masyarakat mula membuat persediaan untuk menyambut kemerdekaan. Persediaan tersebut boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Sama ada dalam bentuk fizikal seperti kibaran bendera-bendera, mahupun dalam bentuk mujarad seperti kajian-kajian sejarah.

Di celah keghairahan ini, Islam tidak ketinggalan dalam memberikan makna kepada sebuah erti kemerdekaan.

Islam di Malaysia, sebelum ini dianggap sebagai agama yang anti-establishment terhadap kemerdekaan negara. Manakan tidak, laungan-laungan kritik sering kali berkumandang daripada pro-Islamis yang berpandangan Malaysia bukanlah negara Islam.

Bermula daripada isu arak, pusat hiburan, judi, hinggalah gaya hidup pemimpin-pemimpin Malaysia, semua itu tidak memberikan imej yang Islamik.

Hasilnya, ramailah ustaz-ustazah yang tidak menekankan kepentingan menghargai sebuah kemerdekaan. Ini sekali gus menjadikan kelompok yang kuat agama tidak cukup patriotik.

Bagaimanapun, di sudut lain dunia, seorang tokoh gerakan Islam abad yang lalu membawa idea wataniyyah dan qaumiyyah.

Beliau yang dikenali sebagai pengasas Ikhwan Muslimun, Hasan al-Banna, membezakan antara konsep wataniyyah dengan qaumiyyah.

Hal ini kerana, fenomena yang berlaku di Malaysia ini sebenarnya sudah berlaku terlebih dahulu di bumi Mesir.

Bagi menjernihkan pemikiran pejuang Islam di negaranya, beliau menulis satu risalah menyentuh secara langsung berkenaan masalah pemikiran ini.

Menurut beliau, adalah 2 perkara sangat berbeza orang yang memperjuangkan wataniyyah dan qaumiyyah.

Qaumiyyah adalah semangat yang wujud berasaskan jenis kaum kita dilahirkan. Semangat seperti ini tidak selari dengan Islam.

Ia mirip semangat asobiyyah masyarakat Arab yang begitu fanatik dengan kabilah masing-masing. Semangat seperti ini dilihat semakin membarah apabila terbentuknya parti-parti politik dan gerakan Islam yang pelbagai.

Akhirnya, semakin yang asalnya berpunca daripada asobiyyah, bertukar kepada qaumiyyah, dan terus berevolusi menjadi semangat hizbiyyah.

Kini, kita bukan sahaja mengalami masalah kelompok yang fanatik dengan keturunan keluarga, bahkan juga fanatik dengan kaum serta organisasi yang mereka sertai. Semua ini menyeru kepada perpecahan.

Kata beliau, selari dengan roh syariah adalah semangat wataniyyah. Walaupun semangat wataniyyah ini muncul selepas era khilafah, namun pada beliau, negara-negara yang terbentuk selepas kejatuhan khilafah ini terlebih penting untuk dibangunkan dahulu sebelum menyeru kepada semangat khilafah.

Kebijaksanaan beliau dalam menawan emosi para Islamis ini akhirnya berjaya membezakan gerakan Ikhwan Muslimin dengan gerakan ekstrem dan pengganas yang lain.

Melalui semangat ini, para pejuang Islam digalakkan agar memperjuangkan Islam dalam kerangka kenegaraan yang sah dan harmoni.

Inilah juga semangat yang Rasulullah terapkan dalam piagam Madinah, di mana baginda meletakkan tanggungjawab menjaga keselamatan negara di bahu setiap rakyatnya, baik Muslim mahupun bukan Muslim.

Pengkhianatan terhadap negara tidak diukur dengan agama, namun dengan perlakuan khianat itu sendiri yang tidak berkompromi.

Ini jelas berlaku dalam peristiwa Bani Quraizah yang Rasulullah kejar dan hukum mereka setelah mereka mengkhianati rakyat Madinah dalam Perang Khandaq.

Cuma, sudah menjadi suratan pada ketika itu, yang melakukan pengkhianatan adalah penganut Yahudi. Jika Muslim yang melakukan perkara tersebut, pastilah Rasulullah mengambil tindakan yang sama!

Merujuk kembali kepada situasi di Malaysia, pengkhianatan demi pengkhianatan terus berlaku. Dengan tohmah mencapai tahap “beyond reasonable doubt” daripada kes-kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pemecatan jawatan-jawatan penting, hinggalah kepada nilai ringgit yang kian jatuh, sambutan kemerdekaan tahun ini kelihatannya semakin hambar.

Semangat wataniyyah yang semaksud dengan semangat patriotisme ini kelihatannya semakin layu baik dalam kalangan pemuda dan golongan veteran. Hal ini kerana, semangat patriotisme ini lahir daripada 2 unsur.

Unsur pertama adalah sejarah. Mengenang perjuangan generasi terdahulu, cukup membuatkan kita insaf untuk menghargai pengorbanan darah, nyawa, harta serta keluarga mereka demi memerdekakan negara.

Bahkan, dengan menghayati sejarahlah kita akan cuba sedaya upaya kita untuk membawa Malaysia ini pada landasan yang mereka asaskan. Kita lihat, berapa ramai pemimpin yang tidak celik sejarah akhirnya memesongkan negara ini daripada idealisme asalnya.

Unsur kedua yang menjadikan seorang rakyat sangat cintakan negara adalah apa yang mereka sedang dan akan nikmati di negara sendiri, yang mereka tidak boleh dapat di negara lain.

Elemen ini sangat penting bahkan terbukti pada era kebangkitan Eropah serta Jepun. Nikmat keselesaan dan kemewahan, di samping nama negara berada di persada dunia, adalah kebanggaan yang membuahkan putik cinta terhadap negara. Hilangnya unsur ini, elemen sejarah menjadi sia-sia. Ia hanya akan jadi kenangan yang semakin dilupakan.

Untuk itu, apabila kita melakukan refleksi terhadap Malaysia, adakah kedua-dua unsur ini masih segar dalam negara kita?

Malaysia memiliki sejarah yang sangat gemilang. Namun untuk unsur yang kedua, apa yang masih berbaki?

Setelah orang luar lebih kaya daripada rakyat tempatan sendiri, negara luar menawarkan gaji yang lebih lumayan, kos sara hidup semakin tinggi disebabkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga rumah yang semakin menggila, hutang negara yang tidak siuman, nama negara pula saban hari dimalukan, apa lagi yang berbaki?

Jawapannya adalah semangat untuk membetulkan keadaan yang semakin runcing ini. Itu sahajalah yang berbaki untuk rakyat Malaysia tahun ini untuk menyambut kemerdekaan dengan semangat nahyu ‘anil munkar, iaitu mencegah kemungkaran.

Mencegah bukan sahaja rasuah yang tidak terkawal, tapi juga urus tadbir negara yang kian merosot dan dipenuhi dengan pengampu-pengampu kerajaan.

Semangat ini seharusnya dilihat positif oleh pemimpin-pemimpin negara sebagai refleksi terhadap rasa sayangnya rakyat daripada melihat negara ini terus jatuh dan dikhianati oleh penyangak-penyangak.

Oleh itu, bangkitlah rakyat Malaysia. Bangkit untuk lebih celik politik. Bukan dengan emosi dan persepsi, tetapi dengan ilmu dan hujah. Tiada tema lebih cocok dengan kemerdekaan tahun ini, selain terus bersatu mencegah kemungkaran!

Saturday, August 8, 2015

2 menteri bantah, pengarah SPRM tidak perlu akur pertukaran ke JPM

Selepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdul menuntut agar 2 pengarahnya, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob yang ditukarkan secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikembalikan ke agensi itu dan menawarkan dirinya sebagai pengganti, sokongan terhadap badan itu boleh dirasai di mana-mana.

Sama ada secara senyap mahupun terbuka, rata-rata mahu sebarang gangguan atau ancaman terhadap SPRM segera dihentikan bagi memastikan badan itu benar-benar bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya memerangi rasuah tanpa mengira siapa pun yang terlibat atau disiasat.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjadi anggota Kabinet pertama yang tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggapnya sebagai tidak wajar sama sekali.

Kata menteri belia dan sukan itu, beliau berpegang dengan pendirian institusi pencegah rasuah itu perlu dilindungi dalam menjalankan peranannya serta berdasarkan kepercayaannya selama ini yang kebenaran mestilah dipertahankan.

"Saya akan tanya ketua setiausaha negara, kenapa ini berlaku? Adakah sesuai membuat pertukaran dalam situasi sekarang?" tanyanya lagi.

Serentak dengan itu, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ juga secara terbuka menyatakan tidak bimbang jika kehilangan jawatan dalam Kabinet sepertimana nasib yang menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal berikutan pendiriannya ini.

Wow...nampaknya KJ sudah mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak!

Selepas Muhyiddin dan Shafie digugurkan dalam rombakan Kabinet oleh Najib baru-baru ini kerana pendirian yang kritikal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), KJ barangkali boleh diberikan pujian atas sikap beraninya ini.

Seolah-olah menawarkan diri untuk menjadi pejuang dan pembela rakyat serta menunjukkan keghairahan yang berbeza berbanding majoriti menteri lain yang lebih sayangkan jawatan daripada menyatakan kebenaran, kini segala-galanya terserah kepada Najib untuk membuat pertimbangan.

Tetapi, sekiranya Najib sudah mulai mempertimbangkan mahu menyingkirkan KJ daripada Kabinet berikutan pendiriannya itu, sesuatu yang harus disedarinya ialah "ombak hanya menunggu masa untuk bertukar menjadi gelombang" dalam isu gangguan terhadap SPRM ini.

Kiranya KJ dipecat juga, maka sahlah Najib seorang perdana menteri yang hanya suka dikelilingi oleh "yes man" sahaja, walaupun dalam ucapannya beliau cuba menafikan hakikat itu.

Selain KJ, seorang lagi menteri Kabinet iaitu Paul Low juga menyatakan pendirian tidak setujunya dengan pertukaran 2 pegawai SPRM itu ke JPM.

Katanya, walaupun pertukaran itu digambarkan sebagai urusan pentadbiran, tetapi ia tetap dilihat tidak wajar kerana Bahri sedang mengetuai suatu siasatan berprofil tinggi melibatkan Najib yang dilaporkan menerima RM42 juta daripada SRC International melalui akaun peribadinya.

"SPRM adalah sebuah agensi bebas dan mereka sepatutnya beroperasi secara bebas. Jika pegawai SPRM melakukan kesalahan, ia boleh ditangani secara dalaman," tegasnya.

Beriringan dengan pendirian 2 menteri itu, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM juga mahukan kedua-dua pengarah yang ditukarkan itu dikembalikan semula bagi membolehkan kedua-duanya menjalankan tugas seperti biasa.

Tan Sri Johan Jaafar, pengerusi panel itu menambah, "Pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan menimbulkan lebih banyak syak wasangka serta teori konspirasi".

Johan juga adalah pengerusi Media Prima, sebuah kumpulan media yang termasuk di dalamnya stesen televisyen TV3 serta dikenali umum mempunyai hubungan rapat dengan Najib. Namun dalam isu pertukaran pegawai SPRM ini, beliau lebih memilih kebenaran berbanding menjadi "yes man".

Bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin juga semalam mahukan SPRM tidak diganggu-gugat dalam menjalankan tugas dan peranannya, sesuai dengan kedudukannya sebagai badan bebas yang diiktiraf.

Dengan sokongan makin nyata dan terbuka menolak pertukaran itu, Bahri dan Rohaizad yang sepatutnya melaporkan diri ke JPM pada Isnin ini seharusnya lebih berani membantah pemangsaan yang cuba dilakukan terhadap mereka.

Mereka tanpa ragu-ragu, bukan saja tidak perlu mematuhi arahan pertukaran itu, malah tidak seharusnya melaporkan diri di tempat baharu yang lebih merupakan hukuman "penyejukbekuan" kepada tugas menegakkan kebenaran selama ini.

Melalui tindakan tidak melapor diri ke JPM itu, kedua-dua pengarah SPRM terbabit akan lebih mudah mendapat pembelaan berterusan daripada KJ dan Datuk Paul Low, malah Muhyiddin mungkin lebih lantang bersuara di luar kerajaan, bukan saja membela kedudukan mereka tetapi juga memperjuangkan kebebasan agensi pencegah rasuah itu selepas ini.

Tindakan yang sama juga pastinya merangsang sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada kedua-dua pengarah terbabit.

Jika Bahri dan Rohaizad hanya akur dengan arahan pertukaran tersebut, pendirian berani kedua-dua menteri terbabit juga akan turut tersadai di dakapan media saja, jauh sekali menjadi sesuatu yang bermakna untuk kita semua.

Keberanian harus disambut dengan keberanian, maka barulah perubahan boleh diharapkan.

Wednesday, August 5, 2015

Malaysia, negara serba boleh – Akh Mohamad

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, yang digantikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pengumuman Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kebanyakan rakyat tidak berpuas hati di atas keputusan ini kerana pengguguran Muhyiddin adalah disebabkan kritikan beliau terhadap perdana menteri berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Boleh, sememangnya ia boleh berlaku. Perdana menteri mempunyai kuasa untuk melantik siapa yang beliau suka, dan memecat siapa yang tidak disukai. Malahan, bekas menteri yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah juga dilantik semula menjadi menteri. Anda hairan?

Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

Menteri merupakan pemimpin yang fungsinya adalah memimpin sesebuah kementerian dan menjaga kepentingan rakyat. Sepatutnya menteri yang dilantik mestilah seorang pemimpin berkaliber, berdedikasi, amanah, bersih daripada sebarang tuduhan dan mampu memikul tanggungjawab.

Sepatutnya tidak layak melantik seseorang yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah. Bagaimana pemimpin ingin memimpin rakyat sekiranya pemimpin sendiri tidak amanah dan jujur, seperti ketam mengajar anaknya berjalan.

Sepatutnya menteri menjadi contoh kepada rakyat. Sekiranya menteri pun terlibat dengan salah laku rasuah dan pecah amanah, bagaimana mereka hendak menjadi model dan contoh kepada rakyat?

Sejak kebelakangan ini, banyak menteri mengeluarkan kenyataan yang merepek, lawak dan boleh diklasifikasikan sebagai kenyataan bodoh. Adakah menteri-menteri ini tidak berfikir dan mengkaji dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan? Anda hairan?

Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

Kadang-kadang penulis berfikir, adakah negara kita kekurangan pemimpin yang berkaliber? Tepuk dada, tanya selera.

Realitinya, bidang kuasa polis Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Apa yang menarik, menteri dalam negeri dilantik menjadi timbalan perdana menteri. Anda nampak hubung kaitnya di situ? Sudah pasti keputusan Najib melantik Zahid adalah satu keputusan bijak.

Rombakan Kabinet baru-baru ini menyaksikan sekali lagi perpecahan Kementerian Pendidikan kepada 2 kementerian berbeza, iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sebelum ini kementerian ini berpecah 2 sewaktu zaman Tun Abdullah Badawi. Bagaimanapun, pada 2013 selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kementerian ini bergabung semula oleh Najib. Maka banyak wang terpaksa dihabiskan untuk menukar logo dan juga kos-kos lain.

Bayangkan di Malaysia terdapat puluhan ribu sekolah, universiti dan institusi pendidikan yang terpaksa mengeluarkan kos untuk menukar logo. Sudah pasti jutaan ringgit dihabiskan untuk menukar logo sahaja.

Setelah 2 tahun, sekali lagi Kementerian Pendidikan berpecah kembali. Bayangkan berapa juta lagi duit akan dihabiskan untuk menukar logo dan perkara-perkara lain. Kadang-kadang penulis hairan, adakah pihak kerajaan tidak melakukan kajian sebelum menggabungkan 2 kementerian ini? Baru 2 tahun sahaja, terpaksa dipecahkan kembali. Apakah rasional di atas keputusan ini? Anda hairan?

Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Mahdzir Khalid di atas pelantikan beliau sebagai menteri pendidikan. Antara kenyataan awal beliau sebaik dilantik adalah mengkaji bebanan tugas guru. Penulis merupakan bekas guru.

Jika ditanya kepada guru, isu bebanan tugas guru ini merupakan isu lapuk. Sudah berbelas-belas menteri pendidikan sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang sama iaitu ingin mengkaji bebanan tugas guru. Tetapi sehingga kini bebanan tugas guru masih sama, malahan semakin berat. Apakah hasil kajian yang dilakukan oleh menteri pendidikan selama ini?

Mengapa bebanan guru semakin bertambah dari sehari ke sehari. Sering kali kita lihat menteri pendidikan membuat kunjungan rasmi ke sekolah-sekolah di luar negara, terutamanya di Australia dan United Kingdom. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sendiri sistem pendidikan dan suasana sekolah di negara-negara tersebut untuk diaplikasikan di Malaysia.

Tetapi kenapa sistem pendidikan kita masih sama. Katanya ingin mencontohi sistem pendidikan dan sekolah mereka, tetapi sama sahaja. Bebanan guru tetap bertambah.

Penulis sendiri pernah mengajar dan melawat beberapa sekolah di United Kingdom. Suasana sekolah di sini sangat berbeza seperti di Malaysia. Guru-guru di sana sangat seronok dengan pekerjaan mereka. Mereka tidak dibebankan dengan pelbagai tugas seperti guru-guru di Malaysia.

Sebab itu penulis hairan, sudah banyak kali lawatan dibuat oleh menteri pendidikan ke sekolah-sekolah di United Kingdom dan Australia, tetapi malangnya tiada perubahan pada sistem persekolahan dan bebanan tugas guru masih sama.

Bukankah pihak kerajaan ada melantik konsultan pendidikan dari luar negara yang melibatkan kos yang mahal untuk merancang sistem pendidikan Malaysia? Tetapi kenapa hasilnya masih sama. Laporan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme for International Student Assessment) membuktikan Malaysia masih berada di kedudukan corot berbanding negara-negara lain.

Berapa banyak duit lagi perlu dihabiskan? Anda hairan?

Jangan hairan, kita berada di Malaysia, negara serba boleh. Apa-apa pun boleh.

Sebenarnya, banyak lagi isu-isu yang membuktikan Malaysia sebuah negara serba boleh. Walaupun nampak mustahil untuk berlaku, tetapi semuanya boleh berlaku di negara kita.

Penulis merasa kecewa dengan situasi yang berlaku di Malaysia sekarang. Sejak 2 tahun kebelakangan ini, keadaan di Malaysia nampak semakin tenat dan menyedihkan, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Pada 2008, sewaktu penulis tiba di United Kingdom buat kali pertama. Apabila memperkenalkan diri, I’m from Malaysia, antara respons yang diberikan oleh orang di sana:

It’s a very nice country...
Twin towers...
Dr Mahathir...
Great Leadership...
The best Islamic country in the world...

Selepas 7 tahun, sekali lagi penulis berpeluang ke United Kingdom pada tahun ini. Apabila memperkenalkan diri, I’m from Malaysia, antara respons mereka:

Poor Malaysia...
Missing plane...
MH370...
MH17...
Corruption...
Bad leadership...

Sedih, itulah perasaan penulis sekarang. Penulis rindu pada negara Malaysia yang dahulu, di mana rakyat sayang pada pemimpinnya. Jika dilihat pada situasi sekarang, majoriti rakyat benci dan marah pada pemimpin.

Penulis hanya mampu berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada pemimpin dan rakyat Malaysia. Semoga Allah membangkitkan yang benar, dan menjatuhkan yang salah.

Seperti kata pepatah Melayu, "bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru". Suatu hari nanti ia pasti terbongkar.

Monday, August 3, 2015

Fikrah ‘Holier than thou’ yang meresahkan – Ahmad Zhafri Md Noor

Pasca Muktamar PAS 2015 yang lalu begitu meresahkan saya, dan mungkin menyebabkan sebahagian daripada pemuda dan anggota masyarakat di Malaysia ini tidak senang duduk. Keresahan ini bukan bermula daripada penyingkiran sebahagian kumpulan dan menggantikan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain. Keresahan ini juga bukan berakibatkan daripada merajuknya golongan tersingkir daripada jawatan parti yang akhirnya membawa kepada penubuhan NGO baru – Gerakan Harapan Baru.

Dan saya fikir, keresahan ini bukan sekadar pembunuhan karekter (character assassination) secara berkala yang dilakukan dalam majlis-majlis rasmi parti dan tertutup yang dilakukan bertahun-tahun. Istilah barua, pengkhianat, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi tohmahan diberikan daripada satu kelompok kepada kelompok yang lain sehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Keresahan saya adalah disebabkan kewujudkan segelintir anggota masyarakat yang melihat perbezaan ijtihad politik ini sebagaimana perbezaan antara Islam tulen dengan Islam tak tulen , antara pihak yang tuhan ‘meletakkan tanganNya’ kepada jemaahnya (organisasinya) dengan pihak yang menentang kebenaran, antara para “mujahidin ” yang menegakkan hukum Allah dengan golongan tali barut Zionis antarabangsa. Bahkan boleh dikatakan segelintir daripada mereka mentafsirkan kelompok mereka sendiri secara jazm (tuntas) sebagai kelompok yang disebut sebagai “jamaatul Muslimin” (jemaah orang Islam) , ghuraba’ (kelompok asing dan sedikit) dan juga firqatun najiyah (kelompok yang selamat).

Tuhan dijadikan satu objek yang dipergunakan untuk mewujudkan persepsi kelompok mereka cukup relevan, terpilih dan mulia di sisi Allah. Sesiapa yang menentang mereka adalah terdiri daripada kelompok yang menentang hukum Allah, paling tidak bersekongkol dengan musuh Allah, munafiq haraki, pembantu kuffar, parasit ,golongan yang mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Bahkan diwujudkan istilah tapisan dan ditapis untuk menunjukkan Allah menapis kelompok mereka daripada perencanaan kelompok-kelompok ‘jahat’ tadi. Akibatnya, sebarang perbezaan cara pandang sesuatu isu dilihat sebagai satu dosa ,celaru fikrah, tidak mentaati pemimpin utama, bahkan dipandang sebagai kelompok yang terkeluar daripada jemaah mereka.

Istilah jemaah parasit ,pro-IRC, jemaah dalam jemaah, biro politik NGO dan Grand Design mula dipopularkan dan tersebar secara besar-besaran pasca Muktamar PAS yang lepas. Selama ini , istilah –istilah tersebut hanya tersebar di tamrin-tamrin, perjumpaan tertutup sesama ahli dan dalam program terpilih. Ia juga boleh dikatakan sebagai rahsia umum yang hanya diketahui pengamat-pengamat politik, ahli-ahli harakah Islamiyyah (Gerakan Islam) dan kelompok Islamis yang lain. Namun istilah ini dikeramatkan bagi mentahzir sesuatu kelompok melalui beberapa penulisan samaada dalam bentuk buku atau dalam bentuk status facebook.

Salah satunya adalah buku yang ditulis seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Latihan yang dipasarkan dan dipromosikan semasa Muktamar yang lepas. Buku itu sendiri dikritik ketulenan faktanya orang terlibat. Dan ajaibnya, orang yang terlibat itu masih lagi hidup, sihat dan masih lagi aktif berpolitik namun tidak dijadikan sumber primer dalam penulisan buku sejarah jemaah tersebut. Akhirnya , ketulenan fakta itu menjadi polemik yang tak berkesudahan antara pengarang buku dengan mereka yang terlibat.

Facebook juga dijadikan medan perjuangan dan jihad persis medan Badar, Uhud, Khaibar, Mu’tah bahkan persis Medan Rabia di Mesir pada zaman moden ini. Dan ironinya, ‘jihad’ itu bukan dilancarkan kepada golongan murtad dan enggan bayar zakat seperti mana zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, atau kepada Nabi Palsu Musailamah Al Kazzab , tetapi dilancarkan terhadap sekelompok Islam yang lain. Peperangan ini bukan lagi dilihat sebagai peperangan hujah, intelektual dan penuh fakta tetapi dilihat sebagai peperangan disaluti persepsi, penuh prasangka, terpalit emosi, hikayat politik dari mulut ke mulut jauh daripada hujah yang benar. Malangnya , segelintir daripada manusia meyakini dan beriman inilah peperangan antara haq dan batil. Pemahaman literal ini amat sukar dibendung dalam udara penuh ketaksuban ini.

Saya berpandangan setiap manusia berhak mempunyai pemikiran mereka berada dalam kelompok (bangsa, negara, jemaah, organisasi) yang lebih baik daripada kelompok yang lain. Namun ia menjadi suatu sikap yang ekstrem apabila hanya menghadkan kebenaran itu hanya berada dalam kelompok mereka, dan kelompok lain berada dalam kesalahan dan kesesatan yang nyata. Apatah lagi menjadikan parti atau jemaah sebagai syarat lengkap keimanan !

Penggunaan dalil berupa nas Al Quran, hadis, bahkan kata-kata ulama untuk merujuk kepada kelompok mereka sahaja ditentang ramai ulama dan asatizah seperti Sheikh Solāh ‘Abd al-Fattāh al-Khālidī , Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman ,pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Rozaimi Ramle dan penceramah bebas, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang secara tuntas mengkritik penyalahgunaan dan penyalahtafsiran nas-nas Al Qur’an dan hadis. Sifat keumuman sesuatu nas itu tidak selayaknya dijadikan harta intelektual dan eksklusif sesuatu kelompok.

Saya fikir, setiap parti yang bergerak atas landasan demokrasi di Malaysia harus sedar mereka membawa satu bebanan untuk menterjemahkan demokrasi sepertimana yang diungkapkan Sir Abraham Lincoln , “Government of the people, by the people and for the people” (pemerintahan dari rakyat, rakyat dan untuk rakyat”. Setiap daripada parti politik, ahli politik bahkan anggota kepada parti politik harus sedar setiap daripada mereka membawa suara rakyat. Keberadaan mereka sebagai perwakilan rakyat adalah dengan asbab untuk menjadi khadam kepada rakyat, bukan sebaliknya. Rakyat tidak seharusnya ditakutkan dengan dalil dan penghukuman di akhirat akibat tidak mengikut pandangan dan ijtihad mereka.

Sebenarnya mengungkapkan perkara-perkara di atas adalah sukar dalam situasi dan iklim politik Malaysia yang tak menentu. Ini ditambah lagi dengan kisah-kisah penyelewengan yang dikatakan dilakukan pegawai tinggi kerajaan dan pergolakan dalaman parti samaada bagi pihak parti-parti pembangkang dan juga Barisan Nasional. Kedua-dua pihak, samaada pembangkang dan Barisan Nasional menghadapi satu krisis yang amat memenatkan, yakni krisis pemahaman dan pengamalan amalan demokrasi. Sebagai seorang anak muda yang membesar sepenuhnya di Malaysia, menonton “filem-filem “ sandiwara politik amat menakutkan. Kesimpulannya, biarkan nas agama berada dalam “daerahnya” yang tersendiri tanpa dimonopoli sekelompok manusia. Kita bukan berada dalam negara yang mengamalkan Wilayatul Faqih !

Mimpi ngeri infiltrasi IRC dalam PAS – Wan Salman Wan Sallam

Mungkin kerana sebuah jamaah itu menjadi suatu entiti politik dan bergerak atas nama dan oraganisasi yang sama, PAS terperangkap dalam agenda “penyucian fikrah” dan propaganda “kemaksuman pemimpin”.

PAS dilihat sukar menerima realiti dalam sebuah organisasi besar, apatah lagi yang bersifat politik, pertembungan idea ialah sesuatu yang normal malah sihat jika berstrategi dan berjalan dalam ruang lingkup perlembagaan organisasi itu sendiri.

Malang sekali, atas nama mentaati pemimpin dan ulama, golongan yang berbeza pendapat dengan begitu sahaja dilabel antiulama dan antipresiden.

Malah jika asal mereka daripada organisasi lain, lebih padulah serangan terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru atau dipopularkan di media sebagai “GHB” sebagai natijah keputusan muktamar PAS baru-baru ini.

Tidak lain tidak bukan, mereka yang dahulunya membentuk organisasi Majlis Syura Muslimin (IRC) yang kembali ke tanah air dan menyertai PAS atas jemputan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi sendiri. Berbagai-bagai fitnah dan tuduhan dilemparkan. Antaranya ialah membawa agenda sekular dan liberal dalam parti dan mempunyai konspirasi menjatuhkan PAS dan pimpinannya.

Bukti yang dikemukakan, yang menjadi “leverage” mereka ialah dokumen “grand design” yang dibentangkan Saari Sungib dahulu ketika dalam Jamaah Islah Malaysia (JIM). Dokumen tersebut memperincikan cadangan memasuki Umno dan justifikasi cadangan tersebut.

Maka mereka pun sejak dahulu lagi mengulang-ulang betapa bahayanya golongan IRC ini (kini dihalakan juga pada IKRAM, sebuah NGO yang ditubuhkan susulan JIM) kerana akan meliberalkan dan menghilangkan “asolah” (kesucian) dakwah dan siasah PAS jika mereka diberi muka.

Namun berlaku jujurkah mereka yang menguar-uarkan hal “grand design” ini apabila mereka hanya menyebarkan dokumen tersebut tetapi tidak pula menyebarkan bahagian cadangan itu ditolak pimpinan JIM terdahulu?

Kedua, ketakutan golongan ini terhadap pertembungan idea dalam parti hanyalah membuktikan dilema dan keraguan dunia terhadap kemampuan golongan Islamis dalam berpolitik. Mampukah Islamis ini menjadi demokrat atau adakah mereka sekadar menggunakan demokrasi untuk mencapai maksud mereka semata-mata?

Jika dokumen itu diluluskan sekali pun, manakah bahagian dokumen itu yang boleh disabitkan “dosa” dan lebih mengarut daripada baiah talak tiga isteri?

Jika IRC ini segolongan manusia yang ingin memasuki dan menguasai tampuk pimpinan dan pengaruh dalam PAS sekali pun, adakah ini menjadikan mereka antiparti dan gololongan yang ingin menjatuhkan parti? Adakah sebab mereka golongan “luar”, mempunyai perbeaan pendapat dan berhasrat menyebar luaskan idea mereka dalam parti menjadikan mereka pengkhianat parti?

Mengingkari arahan Presiden dan pimpinan parti ialah satu hal. Namun adakah berbeza pendapat “per se” merupakan sesuatu yang haram sedangkan mereka menggunakan saluran yang disediakan dalam PAS, sebuah parti yang berdaftara bawah ROS dan mempunyai perlembagaan sah sendiri?

Mana mungkin untuk sebuah parti yang mahu kekal relevan hanya wujud satu golongan dengan idea tunggal sahaja. Walaupun PKR dari luarnya kelihatan seperti parti liberal dan demokratik dan cenderung pada idea pasaran bebas ala-AKP di Turki, namun tidak lagi rahsia ada sahaja ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding, dan menjadi ahli Parlimen dengan tiket PKR.

Dalam Umno juga walaupun ramai golongan ultranasionalis ala – PERKASA, namun ada sahaja golongan yang lebih sederhana yang masih kekal dalam Umno kerana masih optimis terhadap masa depannya.

DAP juga kini giat berusaha mengubah wajahnya supaya lebih berupa Malaysia yang majmuk walaupun ada sahaja sesetengah golongan dalamnya yang tidak menyenangi perkembangan ini.

Lebih memamlukan, bukan sahaja tidak mahu berbeza pendapat dengan mengiktiraf kesucian diri, malah golongan ini juga bermain di padang berbeza dengan menggunakan media rasmi parti dan akaun media social rasmi parti untuk “membimbing” ahli memilih golongan yang dipercayai menyebelahi satu pihak. Sedangkan jika benar mahu keluarkan senarai, jadilah anak jantan dan gunakanlah ruang yang adil atau berikan juga peluang kepada golongan “iRC” dan “liberal” ini peluang yang sama untuk menggunakan medium-medium itu.

Tidak cukup dengan itu, setelah terjadi buat kali pertama dahulu, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi sebagai Presiden PAS yang sepatutnya menjadi pengaman tidak kira beliau dalam mana-mana kem sebaliknya menambah minyak dalam api apabila menggelar golongan sedemikan “broker” dan “barua” sedangkan beliau sendirilah yang menjemut “broker” dan “barua” ini memperbaharui parti.

Jika benar PAS ingin terus berada dalam arena demokrasi dan mahu teru relevan dalam politik melangkaui Kelantan dan Terengganu, lebih baik PAS memikirkan strategi bagaimana mahu terus dalam Pakatan dan meluaskan pengaruh seterusnya mendapat kepercayaan rakyat berbilang kaum dan agama.

Benar, keradaan Allah ialah tujuan mutlak kita hidup, bukan sahaja berpolitik. Namun adakah Allah reda kemenangan dalam parti dan kekalahan dalam politik negara kerana kegagalan untuk mengenal pasti silap sebenar dan sekadar menuding jari kepada pihak lain?