Thursday, January 28, 2016

Skim Caruman Tabung Haji : Antara Patuh Syariah Dan Menepati Kehendak Syariah - Prof Mohd Nazari Ismail

Beberapa laporan berita berkenaan urusniaga Tabung Haji (TH) semenjak tahun 2015 telah membuat orang ramai menjadi bimbang. Ini terutama sekali di kalangan pencarum TH, sama ada yang mencarum untuk tujuan menunaikan fardhu haji atau yang mencarum semata-mata untuk melabur bagi mendapatkan pulangan.

Di antara berita yang menjadi kontroversi ialah berkenaan pembelian tanah 1MDB oleh TH pada harga yang dirasakan sangat mahal oleh beberapa pihak. Akibatnya ramai yang sangsi sama ada TH bertindak demikian untuk manfaat pencarumnya atau untuk manafaat 1MDB. Berita terkini pada 26 Januari yang lalu mendedahkan satu surat dari gabenor BNM kepada pengerusi TH yang memberi amaran bahawa tanggungan TH adalah melebihi asetnya dan dalam satu surat lain kepada menteri di JPM, gabenor BNM telah memberi amaran bahawa keadaan kewangan TH akan memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Ekoran dari pendedahan tersebut, ramai pencarum mula tertanya-tanya adakah caruman mereka di TH selamat atau tidak.

Sebenarnya isu sama ada simpanan di TH adalah selamat atau tidak bukanlah satu isu yang besar yang perlu dibimbangkan. Ini adalah kerana konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep `Wadi’ah Yad Dhamanah’ di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Dalam kontrak ini, pendeposit juga memberi keizinan kepada TH untuk menggunakan simpanan mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Tambahan pula simpanan tersebut dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Dalam erti kata yang lain, jika TH mengalami kerugian yang teruk dalam aktiviti pelaburannya, wang yang dilaburkan oleh pencarum tidak akan terjejas satu sen pun kerana kerajaan akan memastikan pencarum akan mendapat balik duit simpanan mereka sepenuhnya.

Dari sudut keuntungan yang diperolehi, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yang diagihkan adalah menurut budi bicara TH termasuk juga memberi pulangan pada kadar yang berbeza dari tahun ke tahun kepada para pendeposit.

Keadaan ini amat berbeza berbanding jika kita melabur dalam sebuah syarikat perniagaan biasa secara kontrak `Musharakah’ atau `Mudarabah’ di mana jika syarikat tersebut muflis, maka pelaburan yang dibuat oleh para pelabur mungkin akan hilang terus.

Jadi, mengapakah kerajaan sanggup menjamin pelaburan di dalam TH sepenuhnya? Jawapannya adalah kerana sejarah TH itu sendiri di mana ia bermula dengan mendapat caruman dari orang Islam yang menyimpan wang di TH untuk tujuan menunaikan fardhu haji. Sebelum itu, ramai orang Islam di Malaysia yang menyimpan wang di dalam tabung persendirian. Bahkan mungkin ada yang menyimpan di dalam tabung buluh atau di bawah bantal. Namun demikian, di atas cadangan Profesor Di Raja Ungku Aziz yang merasakan bahawa umat Islam akan kerugian besar jika meneruskan amalan menyimpan semata-mata dan akan terlepas peluang untuk mendapatkan keuntungan berbanding jika wang simpanan tersebut dilaburkan, maka TH telah diwujudkan untuk membantu melaburkan wang simpanan berkenaan. Namun, oleh kerana pelaburan perniagaan mempunyai elemen risiko kerugian, maka kerajaan telah memberikan jaminan penuh kepada semua caruman di dalam TH.

Dengan jaminan yang sebegitu rupa, maka tidak hairanlah bagaimana TH telah berkembang dengan pesat dari hanya 1,281 pencarum pada tahun 1963 dengan jumlah caruman sebanyak RM46,600 kepada hampir 9 juta pencarum dengan jumlah simpanan pendeposit bernilai lebih dari RM54.1 billion pada masa kini. Tambahan pula sebahagian besar dari pencarum TH yang ada sekarang bukan lagi terdiri dari mereka yang ingin menunaikan haji semata-mata tetapi juga yang mencarum untuk tujuan pelaburan sahaja. Oleh kerana pelaburan di TH adalah salah satu pelaburan yang tidak mempunyai sebarang risiko kerana dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia maka ianya menjadi tarikan utama bagi orang Islam di Malaysia untuk melabur dan mendapatkan pulangan.

Pada tahun 2014, TH telah mengumumkan jumlah bonus sebanyak 8.25%, yang terdiri dari 6.25% bonus tahunan dan 2% bonus Haji. Keputusan TH membayar bonus yang begitu tinggi dikatakan tidak berhemah oleh pihak BNM kerana ianya bermakna TH telah membayar dividen yang lebih berbanding keuntungan yang diperolehi iaitu sebanyak RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan yang diperolehinya. Kesan dari tindakan tersebut akan mengakibatkan rizab TH berkurangan. BNM juga berasa bimbang jika di masa akan datang pembayaran dividen yang pasti akan berkurangan mungkin akan mengakibatkan ramai pencarum mengeluarkan caruman mereka dari TH sekaligus akan mengancam kedudukan kewangan TH dan juga kestabilan sistem kewangan negara.

Hakikatnya kini, jika semua pencarum ingin mengeluarkan caruman mereke sepenuhnya yang berjumlah RM54.1 billion dengan serta merta dalam bentuk tunai, sudah tentu TH tidak akan dapat memenuhi kehendak tersebut. Ini kerana asetnya dalam bentuk tunai hanyalah lebih kurang RM10 billlion sahaja. Walau bagaimanapun, TH sebenarnya mempunyai pelaburan yang banyak dalam berbagai sektor. Oleh itu jika diberi masa, TH boleh sahaja mencairkan semua aset pelaburannya yang dianggarkan bernilai lebih dari RM100 billion dan menggunakan dana tersebut untuk membayar balik tuntutan-tuntutan pencarum.

Walaupun mungkin senario ini sukar untuk berlaku, namun adalah baik juga untuk kita memikirkannya secara bersama. Apakah yang akan terjadi jika nilai dana yang diperolehi setelah aset TH dicairkan sepenuhnya adalah kurang dari jumlah caruman sebanyak RM54.1 billion itu? Jawapannya ialah, memandangkan pelaburan oleh TH dijamin penuh oleh kerajaan maka kerajaan perlu membantu dengan menyuntik dana ke dalam TH. Namun demikian, oleh kerana kerajaan juga kini sedang menanggung beban hutang sebanyak hampir RM700 billion, maka sudah tentu kerajaan akan terpaksa meminjam dari sumber lain untuk mendapatkan dana yang bakal disalurkan kepada TH serta juga menanggung kos pinjaman tersebut.

Jika ini berlaku, maka bukan sahaja hutang kerajaan akan bertambah bahkan jumlah matawang di dalam sistem kewangan negara juga akan bertambah. Ini bermakna rakyat keseluruhannya dari segenap lapisan, termasuk yang miskin akan dipaksa ‘membantu’ demi memastikan kesemua pencarum TH (yang sebahagiannya terdiri dari yang kaya juga) mendapatkan balik pelaburan mereka sepenuhnya. Bantuan yang akan diberikan melalui suntikan dana oleh kerajaan ini akan diperolehi dari pelbagai sumber dana kerajaan termasuk GST (iaitu yang disumbangkan oleh setiap lapisan masyarakat termasuk yang miskin juga). Di samping itu, oleh kerana pertambahan jumlah matawang akan disusuli oleh inflasi, maka nilai matawang yang dipegang oleh rakyat Malaysia (termasuk yang miskin) juga akan susut sedikit akibat dari tindakan membantu pelabur-pelabur di dalam TH (yang mungkin terdiri dari golongan yang kaya). Dari satu aspek, satu `kecurian nilai matawang’ akan berlaku jika kerajaan menunaikan jaminannya kepada pencarum dan pelabur TH itu.

Sebagai rumusan, ada dua persoalan yang timbul dari kaedah pelaburan di dalam tabung TH. Pertama, adakah kaedah meletakkan jaminan pelaburan ke atas kerajaan, iaitu sebenarnya ke atas bahu rakyat keseluruhannya (termasuk yang miskin) untuk membantu pencarum TH mendapat keuntungan pelaburan tanpa risiko sesuai dengan kehendak Shariah? Kedua, jika kedudukan TH terjejas teruk dan kerajaan terpaksa meminjam duit untuk memastikan semua simpanan dipulangkan sepenuhnya kepada pencarum TH, maka kes ‘kecurian nilai’ ke atas matawang yang dimiliki oleh rakyat akan berlaku akibat inflasi. Adakah `kes kecurian nilai’ ini sehaluan dengan kehendak Shariah? Tambahan pula, jika ini berlaku, siapakah yang akan menanggung dosa `kecurian nilai’ matawang yang dipegang oleh rakyat Malaysia itu?

Masalah Ekonomi Semasa – Apa Iktibarnya? - Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail

Selama puluhan tahun, industri minyak dan gas telah memberi pulangan yang sangat lumayan. Negara yang mempunyai industri ini merupakan antara negara yang paling kaya di dunia. Sebagai contoh, menurut data dari Bank Dunia, pendapatan per kapita Qatar, sebuah negara pengeluar minyak dan gas, pernah mencecah USD140,649 (berbanding USD25,639 dalam kes Malaysia). Begitu juga pendapatan pekerja-pekerja di dalam sektor industri ini adalah jauh lebih tinggi berbanding sektor-sektor lain.

Namun demikian, keadaan tersebut sekarang telah berubah. Pada tahun 2015, seramai 130,000 pekerja sektor minyak dan gas di Amerika Syarikat telah dibuang kerja. Keadaan yang sama juga sedang berlaku di negara kita di mana hampir satu pertiga dari mereka yang kehilangan kerja di negara ini pada tahun lepas adalah dari sektor minyak dan gas. Berita tergempar baru-baru ini di mana sebuah institusi perbankan telah mengeluarkan arahan agar sebarang pinjaman tidak lagi diberikan kepada pemohon yang bekerja di dalam sektor minyak dan gas adalah satu berita yang tidak mengejutkan.

Punca utama kepada keadaan ini adalah kejatuhan harga minyak yang begitu mendadak. Dari harga yang melebihi USD120 se tong pada tahun 2012, ianya telah menjunam jatuh ke paras bawah USD30 se tong pada awal tahun ini. Akibatnya banyak syarikat minyak di seluruh dunia dalam keadaan yang sangat tenat. Satu laporan menyatakan bahawa hampir seratus syarikat perkhidmatan minyak di Amerika Syarikat telah muflis.

Ramai yang mungkin bertanya kenapakah harga minyak jatuh dengan begitu mendadak sekali? Jawapannya ialah kerana ekonomi dunia sekarang sedang dalam proses penguncupan. Faktor utama adalah penguncupan ekonomi negara China yang selama ini menjadi salah sebuah enjin utama kepada perkembangan ekonomi dunia. Terdapat banyak negara, termasuk negara di rantau Asia seperti Malaysia dan Singapura yang bergantung kepada ekonomi negara China.

Keadaan menjadi bertambah teruk dengan pertambahan penawaran minyak di dalam pasaran minyak dunia akibat penemuan minyak dalam batu batan (Shale oil) terutama sekali di Amerika Syarikat. Sementara itu, negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi dan ahli OPEC yang lain terus mengeluarkan minyak dengan banyak kerana itulah satu-satunya sumber pendapatan mereka. Dalam keadaan di mana penawaran bertambah sementara permintaan semakin berkurangan sudah tentu harga akan menjunam jatuh dan itulah sebabnya harga minyak mentah sekarang di paras yang begitu rendah.

Persoalannya ialah kenapakah ekonomi negara China dan negara-negara lain di dunia mengalami penguncupan ekonomi yang begitu mendadak sehingga menjejaskan pasaran minyak dengan begitu teruk? Menurut penganalisis kewangan Mr Batstone-Carr dari firma Charles Stanley Stockbrokers:[1]

“The world is drowning in debt while developing countries face falling birth rates and ageing populations.”

Terjemahan: “Dunia kini sedang lemas dalam belenggu hutang sementara negara-negara membangun menghadapi kejatuhan kadar kelahiran serta populasi yang semakin menua”

Selama ini ekonomi dunia telah berkembang pesat dengan bergantung kepada hutang semata-mata. Akibatnya beban hutang di seluruh dunia telah meningkat dengan cepat. Contoh terbaik adalah negara Jepun yang mana hutang kerajaannya telah mencecah 246 peratus berbanding saiz ekonomi negara tersebut atau KNKnya. Sementara itu, purata anak per keluarga adalah kurang dari 1.5 akibat dari kenaikan kos kehidupan yang mendadak apabila sektor kewangan negaranya berkembang dan kadar hutang meningkat. Jumlah hutang isi rumah di Jepun ialah hampir USD 3.2 trillion, iaitu satu jumlah sangat tinggi dan faktor inilah yang bukan sahaja membuat ekonominya susah untuk berkembang malahan juga mengakibatkan saiz keluarga menjadi bertambah kecil.

Masalah kenaikan tahap hutang yang cepat juga telah berlaku di negara China. Menurut satu laporan, hutang belum berbayar oleh syarikat dan isi rumah telah mencapai tahap 207 peratus berbanding KNK negara tersebut pada akhir bulan Jun 2015 berbanding hanya 125 peratus pada tahun 2008.[2]

Kajian oleh McKinsey Global Institute menunjukkan tren yang sama juga berlaku di seluruh dunia di mana semua negara telah meningkatkan tahap hutang berbanding KNK semenjak tahun 2007. Akibatnya jumlah hutang di seluruh dunia telah meningkat sebanyak USD 57 trillion. Menurut organisasi tersebut pada tahun lepas, jumlah hutang dunia adalah 286 peratus berbanding KNK global. Keadaan beban hutang yang tinggi ini menambahkan risiko kepada kestabilan kewangan dunia dan mengancam keupayaan ekonomi dunia untuk berkembang.[3]

Negara kita yang beramal dengan konsep ekonomi terbuka sudah tentu tidak akan dapat mengelak dari masalah dan cabaran yang melanda dunia ini. Tambahan pula, kerajaan sekarang terpaksa memotong perbelanjaan akibat dari pendapatan yang telah berkurangan dengan mendadak susulan dari kejatuhan harga minyak. Jika kerajaan mempunyai tabung kewangan yang banyak, sekurang-kurangnya ia akan dapat menggunakan tabung itu untuk mengurangkan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat. Malangnya kerajaan telah tidak berusaha untuk menabung semasa harga minyak tinggi dan pendapatan negara juga tinggi. Bahkan kerajaan berbelanja lebih dari pendapatan yang diterima selama 18 tahun berturut-turut sebelum ini. Akibatnya bukan sahaja lebihan tidak wujud, malah kerajaan sendiri sekarang berhutang sebanyak hampir RM700 billion.

Yang paling menyedihkan ialah rakyat juga telah tidak bijak dalam mengurus perbelanjaan dan akibatnya hutang isi rumah di negara kita juga adalah antara yang tertinggi di dunia iaitu hampir RM1 trillion atau 90% dari KNK negara. Dalam suasana ekonomi yang gawat, beban hutang yang tinggi ini sudah tentu akan membuat suasana tersangat sukar kepada sebahagian besar rakyat, terutama sekali di kalangan mereka yang kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji sementara hutang rumah dan kereta mereka masih belum dapat diselesaikan.

Pengajaran utama dari kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi ini ialah rakyat dan pemimpin dunia mesti peka tentang bahaya industri hutang yang menjadi punca utama kepada ketidakstabilan ekonomi. Perkembangan ekonomi yang dimangkinkan oleh industri hutang ini sebenarnya telah menimbulkan berbagai masalah lain yang berkait seperti suasana persaingan yang sengit dalam perniagaan, penerokaan sumber alam secara melampau dan berlebihan, fenomina inflasi dimana berlaku peningkatan harga barangan yang tinggi kerana bayaran boleh ditangguhkan, wujdunya keadaan turun naik harga yang cepat akibat spekulasi dan lain-lain masalah.

Benarlah firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 276 yang bermaksud:

“ Allah memusnahkan Riba dan menyuburkan sadaqah. Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelimang dosa”.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menghayati semula semua ajaran Al Quraan. Kita juga berdoa semoga kita semua dilindungi dari segala bala yang bakal timbul akibat dari kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.


[1] http://www.thenational.ae/business/personal-finance/20160115/are-we-about-to-witness-global-financial-meltdown-again#page1

[2] http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-07-15/china-s-debt-to-gdp-ratio-just-climbed-to-a-new-record-high

[3] http://www.thenational.ae/business/personal-finance/20160115/are-we-about-to-witness-global-financial-meltdown-again#page2

Patutkah kita dapat dan patutkah kerajaan beri biasiswa JPA? – Wan Salman

Sebelum ini, pengumuman tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dibekukan mulai tahun ini untuk permohonan pengajian dalam dan luar negara menimbulkan tindak balas yang bercampur.

Walaupun ramai yang kecewa, orang awam perlu memikirkan semula pemahaman keperluan menaja seramai mungkin anak pintar ke luar nagara.

Meniti sejarah, dahulunya kita mungkin perlu menaja seramai mungkin anak-anak pintar untuk program perubatan di United Kingdom, Ireland dan Eropah kerana hanya ada UKM, USM dan UM.

Tetapi kini lebih 10 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan berpuluh-puluh Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengambil sejumlah ribuan kemasukan baharu penuntut prasiswazah perubatan sehingga yang terbaharu, permohonan untuk pembukaan fakulti perubatan baharu dibekukan sementara.

Tidak cukup dengan itu, sesetengah program masih ditaja pengajiannya seperti bioteknologi dan kejuruteraan walaupun akhirnya mereka tiada tempat untuk ditawarkan dalam perkhidmatan awam. Akhirnya kontrak mereka juga tinggal dakwat di atas kertas sahaja.

Awal hari ini ketika artikel ini sedang ditulis, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengumumkan semakan semula Belanjawan 2016 mengumumkan penerusan tawaran biasiswa JPA.

Mungkin ini suatu berita gembira buat para lepasan SPM yang menanti dan rakyat Malaysia amnya. Memang benar, umumnya berita ini sememangnya lebih baik daripada pembekuan terus permohonan biasiswa tersebut.

Tetapi sebenarnya terdapat bentuk tawaran biasiswa yang dilihat wujudnya persoalan timbang-tara keutamaan untuk tajaan penuntut berpotensi. Antaranya ialah tawaran Program Khas Kejuruteraan untuk 200 orang untuk ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

Seperti mana diketahui, sudah menjadi rahsia terbuka bahawa begitu ramai lepasan kejuruteraan agak sukar memperoleh pekerjaan dalam bidang itu sendiri, lebih-lebih lagi dalam perkhidmatan awam.

Ditambah pula dengan sejarah JPA melepaskan kontrak penuntut tajaannya dalam bidang-bidang tertentu kerana tidak terdapat tawaran dalam perkhidmatan awam. Apa rasionalisasi kerajaan dalam tajaan seramai ini untuk program kejuruteraan hingga ke sana?

Tidak dinafikan menaja penuntut ke Jerman contohnya boleh mengurangkan sedikit kos kerana Jerman menawarkan pendidikan percuma. Tetapi elaun keseluruhan yang perlu dibayar dalam Euro.

Jika, katakanlah, lebih kurang sejumlah 5000 Euro elaun diberikan buat seorang penuntut di Jerman, jumlah tersebut cukup untuk menaja sekurang-kurangnya 4 penuntut IPTA di Lembah Klang.

Tambahan lagi, JPA tidak perlu membayar kos penuh pengajian di IPTA memandangkan subsidi pengajian di IPTA sudah cukup tinggi. Tinggal beri sedikit elaun sahaja buat mahasiswa.

Benar, kenyataan Muhd Fahrulrazi yang proses membina bakat merupakan suatu “seni yang halus”, perlu diberi perhatian rapi dan perlu menjadi keutamaan buat mana-mana negara membangun.

Tetapi buat masa sekarang, dengan fasiliti IPTA dan IPTS yang boleh dikatakan cukup memuaskan untuk pengajian peringkat ijazah pertama, pembinaan bakat di luar negara tidak lagi menjadi suatu yang sepenting tahun 60-an dahulu.

Malah, bukan rahsia lagi lepasan perubatan di UM, USM dan UKM contohnya, sebilangan besar mereka menjadi pengamal perubatan yang lebih baik daripada lepasan tajaan luar negara kerana mereka dilatih cukup bagus untuk mengamalkan amalan klinikal di pusat perubatan awam dalam negeri.

Program Biasiswa Nasional untuk 20 lepasan SPM terbaik kebangsaan sudah cukup untuk kerajaan benar-benar melatih dan membina bakat negara yang terbaik ini.

Kepercayaan bahawa penuntut prasiswazah ke luar negara akan mampu membawa balik budaya, ilmu dan teknologi dari negara asing ke nagara ini perlu dikaji malah dicabar.

Hal ini kerana pada peringkat pengajian ijazah pertama, kebanyakan mahasiswa bukanlah benar-benar berpeluang menjalankan penyelidikan tahap tinggi menggunakan fasiliti luar negara sehingga menjadi suatu yang amat penting untuk menaja ke sana.

Perlu difahami bahawa kebanyakan mahasiswa peringkat prasiswazah mengambil ilmu lebih untuk memperkenalkan diri dengan dunia akademik dan lebih memfokuskan pada pengajian diri sendiri lebih daripada penghasilan atau sintesis ilmu dan produk baharu.

Tidak cukup dengan itu, tawaran “bursary” untuk calon SPM yang memperoleh 9A+ juga terbuka untuk dipertikaikan kerana boleh jadi yang mendapat 9A+ itu tidak memperoleh A+ (malah mungkin A) dalam subjek teras sain tulen tetapi calon lain yang hanya mendapat 7A+ mendapat kesemua A+ dalam subjek teras sainsnya.

Tetapi hanya kerana tidak memperoleh cukup 9A+, calon kes kedua tidak berpeluang mendapat “bursary” automatik tersebut tetapi calon kes pertama pula yang mendapat tawaran ini.

Dalam kes ini, analisis kualiti calon oleh JPA dan Kementerian Pendidikan juga boleh dipersoalkan.

Bukanlah kritikan di sini bermaksud JPA perlu terus membatalkan tawaran biasiswa buat selama-lamanya. Tetapi mempertimbangkan kes-kes yang melanggar kontrak, pembatalan kontrak oleh JPA sendiri, fasiliti sedia ada yang sudah cukup bagus di IPTA, dan keadaan ekonomi semasa negara hari ini, kerajaan harus membuat analisis pulangan yang lebih komprehensif.

Lebih penting untuk kita semua amati ialah bukan sekadar sama ada kerajaan menawarkan biasiswa atau tidak, tetapi audit keberkesanan tajaan itu yang perlu diperhalusi.

Kita juga perlu sedar, tidak semestinya tajaan pengajian luar negara mesti menjadi tanggungjawab kerajaan. Sungguhpun terdapat beberapa persoalan mengenai pembahagian kek bajet kepada jabatan tertentu, keberkesanan dan pulangan daripada tajaan penuntut tidak boleh disorok bawah permaidani.

Akhir sekali, sebanyak mana yang ditaja dan apabila kontrak itu dilunaskan atau tidak, duit rakyat juga yang menjadi pertaruhan.

Kita mesti mula berhati besar dan menghadapi realiti dan rasional perbelanjaan negara untuk biasiswa yang bernilai ratus ribuan untuk seorang mahasiswa ke luar negara apabila mahasiswa perubatan IPTA hanya memerlukan lebih kurang puluh ribuan sahaja untuk dibiayai elaunnya.

7 persoalan terbuka kepada peguam negara - Jufazli S A

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamed Apandi Ali,

Mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, "atas nasihat perdana menteri", memperkenankan pelantikan Tan Sri sebagai peguam negara persekutuan yang baharu, berkuatkuasa 27 Julai 2015.

Persoalan pertama saya, adakah arahan penarikan balik 3 kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) oleh peguam negara itu disebabkan pihak Tan Sri terhutang budi dengan perlantikan pada Julai tahun lalu?

Apakah indeks prestasi utama (KPI) yang perlu pihak Tan Sri wajib penuhi hasil perlantikan baharu ini?

Adakah salah satunya perlu menyelamatkan semua bukti sahih yang diberikan pemberi maklumat kepada badan berautoriti yang dikaji Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Adakah penarikan dan penutupan kes Datuk Seri Najib Razak ini ditutup atas alasan dia adalah "perdana menteri" Malaysia atau ia juga dinilai sebagai rakyat Malaysia seperti kami yang tidak kebal daripada pendakwaan pihak Tan Sri selaku peguam negara?

Siapakah pemberi derma RM2.6 bilion itu Tan Sri? Mengapa maklumat ini susah untuk diketahui kami selaku rakyat yang berhak mengetahui penama dermawan itu agar menghentikan lagi spekulasi yang merosakkan nama Najib dan nama Malaysia di pentas antarabangsa?

Saya buka portal rasmi Jabatan Peguam Negara 30 minit lalu. Saya cuba mencari kes siasatan yang disemak semula pihak tan sri di bahagian ruangan 'Maklumat Kes' dan 'Keputusan Kes Terkini'.

Ironinya, tiada maklumat yang diperolehi. Bolehkah Tan Sri memasukkan semula semakan kes derma RM2.8 bilion itu agar kami boleh membacanya sebagai rujukan penyelidikan di masa hadapan?

Mustahil kes siasatan yang begitu meragui integriti seorang rakyat Malaysia yang berjawatan tinggi begitu sempurna daripada kesalahan skandal kewangan yang antara tersenarai sebagai top 3 di peringkat dunia.

Kenyataan Tan Sri yang berpuas hati beliau tidak melakukan jenayah ini menambahkan keraguan rakyat kerana tiada proses transparen. Tiada satu nilai wang dermakah yang pihak Tan Sri "tidak puas hati"? Hatta sebesar zarah?

Apakah jumlah RM2.03 bilion yang dikembalikan itu bukan satu jenayah sehingga baki duit yang digunakan selebihnya untuk tujuan peribadi tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Apa bukti duit yang digunakan hasil derma peribadi ini tiada sangkut paut dengan salah guna kuasa dan percanggahan kepentingan yang menyebabkan Malaysia mendapat nama buruk di peringkat antarabangsa?

Mengapa Tan Sri termasuk dalam kumpulan Lembaga Pengarah Tabung Haji Malaysia selepas meminta siasatan ini ditutup? Adakah itu "derma" daripada perdana menteri kerana 3 kes siasatan diselesaikan di balik tabir kepentingan negara dan rakyat?

Sekian, itu sahaja soalan saya selaku rakyat marhaen di negara ini. Amat gembiralah saya jika soalan ini dijawab institusi Jabatan Peguam Negara yang berdekatan dengan Jabatan Perdana Menteri di kawasan Putrajaya itu. Insya Allah.

Lawan Mukhriz lawan – Muammar Qaddafi

Klimaks kemelut Umno Kedah hampir sampai ke tarikh akhir iaitu sebelum berakhir Januari sebagaimana dilaporkan media peralihan kuasa menteri besar kedah akan berlaku akhir bulan ini kepada Datuk Ahmad Bashah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Namun begitu Mukhriz bertindak menyerang balas melalui pendedahan beliau istana masih belum memberi kelulusan sebagaimana didakwa kelompok penentang beliau.

Rakyat juga dikejutkan dengan pendedahan Adun Kota Seputih beliau dikejar dan hampir terjatuh ke dalam laut oleh kumpulan yang dipercayai mahu sokongan beliau untuk menyingkirkan Mukhriz.

Pemerhati politik pastinya akan ternanti-nanti tindakan seterusnya Mukhriz kerana walaupun beliau berjaya mengekalkan kedudukan menteri besar namun ia jawatan tidak sah kerana secara umumnya 8 Adun secara terbuka menolaknya menjadikan beliau tiada lagi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri untuk kekal sebagai menteri besar yang sah.

Sebagai kumpulan minoriti dalam kem Adun Kedah, Mukhriz seharusnya memikirkan langkah jangka panjang untuk menyelamatkan karier politik beliau, sekiranya memilih sekadar tunggu dan lihat, maka nasibnya akan berakhir sama seperti Datuk Ahmad Said, bekas menteri besar Terengganu yang dipecat dipercayai kerana faktor hampir sama.

Beberapa langkah Mukhriz boleh pertimbangkan bagi meneruskan survival politik beliau, dan yang paling wajar ialah membubarkan DUN Kedah dan kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa lebih layak memimpin kerajaan negeri.

Berdasarkan pengaruh beliau dan bapanya dan dicanangkan kepada dunia rakyat Kedah begitu sayang kepadanya, pastinya beliau mampu sekali lagi menawan Kedah menggunakan lambang parti lain ataupun bebas atau sekurang-kurangnya beliau tidak memberi jalan mudah untuk penentang merampas kuasa daripada tangannya.

Mukhriz juga boleh membuka jalan kerjasama dengan Adun pembangkang di Kedah, jika ada 5 adun bersamanya maka beliau mampu membentuk kerajaan baru menggantikan Umno BN, namun langkah ini dipercayai kurang berkesan melihatkan rekod di Terengganu.

Karier politik Mukhriz mungkin akan tamat jika beliau tidak bertindak dengan berkesan. Mukhriz harus buktikan kepada rakyat beliau tidak boleh diperlakukan sedemikian sewenangnya, beliaulah yang bertanggungjawab membawa kembali Kedah ke tangan BN dan tindakan penentangnya adalah biadab dan tidak boleh diterima begitu saja.

Siapa menteri besar yang sah? - Muammar Qaddafi

Kemelut dalam Umno masih tidak berkesudahan walaupun Datuk Seri Najib Razak sudah berjaya menyingkir orang nombor 2 Umno,Tan Sri Muhyidin Yasin yang gagal menunjukkan kesetiaan tanpa belah bahagi kepada kepimpinan beliau.

Sepanjang Januari ini pula rakyat akan menyaksikan drama menarik bagaimana anak Tun Dr Mahathir, pengkritik tegar kepimpinan Najib bakal disingkirkan sebagai menteri besar Kedah.

Kemuncak drama ini adalah apabila timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah mengumumkan rasa tidak percaya kepada kepimpinan Datuk Seri Mukhriz di Kedah dalam satu sidang media yang dihadiri majoriti ketua kawasan.

Pengumuman ini sekaligus meletakkan Mukhriz secara tidak rasmi adalah menteri besar Kedah yang tidak cukup syarat. DUN kedah mempunyai 36 kerusi. Untuk terus kekal menjadi Menteri Besar Mukhriz perlu buktikan ada sokongan sekurang-kurangnya 19 orang Adun.

Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 21 kerusi DUN maka hanya jika 3 orang berpaling maka Mukhriz tidak lagi sah sebagai menteri besar Kedah, apatah lagi sudah pasti Mukhriz ditolak sekurang-kurangnyanya 8 Adun BN.

Pada masa yang sama, Bashah juga perlu buktikan dia mempunyai sekurang-kurangnya 19 Adun yang menyokong dia, walaupun Bashah dikatakan sudah mempunyai angka yang cukup,terdapat desas-desus yang mendakwa 4 Adun termasuk Mukhriz merupakan penentang tegar peralihan kuasa dan sukar dibeli.

Jadi timbul persoalan, siapa sebenar menteri besar Kedah dengan situasi sekarang? Bashah atau Mukhriz? Kalau Bashah kata ada 19 kerusi,mana bukti? Kenapa pula Mukhriz dan exco masih mengadakan mesyuarat esok? Adakah sah lagi?

Logik mudahnya begini, untuk Mukhriz atau Bashah mendapatkan kerusi menteri besar, mereka perlu buktikan kepada Raja salah seorang daripada mereka ada 19 tandatangan sokongan Adun Kedah. Keadaan sekarang, BN ada 21 kerusi dan kalau Mukhriz dan 4 exco sudah disingkir, Bashah bakal hilang 5 kerusi sokongan maka hanya tinggal 16. Tak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan di Kedah.

Disini terbuka peluang untuk parti pembangkang Kedah,kerana jika Bashah hanya ada 16 kerusi menyokong, kini calon bukan BN juga layak menduduki kerusi menteri besar. Kalau bukan BN bergabung dengan kumpulan Mukhriz maka mereka akan mendapat 21 kerusi dan mereka ini lagi layak jumpa Raja dan mendapatkan kerusi menteri besar.

Menurut satu sumber di Kedah, minimum 3 orang sudah tidak dapat dipujuk Bashah termasuk Mukhriz. Paling banyak Bashah dapat pun 18 sokongan dan masih kekal minoriti.

Kalau sekalipun Bashah berjaya dapat meyakinkan 19 Adun menyokong beliau, itupun satu kedudukan yang rapuh jika lawannya adalah Mukhriz, kecualilah Mukhriz akur dan terus menyerah tanpa melawan selepas 29 Januari ini.

Untuk Mukhriz pula, sememangnya kedudukan beliau ibarat telur dihujung tanduk dan tidak lagi layak kerana 8 sudah jelas protes terhadap beliau dan paling banyak bersama Mukhriz cuma 13.

Namun adalah memalukan jika beliau hanya akur terhadap konspirasi menjatuhkan beliau ini. Walaupun dikhabarkan kelihatan mudah 29 Januari ini jawatan menteri besar Kedah bakal bertukar tangan, Mukhriz dan Bashah sama sahaja status mereka jika tidak diselesaikan, kemelut ini akan terus melanda Umno Kedah.

Jalan terbaik untuk kemelut ini tidak berpanjangan adalah bubar DUN Kedah dan biar rakyat buat pilihan melalui pilihan raya, kecuali rakan penasihat BN sanggup memberikan 5 Adun mereka untuk memberi tongkat sakti menyokong Bashah sekaligus mengelakkan Najib dari malu besar, maka berakhirlah riwayat politik Mukhriz dan legasi politik keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad.

Musuhi PAS punca undi popular Pakatan menjunam? – Muammar Qaddafi

Dakwaan Raja Petra Kamarudin DAP akan menyebabkan Pakatan bakal kehilangan hampir separuh undi popular kerana bertindak memusuhi kedua-dua parti Melayu terbesar di Malaysia iaitu PAS dan Umno dalam laman web Malaysiatoday adalah tidak tepat, apatah lagi dengan hanya berbekalkan hujah yang lemah dan diputarbelit.

Mari kita sama-sama menilai hujah Raja Petra iaitu antaranya menggunakan himpunan bantah TPPA PAS di Padang Merbok sebagai kayu ukur sokongan besar orang Melayu kepada PAS walhal kehadiran peserta hanyalah dianggarkan sekitar 3000 orang.

Itupun kehadiran dipercayai dikerah melalui cawangan.

Maka kita maklum sebilangan besar yang hadir adalah penyokong tegar PAS dan mereka ini tidak mewakili para pengundi yang angkanya lebih besar iaitu kelompok atas pagar bahkan sebilangan besar ahli PAS sendiri.

Adalah karut untuk Raja Petra mendakwa ahli PAS ini mewakili majoriti Melayu.

Raja Petra juga menggunakan situasi Tian Chua diboo hadirin apabila nama Amanah disebut menandakan Melayu sudah menolak Amanah, sebagaimana diberitahu di atas,yang hadir adalah penyokong tegar PAS, aktiviti menge'boo ini sememangnya darah daging mereka, ini bukanlah kali pertama mereka bertindak keanakan seperti itu.

Tidak hairanlah apabila ada pengguna Facebook menyamakan sikap seperti ini seperti "beruk matyeh" yang suka mengeboo dari atas pokok.

Jumlah keahlian parti juga digunakan penulis sebagai indikator kekuatan sesebuah parti politik,ironinya dalam Pakatan Rakyat dulupun, DAP yang mempunyai keahlian yang paling kecil pun mampu memperoleh paling banyak kerusi manakala PKR yang mempunyai keahlian yang lebih kecil berbanding PAS memperoleh undi popular yang paling tinggi, apatah lagi jika berlaku 3 penjuru dan sebahagian undi Melayu umno pergi kepada PAS tidak lagi kepada kompenen BN, tidak mustahil pengundi Melayu yang dulunya mengundi BN (MCA) beralih kepada DAP, maka peluang DAP untuk menang di semua kerusi juga tinggi tambahan pula di kawasan DAP bertanding, adalah tempat majoriti Cina yang memberi sokongan solid kepada Pakatan.

Tiga penjuru tidaklah sepenuhnya menguntungkan Umno Barisan Nasional (BN).

Penulis yang rapat dengan presiden PAS itu juga mengatakan 80% ahli PAS akan menolak Amanah berdasarkan peratusan undi yang diperoleh kem profesional dalam muktamar lepas.

Menurut saya hujah ini menunjukkan Raja Petra ini bukan orang politik atau jahil dalam proses pemilihan parti, ambil contoh mudah, ada 1000 perwakilan, calon tegar dapat 800 undi, manakala 200 untuk calon 'parasit' yang ditendang para lebai.

Yang kemudian keluar jadi Amanah, perlu jelas yang menolak mereka ini ialah 800 orang, bukan bermakna 80%.

Sebab mereka ini adalah perwakilan yang mengundi atas dasar peribadi, sebagai perwakilan ke muktamar, tetapi bukan membawa undi dari kawasan.

Tambahan lagi, umum sudah tahu para perwakilan ini mengundi mengikut senarai calon yang diberi ketua mereka.

Umpama lembu yang dicucuk hidung, mereka ikut saja,maka ia tidak bermakna undi 800 perwakilan ini membawa aspirasi kawasan akar umbi yang mereka wakili.

Raja Petra juga memberikan angka yang salah apabila mengatakan sehingga Disember 2015 Amanah hanya mempunyai 500 ahli sedangkan melalui semakan saya di Kelantan saja setakat Disember 2015 Amanah mempunyai 8000 ahli berdaftar.

Pada masa yang sama perlu Raja Petra maklum usia Amanah barulah 3 bulan pada Disember 2015.

Kita tidak menafikan ada undi yang akan hilang buat Pakatan, namun dengan meletakkan angka sebesar 15% dari 51% undi popular sebelum ini adalah kenyataan yang berhujahkan asas yang lemah dan tidak boleh digunapakai.

Hujah Raja Petra tidak boleh digunakan demi pertahankan hilangnya undi popular kerana masih tiada ujian terhadap sokongan Melayu kepada Amanah di peti undi, tulisan itu sekadar saraf agar DAP dan Pakatan rasa tergugat dengan PAS, lalu PAS boleh mendabik dada mereka masih releven dalam kontek Malaysia?

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, antara cabaran terbesar Malaysia adalah untuk memastikan setiap rakyatnya hidup harmoni dan bersatu tanpa mengira agama,dalam hal ini, PAS adalah sebuah parti yang tidak mampu merealisasikan persekitaran ini kerana PAS adalah sebuah parti yang menggunakan slogan perkauman sebagai modal politik, misalnya dengan membuat dakwaan Cina DAP akan memerintah Malaysia dan dakwaan DAP menyokong TPPA kerana ia menguntungkan orang Cina jelas menunjukkan PAS tidak lagi berwajah Islam yang membawa mesej rahmatan lil alamin, sebaliknya sebuah parti yang membawa wajah kebencian dan perpecahan antara kaum, bahkan kebencian sesama melayu yang tidak menyokong PAS.

Setiap undi kepada PAS bermakna kita memilih untuk terus mengekalkan parti yang menggunakan modal perkauman sebagai mana Umno menakutkan orang Melayu dan mengekalkan penguasaan mereka.

PAS, gerakan Islam pro demokrasi dan Isis – Maszlee Malik

Di antara isi ucaptama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu Multaqa Alumni al-Azhar yang lalu, beliau ada menegaskan demokrasi merupakan sistem yang paling hampir dengan syariat Islam.

Beliau turut menegaskan PAS komited dengan wahana demokrasi untuk mencapai cita-cita mereka. Malangnya, penegasan Hadi itu kurang dihargai signifikannya kerana dilitupi laporan retorik politik berkaitan perkongsian pentas di antara beliau dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Walhal, penegasan tersebut amat signifikan dan amat bermakna semasa dunia sedang menghadapi ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) atau Da’esh di waktu ini.

Komitmen PAS untuk memelihara sistem demokrasi di Malaysia melalui lidah presidennya itu merupakan petunjuk jelas PAS menolak Isis dan tidak sekali-kali boleh disamakan dengan Isis sepertimana didakwa sesetengah pihak.

Malah kenyataan Datuk Ayub Khan, ketua penolong pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman sewaktu “Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan” di Universiti Teknologi Malaysia pada 13 Disember 2015 lalu mengenai bahaya doktrin Isis melalui pengajaran tauhid 3 di Malaysia adalah tuduhan tidak langsung terhadap Hadi dan PAS.

Ini memandangkan Hadi merupakan antara figura agama awal yang bertanggungjawab memperkenalkan doktrin “Tauhid 3’ (Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyan dan Tauhid Asma wa Sifat) kepada rakyat Malaysia melalui karya terkenalnya “Mukadimah Aqidah Muslim” di awal tahun 80’an lagi.

Malah siri ceramah-ceramah Hadi mengenai kepentingan menegakkan syariah dan negara Islam adalah berpaksikan konsep Tauhid Uluhiyyah semenjak 4 dekad lalu.

Malangnya doktrin yang dibawa Hadi itu diserang hebat di dalam “Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan” berkenaan 2 orang penceramah lain, iaitu Zamihan Mat Zin dan juga Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.

Tuduhan yang dilemparkan antara lain ialah doktrin tauhid berkenaan merupakan ajaran Wahabi yang dibawa masuk graduan dari Arab Saudi seperti Hadi dan graduan Pakistan seperti kebanyakan aktivis PAS merupakan punca kepada faham ekstremis Isis di Malaysia.

Walaupun mereka tidak menyebut nama PAS, namun umum dapat memahami yang menjadi tumpuannya ialah Hadi dan PAS yang juga sebelum ini menjadi mangsa tuduhan beberapa tokoh lain.

Maka, penegasan Hadi di dalam multaqa berkenaan merupakan satu kenyataan signifikan untuk melawan mitos yang cuba mengaitkannya dan PAS serta ajaran tauhid 3 dengan Isis dan keganasan.

Hadi membuktikan pemahaman Islam berteraskan tauhid t3 boleh menerima demokrasi dan di atas dasar itu juga, PAS komited dengan prinsip tersebut.

Amat malang, di dalam multaqa tersebut, isu Isis tidak ditimbulkan sama sekali, malah isu keperluan komitmen serius melibatkan kerjasama Umno dan PAS untuk melawan pengaruh Isis di Malaysia juga tidak disentuh langsung.

Malang lagi, kerajaan Umno di dalam usahanya melawan pengaruh Isis juga tidak melibatkan Hadi dan pimpinan PAS lain secara serius untuk bersama bagi melawan naratif keganasan yang dibawa Isis.

Secara realistiknya, Hadi dan PAS mempunyai penawar bagi mereka yang bersimpati dan terpengaruh dengan doktrin keganasan Isis di Malaysia.

Kemampuan Hadi membuktikan demokrasi merupakan sistem yang paling hampir dengan Islam, dan juga betapa patuh syariahnya kebanyakan mekanisme sistem demokrasi untuk dijadikan landasan usaha penegakan syariat Islam merupakan satu idealisme yang perlu dihayati mereka yang mula terpengaruh dengan Isis.

Umum mengetahui mereka yang cenderung dengan Isis bermula dengan penolakan terhadap demokrasi dan juga sistem perubahan seacara aman.

Mereka sering mengemukakan hujah-hujah yang difahami secara literal dan bias di dalam menolak sistem demokrasi yang dianggap sebagai sistem kufur dan tidak Islamik.

Malangnya hujah-hujah mereka itu dapat dipatahkan Hadi di dalam karya-karya beliau, dan juga melalui penglibatan beliau dan PAS secara langsung dengan sistem demokrasi yang ada di Malaysia.

Maka, berdasarkan kredibiliti ini, Hadi dan juga kepimpinan PAS lain terutamanya ketua pemuda parti berkenaan, Nik Abduh sepatutnya dilibatkan secara langsung Kementerian Dalam Negeri di dalam usaha menangani pengaruh Isis di Malaysia, malah di Asia Tenggara.

Persefahaman bekerjasama di antara Umno dan PAS lewat multaqa itu perlu dijadikan titik permulaan untuk tujuan tersebut.

Keterlibatan gerakan Islam dan parti-parti Islam pro demokrasi untuk melawan naratif dan pengaruh Islam ekstremis bukanlah sesuatu yang baharu.

Dr Anas Tikriti dari Cordova Institute dan juga Dr Azzam al-Tamimi dari United Kingdom (UK) menyuarakan perkara ini, dan malah mereka sendiri terlibat di dalam usaha kerajaan UK untuk tujuan nyah-radikalisasi di kalangan pemuda Muslim yang terpengaruh dengan Isis.

Di negara-negara Eropah yang lain juga, kerajaan negara-negara berkenaan turut melibatkan organisasi-organisasi Islam pro-demokrasi untuk bersama melawan pengaruh Isis dan kumpulan pengganas yang seumpamanya.

Di negara-negara Islam pula, Tunisia, sebagai contoh, gerakan Islam utama di sana, Parti Ennahdah, menjadi tonggak utama usaha melawan doktrin Islam ekstrem dan juga pengaruh Isis. Hal yang sama juga berlaku di Maghribi, Kuwait dan Jordan.

Di Malaysia, kerajaan melalui Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman tidak boleh hanya berharap dengan sekerat dua figura tradisionalis yang kontroversial untuk menangani isu Isis ini.

Gerakan Islam sederhana pro-demokrasi seperti PAS, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Haluan, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Teras Keupayaan Melayu (Teras) dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) perlu dilibatkan sama.

Gerakan-gerakan ini mempunyai pengaruh, kader-kader, mekanisme dan juga jentera untuk membanteras ideologi keganasan seumpama Isis dan lain-lain lagi.

Tambahan lagi, gerakan-gerakan ini juga terbukti menolak keganasan, menolak ekstremisme dan juga mampu menyumbang kepada pembinaan negara melalui ruang masyarakat sivil dan juga ruang demokrasi.

Adalah satu kesilapan besar jika pihak Bukit Aman menolak kerjasama gerakan-gerakan Islam pro-demokrasi ini.

Lebih silap lagi, jikalau mereka menjadikan gerakan-gerakan tersebut sebagai musuh ataupun menggolongkan mereka bersama di dalam kelompok Isis dengan alasan kesemua gerakan tersebut mengajarkan doktrin tauhid 3 di dalam usrah-usrah mereka.

Ternyata bukti empirikal menunjukkan doktrin tauhid 3 yang didokongi gerakan-gerakan berkenaan tidak menjadikan mereka pengganas, sebaliknya doktrin tersebut banyak menyumbang ke arah perkara-perkara positif, kebaikan sejagat, dan juga unsur-unsur kebajikan di dalam ruang demokrasi di dalam negara Malaysia.

Pihak Bukit Aman perlu bersikap inklusif dan profesional di dalam melibatkan seramai mungkin kawan di dalam menangani isu Isis ini secara serius.

Kepakaran dan juga pengkhususan gerakan-gerakan Islam sederhana pro-demokrasi perlu diintegrasikan dengan usaha-usaha sedia ada oleh Bukit Aman.

Kelebihan gerakan-gerakan tersebut ialah keupayaan mereka untuk mempengaruhi massa dan masyarakat sivil untuk menghayati Islam yang sederhana dan menghormati sistem yang ada.

Usahlah kawan disangka lawan, ia hanya akan menggadaikan usaha baik tersebut dan mensia-siakan tenaga dan bakat yang ada.

Lebih malang lagi, penolakan terhadap usaha sama gerakan-gerakan Islam sederhana pro-demokrasi itu juga ditakuti akan membawa kepada kesan slippery slope (keterbabasan) yang membawa akhirnya kepada fenomena Islamophobia di Malaysia.

Sudut pandang liberalis dan islamis terhadap TPPA 1 – Jufazli S A

Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA) adalah salah 1 perjanjian baharu yang akan diratifikasi Malaysia tahun ini. Kita semua memahami dan bersetuju dengan potensi dan prospek pelaburan yang terbuka luas hasil daripada ratifikasi perjanjian tersebut. Namun, kerisauan kita sebagai rakyat Malaysia adalah para pendukung perjanjian free market oriented (pasaran ekonomi terbuka), melihat semua idea di dalam perjanjian TPP itu sempurna dalam mencapai kemajuan negara.

Paling mengejutkan, mesej awal dalam siri jelajah TPPA di seluruh Malaysia cuba meninggalkan satu mesej besar, tanpa TPPA kita tidak akan maju.

Ia 1 retorik ekonomi yang begitu tersasar.

Pendukung TPPA di Malaysia langsung tidak bersetuju dengan beberapa kritikan pakar ekonomi politik luar dan dalam negara bagi memastikan TPPA ini tidak perlu diratifikasi atas sebab yang jelas.

Ramai yang turun demonstrasi anti-TPPA pada 23 Januari 2016 yang dianggap kelompok pro-TPPA sebagai kelompok yang hanya ikut-ikuatan sahaja tanpa ada alasan kukuh membantah TPPA.

Apabila pertembungan ini berlaku, maka adalah tidak adil jika kita membiarkan para pendukung kepada TPPA termasuk pemerintah sedia ada yang pro-kapitalis antarabangsa dan kumpulan elit birokrat serta pakar ekonomi yang pro kepada TPPA, menutup perkara yang cukup jelas membimbangkan.

Datuk Sri Mustapha Mohamed menjelaskan secara konsisten hari ini Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA) adalah satu perjanjian “perdagangan bebas” yang terbesar di dunia.

Malah, pada 18 Januari 2016 lalu beliau yakin ramai rakyat Malaysia semakin yakin dengan inisiatif di dalam TPPA untuk mencapai matlamat ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang.

Bertitik tolak daripada hal di atas dan hasil pembacaan kita bagi setiap muka surat perjanjian yang beribu-ribu muka surat tersebut, maka rencana siri pertama ini tampil untuk menganalisis sistem kapitalis yang akan diterjemahkan di bawah TPPA selepas negara kita meratifikasinya.

Rencana ini juga akan membahaskan matlamat modus operandi pasaran ekonomi terbuka yang terus dipromosi negara kuat, Amerika Syarikat melalui alat utama baharu mereka iaitu TPPA.

Secara mudahnya, jika TPPA dikaitkan dengan aliran pemikiran Rostow dan pendukungnya beranggapan hal ini berasaskan kepada hipotesis negara membangun atau Negara Dunia Ke-3 mengalami kekurangan tabungan (modal) teknologi dan keengganan rakyat mengubah cara hidup tradisional, adalah dipercayai hanya dengan melabur sejumlah modal yang mencukupi melalui teknologi moden dari negara Barat.

Ia sudah memadai bagi menghasilkan kadar pertumbuhan yang tinggi yang mana akan membawa kepada kemajuan dan membasmi kemunduran sesebuah negara seperti Malaysia.

Sejarah perkembangan kapitalisme dan imperialisme perlu ditekankan kerana ia membezakan negara maju dan Negara Dunia Ketiga seperti Amerika Syarikat dan Malaysia. Hasil daripada penglibatan Malaysia dalam beberapa evolusi kemajuan, wujud perubahan struktur ekonomi daripada tradisional kepada moden. Hal ini diimani pendukung liberalis.

Negara seperti Malaysia mempunyai masyarakat yang berkeinginan untuk maju dan menerima inovasi dalam kalangan pemimpin, negara maju sama ada dalam bentuk pinjaman, bantuan asing, harga barangan (harga bahan mentah dan barang siap) dan dasar perdagangan bebas yang terbuka luas.

Pendukung liberalis hari ini juga beranggapan tiada masalah dalam pasaran bebas ini dan matlamatnya selari dengan apa yang ditetapkan secara teori. Jika bercanggah dari segi modus operandi, ia bukan salah perdagangan bebas di dalam sistem kapitalis itu sendiri.

Ironinya, pendukung pemikiran liberal di Malaysia seperti Dr Ahmad Farouk Musa menzahirkan pendirian , “free market” bukan satu sistem yang baik untuk Malaysia.

Ada 2 sebab kritikan ini dilontarkan.

Pertama, sistem perdagangan berorientasikan kebebasan tanpa sempadan ini membawa kepada ketidaksamarataan pembangunan ekonomi di dalam masyarakat.

Bagi mudah difahami, hasil daripada proses perdagangan bebas berpuluh tahun melibatkan negara-negara kecil seperti Malaysia, jurang pendapatan miskin dan kaya semakin melebar, jurang kekayaan terus melebar antara kaum serta antara negeri di dalam Malaysia juga semakin melebar kerana kegagalan perdagangan bebas memberi solusi kepada masalah besar ini.

Persoalannya, adakah TPPA akan meneruskan prospek negatif ini sehingga Malaysia berpotensi mengikut jejak langkah negara dunia ke-3 lain yang sudah tersungkur?

Saya meramalkan ia akan terus berlaku jika tiada persediaan rapi kerajaan dalam berhadapan dengan perjanjian bebas ini sebelum diratifikasi.

Sebab yang ke-2, hasil kekayaan daripada perdagangan bebas ini hanya akan dimonopoli 1% kelompok manusia yang kaya raya jika dibandingkan dengan kelompok masyarakat kelas menengah dan kelas rendah seramai 99% di dunia ini yang sukar terlibat sama dalam proses menikmati hasil kekayaan ekonomi.

Matlamat konsep dan falsafah ekonomi yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam dalam sesebuah negara perlu jelas di bawah TPPA.

Falsafah ekonomi kapitalis yang mana tidak berada di landasan yang ideal bersesuaian dengan keadaan ekonomi global semasa. Asas pemikiran kapitalis yang mana hanya mementingkan nilai kemajuan material dan hanya menyentuh soal dunia. Pendirian ini bukan kerana saya Islam.

Tapi saya yakin, apabila tulisan ini dibaca pembaca bukan Islam, ia memberi satu pandangan yang sempurna kepada matlamat yang ingin dicapai di dalam pembangunan ekonomi yang sebenar-benarnya.

Hal ini juga menunjukkan pentingnya ekonomi yang tidak b dipisahkan daripada nilai-nilai yang baik khususnya di Malaysia. Sehubungan dengan itu, mengulas berkaitan ekonomi dan prinsip rahmah Islam tidak boleh dipisahkan sebenarnya adalah kelemahan pemahaman pemimpin di Malaysia hari ini yang tidak menyatakan secara terperinci berkaitan hal tersebut iaitu hubungan antara pembangunan ekonomi dan Islam.

Hal ini amat memberi jaminan kepada kesejahteraan dan kemajuan pembangunan ekonomi masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, negeri dan kelas yang mana mencorak ekonomi individu, masyarakat dan negara bukan kepada kebendaan semata-mata sehingga mengabaikan syariat Allah seperti mana matlamat di dalam TPPA yang begitu bercanggah.

Rangkuman kepada konsep ekonomi dan falsafah ekonomi Islam di dalam penulisan ini boleh dirujuk dengan definisi Hasan-Uz-Zaman. Ekonomi Islam merupakan ilmu pengetahuan dan penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan dalam perolehan dan penggunaan sumber asli sebagai tujuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah. dan masyarakat keseluruhannya.

Sebagai contoh, bila kita memahami kajian lepas seperti dianalisis Dr. Yusuf al-Qardawi. Sifat pemikiran Barat ialah fahaman kebendaan, memberi interpretasi alam, ilmu pengetahuan dan moral dengan fahaman materialisme. Walau bagaimanapun, keseimbangan antara kebendaan dan kerohanian ini menjadi asas kepada konsep dan falsafah pembangunan ekonomi dalam sesebuah masyarakat terjamin sejahtera, maju dan makmur sememangnya penting untuk dijelaskan.

Ratifikasi ke atas TPPA dijangka menambahkan jumlah pelaburan sebanyak 136 bilion US Dolar sehingga 239 bilion US Dollar pada tahun 2027. Satu realiti yang pahit untuk ditelan ialah, ketamadunan itu bukan sahaja perlu menekankan kepada kepentingan pembangunan ekonomi yang bersifat material, kekayaan zahir dan pembangunan yang diletakkan pada angka.

Akan tetapi, falsafah ekonomi Islam lebih mengangkat keperluan kerohanian dan kebendaan manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk bersepadu.

Menyentuh soal ukuran dalam menilai tahap pembangunan sesebuah masyarakat, TPPA begitu tersasar di dalam hal ini. Amat bertentangan di dalam Islam, jika konsep pembangunan dan pelaburan ekonomi sekadar melibatkan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Di dalam Islam, ia berkaitan dengan lingkungan manusia, alam dan pencipta-Nya.

Krisis ekonomi yang pernah berlaku di Argentina, Amerika Syarikat, Asia dan krisis ekonomi lain, adalah disebabkan idea kapitalis iaitu sistem kewangan konvensional dan pasaran bebas tanpa kawalan yang menghancurkan sistem kewangan global sekarang.

Malah, pasti terus berlaku untuk generasi hadapan dengan impak yang lebih teruk berbanding sekarang, kerana status-quo insitusi kewangan konvensional ekonomi yang mencipta wang tanpa had, pemerdagangan surat hutang, peminjaman wang yang berunsurkan riba malah spekulasi di dalam pasaran yang berlaku tanpa batasan.

Islam tidak anti-pasaran, tidak anti-keuntungan, tidak anti-kekayaan, tetapi Islam mengharamkan penindasan, penipuan, mengambil keuntungan yang berlebihan serta tidak memberi kesejahteraan kepada pembangunan ekonomi manusia secara keselurhannya.

Konsep riba al-nasiah iaitu menangguhkan pembayaran hutang yang diimbangi dengan tambahan (faedah) ke atas hutang tersebut adalah diharamkan mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.

Hal ini salah satu yang membuatkan ekonomi global melalui laluan kemusnahan sehingga generasi masa hadapan dapat mewarisi krisis kewangan kerana ia membawa kepada masalah pengurusan harta dan kekayaan masyarakat yang tertindas, menghabiskan harta masyarakat yang berhutang, kezaliman terus berlaku dalam sistem kewangan konvensional yang akhirnya tidak menyelamatkan ekonomi global dari sebarang kerosakan dan kemusnahan.

Islam amat menekankan nilai kesejagatan dalam keuntungan pembangunan ekonomi global yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya sudah tentu untuk melindungi kesejahteraan masyarakat menikmati kekayaan, harta benda dan kerohanian yang terjamin. Maka tidak hairanlah, jika PAS, Isma, Amanah, Ikram dan Abim serta gerakan Islam lain menzahirkan bantahan terhadap TPPA ini.

Ia bukan kerana kita naïf dan bodoh memahami setiap isi perjanjian. Namun ia adalah disebabkan prinsip yang disukai Allah dan prinsip untuk mendukung ekonomi yang rahmah ke seluruh lapisan masyarakat Malaysia.

Persoalan paling asas yang mana perlu diketahui pemerintah dan pendukung TPPA hari ini, apakah timbang tara yang menjadi penyebab kepada mengapa belum tiba masa yang sesuai lagi untuk Malaysia ratifikasi TPPA:

Proses persetujuan, menandatangani dan ratifikasi TPPA ini dikepalai pemerintah yang korup dan dihimpit dengan skandal kewangan negara. Bagaimana mungkin rakyat boleh percaya proses transparen dalam perjanjian perdagangan bebas yang berisiko ini?

Pemimpin-pemimpin di Malaysia masih belum bijak dalam membuktikan urus tadbir ekonomi yang cemerlang untuk rakyat. Dalam keadaan pasaran bebas itu tidak sempurna, bagaimana pemimpin yang kurang bijak akan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia dan masyarakatnya tidak akan terkorban akibat monopoli negara-negara kuat dan kapitalis antarabangsa?

Jika ratifikasi TPPA ini tetap diteruskan, pemerintah kita mengetepikan penilaian kepada fenomena perdagangan antarabangsa. Sedangkan, masyarakat Negara Dunia Ke-3 dan sedang mengalami kesan buruk akibat fenomena tersebut dalam sistem perdagangan antarabangsa.

Kami menyatakan rakyat Malaysia tidak boleh bersetuju dengan pemerintah dalam perkara ini. Ingatlah, Malaysia yang akan dieksploitasi selepas ratifikasi TPPA, mungkin negara maju yang terus kaya itu adalah hasil daripada tindakan memiskinkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, kami akan terus berdiri untuk rakyat Malaysia dan negara ini demi nasib generasi Malaysia pada masa hadapan! Bantah ratifikasi TPPA!

Bagaimana PAS bantu Umno – Muammar Qaddafi

Keputusan Majlis Syura PAS beberapa hari lepas memutuskan tidak akan berlaku kemasukan parti Islam itu sebagai komponen Barisan Nasional (BN) namun pada masa yang sama bersetuju untuk menjalin kerjasama antara kedua-duanya untuk perkara kebaikan.

Menilai dari satu sisi, tiada salahnya ketetapan ini bahkan usaha kerjasama bersama Umno untuk perkara kebaikan turut disebut sebut DAP dan PKR.

Apa yang menjadi persoalan pokok bukanlah soal kerjasama ke arah kebaikan, namun yang dibimbangkan adalah langkah PAS yang memberi keuntungan kepada Umno.

Antara langkah PAS yang bakal menguntungkan Umno BN sekali gus membantu parti pemerintah itu mengekalkan penguasaan di Putrajaya adalah mewujudkan sentimen anti DAP dalam kalangan orang Melayu.

Satu kajian yang dijalankan mendapati 70% orang Melayu kampung dan pedalaman menolak DAP kesan daripada kempen PAS dan Umno.

Seruan PAS ke arah perpaduan ummah yakni "ummah Melayu PAS Umno" dengan memainkan isu perkauman membawa orang Melayu kampung yang tidak mempunyai akses maklumat yang cukup untuk menolak DAP secara membuta tuli.

Ironinya, tindakan ini dianggap pelik kerana kawasan kampung yg menjadi sasaran kempen anti DAP, bukanlah tempat parti itu bakal meletakkan calon mereka.

PKR juga tidak pernah menyasarkan pedalaman sebaliknya mereka menumpukan Melayu bandar, jadi mungkin PAS cuba untuk menyasarkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang turut menjadi sekutu DAP dalam Pakatan Harapan.

Hudud

Musim terbaru eksploitasi hudud PAS lebih berbeza berbanding musim lain, jika sebelum ini mereka meletakkan Umno sebagai penghalang hudud, PAS pasca muktamar meletakkan Umno sebagai harapan untuk hudud dapat dilaksanakan.

Mesej ini akan dibawa masuk ke dalam kepala penyokong mereka untuk menghalalkan mereka memberi undi kepada Umno BN jika berlaku pertembungan 1 lawan 1 antara BN dan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan yang secara terbuka berpendirian untuk tidak menyokong usul hudud PAS.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya

Tahun ini akan menyaksikan berlakunya persempadanan semula kawasan pilihan raya, daripada maklumat tidak rasmi ia mungkin akan dilaksanakan pada April tahun ini dan PAS dijangka akan menyokong usaha ini dan pastinya dengan penyusunan kedudukan pengundi akan memberi kelebihan kepada Umno BN.

Tiada salahnya kerjasama ke arah kebaikan, persoalannya kenapa sekarang? Kenapa bila Umno menekan rakyat sehingga ke paras dasar sungai, saat rakyat sudah marah dan bersedia untuk menumbangkan Umno BN, lalu PAS cuba memberi tongkat sakti agar Umno sekurang-kurangnya dapat berkuasa untuk lebih lama lagi.

Adakah jika Umno terus berkuasa, maka hudud dapat dilaksanakan di Kelantan mahupun Malaysia? Atau jika Umno kekal berkuasa maka Kelantan akan dikembalikan hak royalti mereka? Atau jika Umno kekal berkuasa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan? Derita rakyat akan berkurangan dan keadilan akan diberi kepada mangsa penindasan?

Pada tindakan PAS terdapat 1,001 tanda tanya, penuh keraguan. Mungkin persoalan akhir pada artikel ini adalah,adakah kerjasama untuk kebaikan itu termasuk juga kerjasama politik antara PAS dan BN untuk menentang Pakatan Harapan?

Common Era (CE) and Hijri Calendars – Mohamed Hatta Shaharom

All great civilisations (for example Indian, Persian, Chinese, Javanese) have their own calendars for at least the essential functions of worship, trade and astronomical observations.

The world now uses a the Common Era (CE) calendar while a number of its various cultures and civilisations retain their original calendars. CE is also referred to as the “Christian Era" or "Current Era.”

Most authors prefer to understand CE as the Common Era that is being shared by all of mankind regardless of religion. This is to replace Anno Domini: “The year of our Lord (Jesus Christ)”. Thus “Before Christ” or BC is being replaced by “Before Common Era” or BCE.

Let us first bring to mind Zheng He, whom we knew as Cheng Ho in the Malayan school history of the early 1960s. If this great Muslim eunuch of the late 14th and early 15th CE centuries led his seven-expedition armadas to conquer the world – not just exploring south and then westward from China, peacefully trading like he did – the world would be perhaps different from now.

Imagine if he had sailed south, conquering Vietnam, parts of Siam and most of the Malay Archipelago (not just establishing Semarang in Central Java as his port and making friends with the Sultan of Malacca).

Sailing westward, say he took Sri Lanka, conquered the coastal cities of India (starting the first Sino-Indian war) and finally subdued the maritime areas of Persia and Arabia. He would then be known in history as a conqueror and not an explorer.

Everything Chinese would be fashionable and Chinese culture would be dominant if this subduing of nations was continued by his successors. That is, provided the Ming and subsequent emperors did not stop Zheng He and the likes of him from continuing their expansionist grandiose schemes.

We would then be writing in Chinese characters and Mandarin would be the lingua franca from China to Arabia. And we would be using the Chinese calendar.

Let's continue imagining. This time let's go further to the west; to the Arab Muslims who are now believed to have reached the Americas well before Columbus. Evidences show that they were there even at the time of the third or fourth caliphs of Islam, less than two or three decades after the demise of the Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him).

The Fountain magazine, Issue 58 / April – June 2007 article “Islam and Muslims in America before Columbus” written by Salih Yucel is a thought-provoking read on this issue. Should reinforcements of Muslims be sent from across the Atlantic then these Arab settlers would change the socio-political landscape of the Americas.

In the meantime, if all Arab sailors who, since the time of the Christ, incessantly sailed eastward to India, the Malay Archipelago and East Asia with their final stop in China, were equipped with increasing fire power that was meant for pillage and plunder, the dominant culture would perhaps be Muslim-Arab, like after the Arab seafarers became Muslim in the 7th CE century.

Arabic would be the lingua franca of the world and we would now be using the Muslim-Arab calendar.

But mankind was not fated to witness all that. We now accept the fact that since the days of the post-Andalusian Columbus, Western civilisation was play that role of colonising and plundering the New World (west and east) through its main four representatives: the Catholic Portuguese and Spanish; and the Protestant Dutch and English. This planned and concerted effort at active colonisation lasted for about four centuries, culminating in the era of Western hegemony of the last century or so.

That is why English is an international language and the world largely refers to the CE calendar which is essentially a Gregorian-Christian calendar. It is an internationally accepted civil calendar and is also known as the “Western calendar”.

In Arabic and among Muslim peoples, it is referred to as the Masihi (from al-Masih, the Christ or the Anointed) Calendar or, for example in the Malay language, Takwim Masehi, which is clearly influenced by its original Arabic name.

It was named after Pope Gregory XIII who first introduced it in February 1582. It is an adaptation of a calendar designed by Italian doctor, astronomer and philosopher Luigi Lilio (also known as Aloysius Lilius) who was born in 1510, a year before the Portuguese conquered Malacca. However he didn't experience fame for he died in 1576, six years before his calendar was officially introduced.

Finally, let's understand the origin and functions of the Islamic calendar, a lunar calendar consisting of 12 months in a year of 354 days. The first Islamic year began in 622 CE during which the emigration (Hijrah) of the Prophet Muhammad from Mecca to Medina took place. Each numbered year is designated either “H” for Hijrah or “AH” for the Latin “Anno Hegirae” or “In the year of the Hijrah”.

Muslims refer to this Hijri calendar as regards their new year's day and the days of obligations (like the fasting month of Ramadan) and religious celebrations. In the Gregorian calendar, 1437AH (which is the current Islamic Hijri year) runs from October 14, 2015 to October 2, 2016.