Tuesday, July 28, 2015

Buktikan ini yang terbaik kalau boleh – Miqdam Rashid

Satu persatu berlaku hari ini. Saya tidak rasa isu yang berlaku hari ini perkara yang baik bahkan ia merupakan musibah yang memungkinkan malapetaka kepada Malaysia. Sedarlah wahai anak Malaysia.

Kini, kita dikejutkan lagi dengan Kabinet baharu yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak. Kawan 'seperjuangan' Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan perdana menteri bersama 4 menteri digugurkan daripada senarai. Takziah.

Jangan bilang ini satu 'strategi' ingin kekal berjawatan. Kemudian, menjadi tanda tanya sebab Peguam Negara Tan Sri Gani Patail turut 'diturunkan' dengan alasan keadaan kesihatan beliau. Satu perkara yang berada dalam minda saya bagaimana seseorang yang masih dalam pasukan penyiasatan 1MDB boleh ditukar dengan orang lain. Persepsi rakyat terhadap siasatan ini akan menjadi lebih teruk.

Saya tidak mahu jawab tapi saya yakin rakyat Malaysia sangat boleh memahami dengan sendiri. Suka untuk saya ingatkan kembali rakyat Malaysia itu sudah bijak, matang bahkan mampu menilai.

Rakyat itu bukan mahu membangkang selalu cuma menegur tapi kalau sudah menyebabkan rakyat bosan dengan keadaan politik begini ditambah beban rakyat dihimpit sara hidup tinggi, GST, hutang negara, 1MDB, isu Tabung Haji dan KWSP, kerajaan patut ambil kisah perkara ini.

Kepada rakyat Malaysia, teruskanlah setia dengan kebenaran kerana ini Malaysia ini negara yang kita sayangi. Generasi akan datang akan menyalahkan kita jika kita gagal membentuk negara dengan baik.

Akhir kata, jika ini barisan Kabinet yang terbaik, buktikan!

Kalau tidak mampu, saya kira rakyat pasti akan buktikan pula nanti. Semoga Malaysia menuju negara rahmah satu hari nanti.

Saya sayang Malaysia.

Sunday, July 26, 2015

Strategi badan-badan NGO ke arah parti politik gagal? – Arifin Hassan

Sejak akhir-akhir ini banyak kedengaran sebahagian dari badan-badan NGO seperti Ikram, Abim, Wadah dan Haluan ingin bertukar angin dengan menerjunkan diri ke dalam arena politik. Ini kerana penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) memberi peluang kepada NGO-NGO ini untuk mencorakkan hala- tuju politik negara. Soalannya, adakah mereka ini sesuai dijadikan barang dagangan dalam pasaran pollitik?

Seperti juga di dalam dunia bisnes, berniaga menjual kopi secara kecil-kecilan di warung, berlainan gayanya dari menyewa di food court di Suria KLCC. Bolehkah seorang jaguh dalam acara tenis di peringkat antarabangsa mengulangi kejayaannya dengan bermain bolasepak bersama Liverpool FC?

Satu konsep pengurusan yang dinamakan sebagai The Peter Principle, diperkenalkan Laurence J Peter mungkin mempunyai jawapan bagi persoalan di atas. Dalam kajiannya, seseorang itu dikatakan mempunyai had kejayaannya apabila dia diletakkan dalam suasana yang berbeza dan prestasinya tidak semestinya akan meningkat secara berterusan.

Mungkinkah, dengan kata lain, sesebuah NGO boleh berjaya dalam sesuatu bidang, tetapi ianya akan menemui kegagalan dalam arena politik. Berikut adalah mungkin perkiraan yang harus diambil berat semasa melakukan perancangan strategik dalam menceburkan organisasi dalam arena yang baru ini.

Siapa cepat dia dapat

Apabila gendang dipalu, badan-badan NGO perlulah mengambil satu pendekatan yang baru demi merebut peluang yang ada. Kalau dahulunya mereka berasa selesa dengan lenggok yang perlahan, ia sekarang harus berlari dan kadang kala perlu memecut selaras dengan perubahan semasa.

Ada juga yang menyatakan mereka perlu membuat beberapa penyesuaian dan “quantum leap” untuk berjaya dalam dunia yang baru diceburi ini. Ia perlu membuat anjakan paradigma agar tidak kelihatan sebagai jaguh kampung yang hanya mampu bersaing diperingkat lokal.

Jika dahulunya kenyataan media dikeluarkan hanya sebulan sekali, sekarang ianya hendaklah diadakan dengan lebih kerap, seminggu sekali sebagai contoh. Nah, bila ada parti politik, dua kali sehari pun tidak memadai! Sudahkah ia bersedia untuk perubahan ini?

Budaya kerja lama tak boleh pakai

Philip Kotler, seorang Professor Pemasaran Kellogg School of Management, Amerika Syarikat menyatakan, kejayaan dan budaya kerja mempunyai kaitan yang rapat. Dalam kajian beliau, didapati kejayaan sesuatu organisasi berpaksi kepada ‘cara ahlinya berfikir dan membuat kerja’ atau ‘how things are done around here’. Budaya kerja, pada hakikatnya adalah jatuh bangunnya sesuatu organisasi dan menjadi akar tunjang kepada kejayaan-kejayaan pada masa hadapan.

Semasa Rasulullah s.a.w berada di Mekah pada tahap awal dakwah, Baginda menggunakan strategi dakwah yang bersifat defensif. Namun begitu, peristiwa Hijrah ke Madinah melatih Baginda dan para sahabat r.a. untuk menjadi lebih ofensif & proaktif. Ini merupakan satu pembudayaan semula, a reculturisation of work yang dirancang rapi Allah.

Ahli-ahli dan para pemimpin, kalau dahulunya sudah terbiasa bekerja dari kerusi empuk bersama ahli kumpulannya sahaja, kini perlu keluar bersama-sama untuk turun padang dengan masyarakat. Mereka harus bermesra dengan orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan bergaul dengan semua lapisan komuniti.

‘It is good if you are good, but if you are good and people do not know that you are good, then that is not very good for politics’. Dalam arena moden ini, dunia politik sentiasa memerlukan dorongan yang mampu membuat kita berkhidmat secara konsisten. Disebabkan itu, setiap kematian, kenduri dan kelahiran bayi bahkan sambutan harijadi dari semua bangsa dan agama wajarlah disantuni dan diambil kira.

Sudahkan budaya politik berada dalam ahli- ahli NGO anda?

Masuk sekolah semula

Seorang pakar pengurus perubahan dari Harvard University, Professor John Kotter, menyatakan penglibatan sesebuah organisasi dari satu tahap ke tahap yang lain memerlukan ilmu dan kemahiran yang berbeza. Justeru itu, badan-badan NGO perlu mengambil beberapa langkah yang strategik kalau mereka ingin memimpin dan dikenali sebagai the game changer dalam dunia politik kini.

Untuk ini, ahli-ahli NGO wajarlah menghadiri semula latihan untuk ‘unlearn’ budaya yang negatif seperti bahasa badan yang tidak mesra media dan pendekatan negosiasi yang merugikan. Mereka perlulah di ‘retrain’ semula kefahaman ilmu terkini dalam pilihan raya, sebagai contoh teknik micro-targetting ala presiden Obama.

Strategi ini yang diperkenalkan Jim Messina semasa presidential election 2012 berjaya digunakan sekali lagi untuk memenangkan perdana menteri David Cameron dari Conservative Party, United Kingdom. Pilihan raya pada zaman kini menjadi semakin kompleks dan ilmu yang baru perlu dipelajari secara mendalam, selari dengan pepatah Inggeris yang berbunyi “You can never find a new island using an old map”.

Sudahkah badan-badan NGO mempunyai persediaan sedemikian?

Kadangkala, berundinglah untuk kalah…….

Jika dahulu sesebuah NGO terbiasa mengadakan negosiasi bersama sahabat handai dengan harga tawaran yang agak murah mengenai isu-isu lokal dan remeh, sekarang ini, ia harus berdepan dengan isu masa depan negara yang lebih mencabar.

“Ambillah selangkah kebelakang untuk maju ke hadapan di kemudian hari’’. Kata-kata dari Lao-Tsu, pemikir Cina lebih 2000 tahun yang lalu boleh menjadi iktibar kepada pemimpin badan-badan NGO. Sebagai contoh, pemain catur yang handal mengambil satu langkah dan strateginya mampu melihat tiga langkah ke hadapan.

Budaya kompromi dalam politik juga berjaya dicerminkan dalam Perjanjian Hudaibiyah pada 6 Hijrah antara Rasulullah dan Musyrikin Mekah. Justeru, NGO-NGO wajar mengaplikasikan pelan tindakan yang sama dalam menceburkan organisasi mereka dalam arena politik. Hal ini boleh menjurus kepada situasi ‘win-win’ dalam perundingan.

Adakah NGO sudah bersedia untuk berunding sedemikian?

Berharap yang terbaik, bersedia untuk terburuk.

Bidang politik merupakan satu perjalanan yang sangat jauh. Lim Kit Siang dan Tengku Razaleigh Hamzah memperuntukkan keseluruhan hidup mereka untuk politik dan sehingga ke hari ini, mereka masih belum nampak bersedia untuk bersara. Langkah Kajang yang mulanya nampak kecil sebenarnya memulakan satu rangkaian agenda politik yang lebih besar.

Bagi NGO yang tidak pernah melalui percaturan politik yang kompleks ini, stamina dan persediaan yang diperlukan untuk membaca dan mengharungi liku-liku perjalanan ini cukup mencabar. Sebagai contoh, Tun Musa Hitam pada masa mudanya merupakan pemimpin pelajar universiti yang disegani ramai pada awal tahun 1950an. Beliau merupakan pelajar yang mewakili Asia yang berpusat di Leiden, Belanda dan bersara awal dari politik apabila bertembung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sudah tidak dinafikan lagi, NGO-NGO akan mudah terkena sepak terajang politik seawal tertubuhnya parti politik. Bahkan ia harus bersedia dengan “siku dan lutut” yang datangnya dari kawannya sendiri yang kini pun berubah menjadi lawan.

Sudahkah NGO-NGO bersedia untuk bertembung dengan mereka ini?

Tidak ada kawan dan musuh politik yang kekal kecuali minat.

Henry Kissinger, penasihat politik kepada tiga presiden Amerika Syarikat pada tahun 70an hingga 80an pernah menyebut “There is no permanent friends or enemies, only permanent interest”

Perjalanan politik adalah penuh dengan liku-liku dan sahabat handai bakal bersilih ganti. Namun, tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang selama-lamanya. Justeru, ahli-ahli NGO perlu dilatih agar bersedia untuk berkawan dengan seramai mungkin, seeloknya dari semua lapisan masyarakat.

Sebagai contoh di Indonesia, seseorang dari Parti A ialah rakan politik koalisi pilihan raya tempatan bersama-sama Parti B. Namun di peringkat nasional, Parti A dan B merupakan musuh yang ketat. Justeru itu, ahli politik perlu dilatih dengan cekap untuk bermanis muka dan berkawan di satu suasana, berdepan dengan musuh berdasarkan prinsip yang utuh dan integriti.

Mampukah NGO kini berhadapan dengan suasana yang demikian?

Contohi yang terbaik

Pegawai-pegawai tentera Amerika dilatih di West Point Military Academy sejak ianya dibuka pada tahun 1802 lagi. Selama 4 tahun itu, mereka dilatih dalam teori ilmu ketenteraan, bidang akademik dan ilmu peperangan berdasarkan kajian kes.

Pengalaman digali dari General Hannibal yang hidup pada tahun 200 SM dan Napoleon Bonarparte yang menakluki Eropah sebanyak dua kali hinggalah ke strategi General Mac Arthur yang menakluki Jepun pada tahun 1945. Ahli politik juga boleh belajar dari tokoh militari di mana pembelajaran ini dikenalai sebagai “cross- industry benchmarking”

Dalam dunia politik, terdapat juga tokoh-tokoh besar yang mampu menjadi role model kepada bakal-bakal pemimpin. Badan-badan NGO seharusnya memberi focus kepada “lesson learnt” dari mereka.

Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., Omar al-Khattab, Tun Musa Hitam, Dr Burhanuddin Helmi, Soekarno, Churchill, Margaret Thatcher, Dr Mahathir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Lee Kuan Yew, sekadar menyebut beberapa contoh yang wajar dipelajari dalam meningkatkan ilmu.

Rumusan

Kejayaan dalam penghijrahan mereka ke dalam dunia politik bergantung kepada tiga faktor utama. Pertama, keupayaan dalam menguasai ‘cross-culture’ atau intrabudaya dari NGO kepada politik dan penyesuaian yang cepat ke alam yang baru.

Bahkan, pengalaman badan- badan NGO dalam usrah, tarbiyyah dan dakwah mampu melonjakkan dan memberi impak yang besar.

Keduanya, pemilihan pemimpin yang tepat, ataupun “strategic-fit leaders” iaitu yang sesuai dengan keadaan semasa. Kegagalan dalam berbuat demikian akan menghasilkan parti politik yang dipandang lemah dan tidak dihormati.

Akhir sekali, badan- badan NGO haruslah menggunakan networking yang ada secara meluas di Malaysia dan antarabangsa. Dengan pengalaman yang sudah lebih 40 tahun, Abim dan Wadah mampu mengorak langkah ke hadapan.

Selain itu, Ikram dan sejarahnya yang terdahulu sejak tahun 70an juga mempunyai pengalaman yang luas pun mampu merancakkan dan menggerakkan parti politik.

Umat Islam perlu segera kembali kepada fitrah – Syahir Nujaba

Masih berada dalam bulan Syawal, umat Islam di Malaysia belum pun habis merayakan ‘Aidilfitri. Rumah-rumah terbuka masih lagi dilangsungkan di pelbagai peringkat seperti sekolah, pejabat, kejiranan, dan lain-lain. Walaupun dari sudut syara’ Aidilitri dirayakan hanya sehari sahaja berbanding ‘Aidiladha yang dirayakan selama tiga hari, namun perayaan yang berlanjutan ini tidaklah pula dikira sebagai bid’ah dalam agama. Hal ini kerana, di sana terdapat beberapa maslahah yang mendesak agar sambutan ini dilanjutkan tempohnya dalam keadaan tiada sebarang bentuk ritual atau ibadah baru diselitkan di celah-celahnya.

Demikian itu, masih tidak terlambat untuk maqalah ini diterbitkan bagi menyegarkan kembali kesedaran umat Islam terhadap ruh dan falsafah di sebalik ‘Aidilfitri. ‘Aidil yang dimaksudkan dalam bahasa Arab ini bererti kembali. Manakala Fitri merujuk kepada fitrah keinsanan yang Allah ciptakan manusia di atasnya. Dan apabila kita sebut ‘fitrah keinsanan’, timbul persoalan paling besar iaitu, bukankah sepatutnya seluruh manusia berhak merayakan ‘Aidilfitri kerana ‘fitrah keinsanan’ bukanlah hak milik ekslusif kaum muslimin sahaja. Tetapi kenapa Allah hanya hadkan perayaan ini bagi orang muslim sahaja?

Selama puluhan tahun menganut Islam, sebahagian besar daripada kita masih gagal untuk memahami Islam : Antara Fitrah dan Syari’ah. Umat Islam hari ini begitu cakna dengan syari’ah, tetapi lupa untuk mengambil tahu soal fitrah. Umat Islam hari ini sibuk menyembah Allah sebagai tuhan yang menurunkan syari’ah, tetapi lupa untuk menghargai Allah yang menciptakan mereka dengan fitrah. Umat Islam hari ini sangat arif, Allah adalah tuhan yang mencipta syari’ah sebagai panduan hidup. Tetapi mereka jahil, sebelum Allah mengutuskan syari’ah, Allah mencipta manusia dengan fitrah.

Sarjana Islam berulang-kali menyebut, Islam adalah agama fitrah. Namun, ramai yang mengamalkan Islam sebagai agama, dan meninggalkan Islam sebagai fitrah. Contoh paling mudah untuk kita fahami, apabila seorang muslim mendirikan solat jemaah di masjid, kemudian dia keluar melepak untuk menghisap rokok, adakah dia memahami Islam sepenuhnya? Bagaimana dia mampu menuruti perintah tuhan dalam syariah, tetapi gagal mentaati kehendak tuhan dalam fitrah? Masakan tidak, lihatlah kembali pada senaraian ibadah dalam Islam, tiada satupun yang Allah ciptakan ibadah tersebut untuk memudaratkan badan. Tiba-tiba apabila kita selesai beribadah, kita binasakan kesihatan tubuh badan kita dengan rokok! Ini sangat bertentangan dengan fitrah manusia yang sukakan badan yang sihat dan cergas.

Lihat pula perihalnya sebelum ibadah. Umat Islam digesa agar mensucikan diri dari kotoran dan najis. Namun kenapa apabila di luar kerangka ibadah, umat Islam boleh buang sampah merata-rata, negara Islam pula adalah negara yang paling kotor?! Bagaimana sebuah negara yang ditadbir non-muslim jauh lebih bersih? Fenomena ini terjadi kerana, non-muslim lebih dekat dengan fitrah, tetapi jauh daripada syariah. Manakala muslim pula hebat dalam syariah, tetapi lemah dari susut fitrah.

Kegagalan kita sebagai umat Islam, dalam memahami Islam sebagai agama yang seimbang dari sudut fitrah dan syariah, bakal membawa kepada kekeliruan isu yang pelbagai. Misalnya apa yang terjadi setiap kali hari raya. Apabila keluarga besar berkumpul ramai-ramai, masih ada ahli keluarga wanita yang tidak menutup aurat dengan baik. Teguran yang dibuat, dibalas dengan hujah mereka yang tidak menutup aurat dengan elok ini, jauh lebih baik kerana mereka memberi wang raya yang lebih banyak. Ini benar-benar mengelirukan kerana mereka masih tidak faham yang mereka berikan duit raya itu hanyalah bahagian daripada fitrah. Sedangkan Islam itu seimbang antara fitrah dengan syariah.

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفٗاۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ

ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ٣٠

30. (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [ar-Rum]

لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا ١٤٨۞

148. Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [an-Nisa]

Lebih malang lagi apabila terdapat asatizah (ustaz-ustazah) sendiri yang tidak memahami konsep ini. Apabila berlaku kezaliman pemerintah terhadap rakyat, masih ada suara-suara yang mengharamkan serta menegah rakyat daripada bangkit menenteng kezaliman. Sebahagian mereka berhujah menyebut keburukan pemerintah dikira sebagai mengumpat dan kesannya berdosa. Tapi mereka lupa firman Allah dalam ayat kedua di atas yang menyebut, Allah membenarkan kita untuk lantang bersuara apabila dizalimi. Hal ini kerana, kita sebagai insan, sememang tidak rela diri sendiri dizalimi.

Kerana itu kita harus kembali kepada fitrah kejadian insan, seperti yang tertulis dalam ayat al- Quran pertama di atas, Islam ini didirikan atas dasar fitrah. Syariah yang Allah utuskan kepada kita adalah untuk membimbing fitrah yang sedia ada. Malangnya umat Islam hari ini ramai yang patuh syari’ah, tetapi tidak mesra fitrah.

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ

عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

41. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. [alHajj]

Hal ini lebih jelas disebutkan dalam ayat di atas. Iaitu Allah menerangkan, jika diberikan kuasa pemerintahan kepada orang beriman untuk mentadbir dunia ini, pastilah mereka menunaikan kewajipan fitrah dan syariah secara seimbang. Kewajipan syariah yang digariskan dalam ayat di atas adalah solat dan zakat. Manakala kewajipan fitrah adalah mempromosi kebaikan dan mencegah keburukan. Kerana itu kita lihat negara-negara bukan Islam lebih cekap pentadbirannya berbanding negara Islam yang sering dilihat lebih lembap perkhidmatannya dan banyak korupsi. Fenomena ini terjadi disebabkan kefahaman Islam yang tidak seimbang.

Kita mampu tepati waktu berbuka puasa, tetapi tidak mampu tepati waktu kerja. Kita mampu menyusun saff dalam sebuah masjid yang besar, tetapi tidak mampu menyusun selipar pad arak kasut yang kecil. Kita mampu mengutip zakat berbilion ringgit, tatapi gagal menyalurkannya dengan berkesan. Kita mampu membina masjid yang besar, tetapi gagal mentadbir negara dengan telus. Kita mampu melahirkan juara tilawah al-Quran yang lancar, tetapi gagal menawarkan servis perkhidmatan yang cekap. Kita terkejar-kejar untuk membayar zakat fitrah yang berhukum wajib, tetapi gagal menunaikan kewajipan membantu non-muslim yang dalam kesusahan.

Bagaimanakah dengan sikap kita ini, insan dapat merasakan Islam sebagai rahmat sekalian alam? Bagaimanakah di sikap kita ini, layak menggelarkan diri kita umat pertengahan yang wajar dicontohi? Kerana itu ahli falsafah sering menyebut, amatlah berbeza orang yang hidup bertuhan dengan orang yang hidup beragama. Kerana orang yang hidup beragama, belum tentu menyedari hakikat kewujudan tuhan.

Thursday, July 23, 2015

Memahami hudud dari perspektif haji – Hamri Ibrahim

Isu hudud bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia, malah ia juga dianggap sesuatu yang sangat sensitive bagi sesetengah pihak. Tanpa kita sedari, sebenarnya hokum hudud dan ibadah haji mempunyai persamaan yang sangat ketara dari segi kewajipan dan pelaksanaanya.

Diharap artikel yang "short & sweet" ini dapat member kefahaman yang lebih jelas kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Malaysia mengenai hokum hudud dan mengapa kita tidak perlu berbalah mengenainya.

Ya, memang benar setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah wajib melaksanakan ibadah haji, begitu juga dengan hokum hudud, tiada kompromi mengenainya. Menolak hokum ini bermakna seseorang itu rosak akidahnya dan perlu segera bertaubat.

Seperti yang semua sedia maklum, ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilakukan setiap orang Islam. Sementara hokum hudud pula merupakan salah satu daripada hokum jenayah Islam selain Qisas dan Ta'zir yang wajid dilaksanakan seperti yang termaktub di dalam Al-Quran.

Walaubagaimanapun, kewajipannya adalah bersyarat dan hanya menjadi wajib kepada pihak yang memenuhi syarat wajib tersebut. Ibadah haji misalnya hanya wajib bagi sesiapa yang berkemampuan dari segi fizikal, kewangan dan ilmu. Hatta kita tidak digalakkan untuk menunaikan haji dengan berhutang daripada pihak lain. Begitu juga dengan hokum hudud. Wajid dilaksanakan pemerintah apabila memenuhi syarat wajibnya dan benar-benar berkemampuan untuk melaksanakannya.

Kita tidak merasakan apa-apa yang pelik jika seseorang menyatakan hasrat untuk menangguhkan ibadah haji mereka di atas factor kurang berkemampuan kerana kita memahami dengan jelas mengenai perkara ini. Malah, lebih teruk dari itu, ramai antara kita yang berkemampuan tetapi sengaja melengah-lengahkan rukun Islam kelima ini.

Sebaliknya kita berasa sangat marah dan cepat melenting apabila ada individu-individu yang menyatakan hasrat untuk menangguhkan pelaksanaan hudud berdasarkan hujah-hujah yang selari dengan syarak.

Sebagai contoh, cendekiawan Islam terkemuka Profesor Tariq Ramadan pernah menyeru agar hudud ditangguhkan atas sebab keadaan dunia yang berubah dan tidak kondusif kepada pelaksanaan hudud.

Mengapakah scenario ini berlaku? Adakah rakyat Malaysia kurang sensitive terhadap ibadah haji berbanding hudud?

Realitinya hari ini, hudud bukan lagi dianggap sebagai sebuah hokum semata-mata tetapi dicampuradukkan dengan isu dan sentiment politik sehingga menyebabkan masyarakat umum menjadi semakin keliru dan hikmah sebenar disebalik pelaksanaanya tidak dapat disampaikan dengan baik.

Sepertimana mana ibadah haji, hudud juga tidak akan dapat dicapai hasilnya dalam sekelip mata. Tidak semua pak haji yang pulang dari Mekah akan secara otomatik menjadi baik. Ia memerlukan suatu usaha yang berterusan dan tersusun agar hudud dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan tidak mendatangkan fitnah kepada umat Islam di kemudian hari.

Justeru umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang dan parti politik perlu berusaha bersungguh-sungguh membina persekitaran, suasana masyarakat dan infrastuktur yang baik bagi membolehkan hudud berfungsi dengan adil dan akhirnya dapat member kemakmuran kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Negara ini.

Apa yang lebih penting, hudud bukanlah sekadar hukuman semata-mata tetapi ia bertujuan untuk mendidik diri dan masyarakat ke arah yang lebik baik. Semoga suatu hari nanti hudud dapat dilaksanakan di Malaysia dalam keadaan yang sempurna.

Hudud yang selama ini memecah-belahkan kita – Syahir Nujaba

Hari Raya Aidilfitri kali ini sangat unik. Jika dahulu kita hanya mendengar sesi bercerita atuk-atuk berkenaan sejarah negara, kini para pemuda juga berpeluang berkongsi rasa mengenai perkembangan politik semasa.

Dalam keghairahan diskusi mengenai perjuangan Islam yang cuba dibawa PAS, masih ada penyokongnya yang tidak memahami isu sebenar di sebalik konflik pembawakan hudud.

Ini adalah perkara yang amat memalukan bagi pejuang Islam yang meletakkan kepercayaan dan tekadnya bersama parti politik Islam, tetapi gagal memahami konteks perbincangan hudud di Malaysia. Seharusnya penyokong PAS adalah lapisan pertama yang memahami permasalahan hudud di Malaysia, dan menjadi lidah penerangan kepada masyarakat dalam rangka memberi kefahaman berperingkat. Hanya dengan kefahaman yang jitu, perjuangan yang kita tempuhi akan lebih bermakna dan berjaya dihayati.

Dalam ilmu perundangan, keadilan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu, substantial justice, procedural justice, dan adjectival justice. Ungkapan-ungkapan ini akan menjadi lebih mudah untuk kita fahami dengan cara mengambil ‘ibrah (pengajaran) daripada kes Saidina Ali. Umat Islam pasti sudah maklum dengan kisah ini, di mana Saidina Ali membawa satu kes ke hadapan seorang qadhi (hakim) hebat yang terkenal dengan gelaran Qadhi Shurayh.

Ali mengangkat kes ini disebabkan sebuah baju besinya yang disyaki dicuri seorang Yahudi. Kes yang panjang lebar ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada orang Yahudi tersebut, manakala kekalahan jatuh ke atas Ali. Daripada kes ini, pengajaran pertama yang kita boleh ambil adalah, betapa telusnya sistem keadilan pada zaman tersebut, di mana Ali yang pada ketika itu merupakan seorang khalifah, tidak mengambil jalan mudah untuk memanipulasi kes.

Pengajaran kedua adalah, dalam keadaan hakim tersebut maklum Ali adalah dalam kalangan sahabat yang besar di sisi Rasulullah, kemungkinan untuk beliau menipu adalah mustahil! Namun, disebabkan Ali mendatangkan saksi yang terdiri daripada anak kandungnya sendiri, maka hakim ketika itu melihat ianya terdapat conflict of interest yang seterusnya membawa kepada keputusan untuk menolak kesaksian mereka, sekaligus memberi kemenangan kepada pihak tertuduh. Daripada sini kita boleh simpulkan, Ali bukanlah kalah dari sudut substance-nya, tetapi kalah dari sudut procedural dan adjectival law. Ini kerana, di akhir kisah ini, orang Yahudi tersebut mengaku salah di luar mahkamah, lalu memeluk Islam disebabkan kekagumannya terhadap prinsip dan sikap Ali serta keindahan sistem keadilan Islam yang merentasi sempadan agama dan bangsa.

Begitulah juga dengan dalam kes hudud. Kita tidak berkhilaf mengenai intipati hudud itu sendiri, walaupun sarjana Islam mempunyai pandangan yang berbeza tentang keseluruhan kandungan fekah hudud tersebut. Bahkan, artikel kali ini juga tidak mahu memanjangkan perbincangan hudud dalam konteks fiqh awlawiyyat kerana ianya pastinya akan dimanipulasi golongan anti-liberal yang paranoid.

Namun apa yang menjadi perselisihan utama kita adalah pada bagaimana cara yang sepatutnya kita guna untuk memartabatkan hudud ini. Letak tepi dahulu sudut substance, dan cuba fahami sudut procedurenya terlebih dahulu.

Bagi memahami sudut ini, kita perlu menguasai dua ilmu yang terkait, iaitu kajian constitutionalism (perlembagaan) dan sistem pemerintahan. Kedua-dua disiplin ilmu ini datang daripada fakulti pemikiran sains politik dan perundangan. Dalam kajian corak pentadbiran negara, terdapat dua sistem utama yang menjadi kegunaan negara-negara di dunia sekarang. Pertama disebut sebagai federal system, kedua disebut sebagai unitary system. Malaysia adalah negara yang menggunakan sistem federal di mana kita mempunyai kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini sekaligus memberikan impak kepada halatuju perlaksanaan hudud.

Kesannya adalah pada perlembagaan kita. Dalam perlembagaan Malaysia, selain daripada ‘perkara-perkara’ yang sefungsi dengan seksyen-seksyen dalam enakmen undang-undang, juga terdapat jadual-jadual yang menerangkan fungsi serta hak kuasa institusi-institusi tertentu. Dalam memahami sempadan kuasa kerajaan pusat dan negeri, maka jadual kesembilan merupakan rujukan utama kita. Dalam jadual kesembilan ini, terdapat tiga jenis senarai yang digariskan Perlembagaan Persekutuan. Senarai pertama dikenali sebagai senarai persekutuan, senarai kedua dikenali sebagai senarai negeri, manakala senarai ketiga merupakan senarai bersama yang menggabungkan tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Baik, sekarang persoalan yang timbul adalah, di manakah kedudukan hudud? Hudud adalah pecahan kecil dalam undang-undang syari’ah yang terbahagi kepada empat komponen iaitu ta’zir, qisas, diyat, dan hudud. Hudud dalam undang-undang Islam berada pada aras supreme law kerana keasalahan-kesalahan hudud membabitkan jenayah berat.

Bukan itu sahaja, ruang ijtihad dalam hudud juga sangat terhad dibandingkan dengan komponen kecil yang lain. Kerana ianya terikat ketat dengan kententuan tuhan, maka ia dilihat sebagai undang-undang tertinggi malah pembeza antara undang-undang syari’ah dengan undang-undang sivil dalam bidang jenayah.

Hudud dalam pemakaian undang-undang syari’ah semasa pula sebenarnya sudah wujud. Sebahagian kesalahan hudud seperti zina pun disenaraikan dalam Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah. Manakala sebahagian yang lain seperti bunuh balas dalam qisas, tidak dapat dilaksanakan kerana bertembung dengan Kanun Keseksaan yang bernaung dibawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Kini yang menjadi masalah adalah, walaupun kesalahan hudud wujud dalam pemakaian undang-undang semasa, namun ianya berada pada aras ta’zir kerana terikat dengan had maksimum hukuman 3 tahun penjara, denda 5 ribu ringgit, dan 6 kali rotan, seperti yang termaktub di dalam Akta Mahkamah-mahkamah Islam (Bidangkuasa Jenayah) 1965 pindaaan 1984. Sedangkan hukuman sebenar keasalahan hudud bukanlah serendah itu. Memang benar dalam kerangka perlaksanaan undang-undang syari’ah, pembuktian yang lemah boleh menjatuhkan status kes daripada hudud kepada ta’zir. Namun bidangkuasa mahkamah yang terhad ini menjadikan hakim-hakim syari’ah di Malaysia dalam keadaan serba salah untuk menjatuhkan hukuman, kerana tiada pilihan lain selain hukuman ta’zir sahaja.

Manakala hudud dalam perlembagaan Malaysia berada dalam senarai negeri sahaja. Hal ini banyak terkesan dari sudut sejarah yang menjadikan hal-ehwal agama dan adat resam ditadbir sultan negeri masing-masing. Disebabkan itu, perjalanan hudud sangat jauh jika dibandingkan dengan sistem Islam yang lain dalam industri kewangan, industri halal, industri pendidikan Islam, bahkan haji. Yang demikian itu jelas disebut dalam senarai dua – senarai negeri, kewangan, halal, pendidikan serta hal-ehwal haji berada dalam bidangkuasa pusat, manakala hudud berada di bawah bidang kuasa negeri. Tidak hairanlah, kita lihat institusi kewangan Islam bergerak lebih pantas berbanding dengan perkembangan mahkamah syari’ah, kerana ianya diusahakan di peringkat pusat secara langsung.

Memahami situasi dan kedudukan ini, pejuang-pejuang syari’ah melihat hudud boleh diusahakan melalui dua jalan, luaran dan dalaman. Bagi ‘jalan dalam’, sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan bagi memberi saranan kepada kerajaan agar memartabatkan syari’ah secara berperingkat. Usaha-usaha ini, di peringkat pusat, memberi kesan terhadap pindaan perlembagaan, serta penubuhan Jabatan Kehakiman Syari’ah Malaysia (JKSM) bagi memantau, menkaji serta memberi sokongan terhadap perjalanan undang-undang syari’ah di seluruh negeri. Beberapa pelan tindakan selanjutnya dirangka bagi memperkasakan instrumen-instrumen sokongan yang lain sebelum menuju ke arah perlaksanaan hudud. Manakala bagi ‘jalan luar’ pula, desakan politik daripada parti pembangkang amat diperlukan agar parti yang memerintah tersepit dengan kata dua yang diberikan parti pembangkang.

PAS yang sudah sekian lama memperjuangkan hudud, melaksanakan beberapa usaha dan tindakan bagi mencapai matlamat tersebut. Dari perangkaan enakmen hudud, hinggalah pindaan demi pindaan bagi tujuan penambah-baikan di bawa beberapa kali ke persidangan peringkat negeri dan pusat. Walau bagaimanapun, isu yang timbul adalah, mengapa hudud seringkali menjadi hangat apabila Barisan Nasional sedang lemah? Kita sedia maklum, PAS amat jelas dengan prinsip tahaluf siyasinya iaitu, mereka akan kekal dalam proksi pembakang jika memberi manfaat kepada perjuangan parti, manakala akan cenderung kepada proksi kerajaan apabila memberi manfaat kepada pejuangan parti. Hudud, menjadi perjuangan utama PAS.

Apa yang berlaku baru-baru ini adalah, UMNO menunjukkan minat untuk melaksanakan hudud. Dalam masa yang sama, DAP pula lantang menentang hudud. Situasi inimenyebabkan PAS mengambil tindakan drastik atas dasar berpegang teguh dengan prinsip tahaluf siyasi itu tadi. Sebahagian penganalisis politik memandang hudud sebagai umpan yang berkesan dalam memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Hal ini berasaskan permainan sentimen hudud yang seringkali berulang setiap kali Barisan Nasional berada dalam keadaan yang lemah. Dirisaukan, UMNO sengaja bermain tarik umpan dan akan terus menyimpan isu hudud sebagai senjata akhir memecah-belahkan PR. Sekaligus, ini meninggalkan persepsi buruk rakan-rakan Pakatan PAS sebenarnya adalah sebuah liabiliti yang menyusahkan PR.

Kerana itu, sebahagian sarjana Islam meletakkan hudud sebagai agenda terakhir dalam perlaksanaan syari’ah di dalam sesebuah negara. Terdapat banyak lagi instrumen-instumen sokongan lain yang perlu diperkukuhkan menjelang perlaksanaan hudud. Hasilnya, gerakan Islam yang mengambil pandangan ini dalam pendekatan politik mereka berjaya menguasai tampuk pemerintahan pusat. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam perjuangan AKP di Turki. Melihat keadaan ini, beberapa pemimpin PAS dari aliran progresif meletakkan keutamaan untuk PAS menguasai kerajaan pusat terlebih dahulu bagi merealisasikan hudud.

Jadi, di mana kita, dan di mana pula PAS? Kita semua adalah pencinta. Namun, adakah cinta kitasudah cukup celik ilmu? Beringatlah, cinta buta, tak mampu membawa kita kemana-mana.

Tuesday, July 21, 2015

Hak mahasiswa: Kerana mahasiswa itu mampu menggugat! - Wan Salman Wan Sallam

Tanggal 17 November 1939 telah menyaksikan 1200 mahasiswa Universiti Prague di Jerman disumbat ke Kem Tahanan Nazi manakala sembilan pensyarah dan mahasiswa antara mereka telah dihukum bunuh tanpa bicara. Tahanan 1200 individu ini merupakan rentetan demonstrasi mereka pada pengebumian John Opletal yang ditembak pada 28 Oktober sebelumnya ketika di sebuah demonstrasi memperingati kemerdekaan Republik Czechoslovakia.

Sehingga kini, mahasiswa-mahasiswa seluruh dunia terus-menerus dinafikan hak kebebasan bersuara dalam ruang akademik dan demokrasi. Kejadian yang terjadi pada mahasiswa di Hong Kong dalam Revolusi Payung (“Umbrella Revolution”) dan pembunuhan, pembantaian dan pemecatan ratusan mahasiswa beramai-ramai di Mesir setelah kejatuhan Morsi di Mesir menyaksikan perjuangan mahasiswa yang hakikatnya memberi kesan dan menggugat golongan pentadbir.

Di Malaysia sendiri, 8 orang mahasiswa Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah didakwa kerana menganjurkan sebuah program ucapan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alasan yang diberikan oleh HEP UM sangatlah tidak memuaskan iaitu kerisauan berlakunya pemberontakan yang akan dicetuskan oleh sosok yang dijemput itu.

Apakah yang sebenarnya yang kita takutkan dengan ucapan tersebut? Adakah kerana sosok yang dijemput tersebut merupakan Ketua Pembangkang (yang juga seorang alumni UM sendiri) maka dia tiada ruang di IPTA? Apakah buktinya kata-kata beliau akan menyebabkan jatuhnya pemerintahan negara serta-merta? Adakah kita terlalu takut sehinggakan perlu menekup mulut orang lain? Jika kita berada bersama pihak yang benar, mengapa kita takut berhujah?

Keperluan kualiti mahasiswa yang mampu memimpin

Kita sentiasa mengharapkan agar mahasiswa ini bukanlah sekadar mahasiswa biasa-biasa; kita mahukan mahasiswa ini mempunyai daya fikir yang kritis, berkepimpinan dan mampu mencetus perubahan. Namun banyak suara-suara pada pihak atasan yang tertentu sering sahaja menghalang proses mematangkan pemikiran dalam dunia realiti ini berlaku dengan hujah “pelajar tugasnya belajar, mahu berpolitik masa kerja nanti!”, mahupun dengan cara mengumpan mahasiswa untuk mengikuti sebanyak mungkin program anjuran pentadbiran univeristi supaya dapat mengumpul merit semata-mata.

Hasilnya, mahasiswa kita mula lesu. Hal ini jelas setelah pengenalan Perkara 15 AUKU yang telah melumpuhkan aktivisme dan idealism mahasiswa yang menjadikan mahasiswa selesa dalam ruang lingkup hidupnya sendiri; dengan DOTA 5 jam sehari, hiburan yang membawa entah ke mana dan banyak lagi perkara lain yang mahu dinikmati mereka atas nama usia muda.

Hakikat peranan pemuda dalam perubahan

Dalam risalah Wahai Pemuda coretan Hasan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir, beliau telah menggariskan bahawa pemuda sepatutnya “berfikir panjang , bekerja keras dan menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna”

Beliau menyambung lagi bahawa hakikatnya pemuda yang berjuang demi kepentingan umat dan yang mampu melakukan perubahan ialah pemuda yang “sedaya upaya mengembalikan hak mereka yang dirampas” dan juga “kebebasan yang telah hilang”. Pemuda seperti ini lahir dalam rahim yang menyedari penindasan kepada segolongan manusia ialah penindasan kepada semua atas nama kemanusiaan.

Mana mungkin pemuda yang berada selesa dalam keadaan sendiri mampu ke hadapan, jauh sekali mengubah keadaan jika terus didoktrin untuk tidak bersuara? Sedangkan kita melihat tokoh-tokoh perubahan seluruh dunia ramai yang bermula sejak zaman mahasiswa lagi!

Hak mahasiswa penentu pembelaan rakyat seluruhnya

Maka apabila hak mahasiswa ini dinafikan, kita sebenarnya menafikan potensi mereka untuk menjadi ejen perubahan di tanah tumpahnya darah ini. Akhirnya, kita telah menafikan hak rakyat untuk mendapat semangat pemuda yang jika disempurnakan hak mereka mampu membela rakyat sejagat daripada penindasan dan kezaliman.

Jelaslah bahawa menafikan hak mahasiswa dalam ruang akademik, demokrasi dan perlembagaan bukan sahaja tidak menguntungkan malah merugikan lagi semua pihak. Sejarah telah memperlihatkan bahawa setelah satu golongan yang berjuang itu dijatuhkan, pasti ada yang akan kembali pada masa akan datang. Halangan yang diletakkan pada mereka hanyalah akan membangkitkan lagi ruh-ruh baru daripada jasad umat ini.

Maka marilah kita semua, dalam ruang masyarakat yang madani dan demokratik bersama-sama menyokong Kempen Solidariti Mahasiswa Bersempena Hari Mahasiswa Sedunia pada 17 November ini, sama ada anda semua mahasiswa atau tidak. Hal ini adalah kerana kita menyedari betapa pentingnya mobilisasi pemuda dan mahasiswa dalam ruang lingkup perjuangan rakyat pada masa kini dan hadapan.

Jelaslah juga bahawa kebebasan akademik mahasiswa merupakan sebahagian daripada perjuangan demokrasi. Seperti kata Prof Madya Dr Azmi Sharom yang juga telah didakwa bawah Akta Hasutan hanya kerana mengeluarkan hujah akademik dalam bidangnya, jika kita benar mempercayai nilai demokrasi ini dan kemampuannya, maka kita perlu terus mengerah usaha mempertahankannya.

Ayuh kita bangkit bersolidariti bersama mahasiswa, demi Malaysia yang lebih bebas, demokratik, adil, saksama dan rahmah!

‘Burmese Bin Laden’ – Wan Salman Wan Sallam

Two Rohingya refugee boats were turned away by Malaysia, a non-signatory member of UNHCR refugee's convention.

Many called the action (or "inaction") as rather inhumane and selfish. While agreeing that lives must be saved regardless of colour and faiths, long-term factors around this issue must be addressed - employment and socio-economy, mainly – because as witnessed in Myanmar currently, Rohingya's refugees cannot be sent back to their home in a month or two given the current condition.

Pondering deeper into the root of the conflict itself, Myanmar's politics and the public perception towards Muslims there, there is so much to learn on inter-religion and inter-faith perception and relations.

It is stereotyping, or worse, with remote "tales", that have endangered Rohingya.

It is interesting to relate to Malaysia when Alan Strathern, an Oxford fellow writing in his column in BBC News Magazine, pointed out that it is a fear of being converted to Muslims, the ones they claim "radical" and destructive to the whole world by building Islamic States that drives their (Myanmar's) "defence mechanism".

A deja vu is felt there, isn't it?

In Malaysia, though having not experienced a civil war between faiths, we have long experienced the generalised labeling and stereotyping towards members of opposite faiths, especially ones driven by the fear of conversion.

Does labeling DAP as a party that aims to convert Muslims to Christianity ring a bell?

From my own experience, I remember receiving a pamphlet containing propaganda to reject DAP because most of the Chinese DAP members are Christians, implying that DAP – directly or indirectly – reject membership from Buddhist Chinese, quite explicitly.

Of course, there are more things like the fear of the "cross" sign, the holy water mixed with some brands of drinking water to convert you to Christianity within days as well as the exclusive claim to "Allah".

But to be fair, members of other faiths do get unjustifiably sensitive when non-Muslims are given free copies of the Quran.

Unlike in the UK for example, the Malaysian public is too afraid (or shy, if you prefer) to engage with one another in inter-faith talks and discourse.

While there was once a forum titled "Memeluk Islam" which was banned here, the BBC had taken an initiative to televise a talk show to discuss the acceptance of LGBT community in Islam, nationally!

We, bearing the "traditional Asian minds", are so fearful of knowing new things and addressing things we rarely discuss.

So, what we do is strictly confine ourselves to our own way of knowing things.

We never consider what the others think of Jesus.

Heck, some Malay Muslims might even get confused upon knowing the English translation of the Prophet Isa in the Quran is written as "Jesus". And they might think, "Is this a Christian-sabotaged copy?"

We have never given our kids more choices to know more things outside of our own belief in principles of lives and interaction between different races.

What we do is simply shout racist stereotypical curses towards people different from us from inside a car while our kids are sitting at the back. Now we wonder why racial relations never get better. Surprise, surprise!

It is now the time for us to man up and start talking and more importantly, listening to what the others have to say, not simply putting them in "hell residents" category.

If one believes that his faith is the most righteous one, then what he has to do is to prove it, not to smear dirt on it; give more reasons why people should join you, not to stay away from you.

Now we are hearing some people say that some of the non-Muslims here in Malaysia are "kafir harbi", the ones considered to be executed in the name of Islam.

If you ever think that way, then do consider this as well: are you a Burmese Bin Laden wannabe?

Good ideas and bad policies - Wan Salman Wan Sallam

Although he is actively critical of the Najib administration, Tun Dr Mahathir Mohamad seems to be still in possession of his sense of humour. He quipped recently that he’d want to be Prime Minister again if he had the chance. He said one of the things he would do would be to bring back the teaching and learning of Science and Mathematics in English (PPSMI).

PPSMI is one of the many things he gave the nation during his tenure as PM. It was intended as a means of globalising students at an early stage. But things didn’t turn out as nicely as they should.

It did not, for instance, succeed in narrowing the gap of educational opportunities between the urban and rural populace.

The problem of availability of extra materials and classes to reinforce learning has always been more severe in the rural areas. To worsen the situation, English language education has always been less effective in the rural areas. It is an open secret that in schools with large majorities of Malay and Bumiputera students, English teachers speak more Malay than English during lessons, perhaps thinking that this would help the students better understand the lessons. This happens even in secondary schools.

The students therefore do not have enough opportunities to communicate in the language, let alone enhance their skills.

At the end of the day, they essentially don’t learn much. They experience problems not only with English, but also with understanding the basics of Mathematics and the Sciences. Thus the urban-rural gap is widened even further, and we can conclude that Mahathir’s policy was premature and problematic. It was premature because it was implemented without the conditions being ready for it.

After Mahathir retired, PPSMI was abolished and Science and Maths are now taught in Malay again.

A problem may have got solved, but another one arises.

A step forward

In 2014, the Ministry of Education introduced a more thorough implementation of the School-based Assessment System (PBS). Formerly, it was implemented mainly in the form of oral tests for language subjects.

It is good that we have finally found a way out of an extremely exam-oriented system and made a step forward. But yet again, the implementation was premature, with the pre-conditions not satisfied beforehand.

The enhanced PBS makes it necessary for teachers to keep updating students’ achievements in the system, adding yet another burden to their teaching duties.

Generally, we can assume that a classroom has about 40 students. Unlike a university lecturer, a school teacher must get to know his students individually and constantly give them personal support. Now that they are burdened with greater workloads, their chances of nurturing the pupils through the personal touch are reduced.

It has been reported that nearly 30% of schools in Malaysia are categorised as “schools with very small numbers of students”. One would think that the PBS system would work better in these schools. But no, 90% of these schools are poorly funded. Some of them even operate in other schools’ buildings and use their facilities. These schools, due to having few students, practice multi-grade teaching. As far as we can see from the environment of these schools, this is not a conducive condition for the implementation of PBS.

If that isn’t bad enough, the PBS management system (SPPBS) adds to our compilation of the worst things about PBS. With the system continually lagging if not hanging, we have another huge burden to add to the tons of workload already piled upon the shoulders of teachers.

Furthermore, the Internet speed also argues against the implementation of the online system. According to an Asean report, Malaysia’s average Internet speed is only around 5.5 Mbps, far from the global average of 17.7 Mbps, let alone Singapore’s 61 Mbps. Even Vietnam beats us.

With the implementation of PBS, both teachers and students are expected to make use of information and communication technology (ICT). But from a study done in a rural secondary school by a team from Universiti Kebangsaan Malaysia, almost 80% of the students don’t have computers at home and more than 50% of them are not competent enough to use them. In fact, 70% of them get to use a computer for only about an hour a day. A good 42.9% don’t know how to use Microsoft Word and 60% aren’t familiar with e-mail.

PBS is, after all is said and done, another premature education policy.

So if Mahathir wants to be PM again or if anyone else has the ambition to take over from Najib Abdul Razak, I’d ask him to please make sure that education policies are made to be compatible with current conditions. What is the point of an education policy if it benefits only a certain group of people, and a small one at that?

Love Wins dan muhasabah buat ‘pelobi’ anti LGBT – Wan Salman Wan Sallam

Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (AS) awal hari ini baru sahaja memutuskan perkahwinan sama jantina sah pada sisi undang-undang. Keputusan ini secara langsung membatalkan segala sekatan perkahwinan sama jantina di semua negeri di AS, menjadikan ia sah di semua negeri berbanding beberapa negeri sahaja sebelum ini.

Apa-apa pun sahaja yang ingin dikritik oleh pengkritik di seluruh dunia tentang keputusan ini dari sudut budaya mahupun agama, sebagai sebuah negara demokratik sekular yang menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, keputusan ini melalui laluan undang-undang yang digariskan oleh negara Persekutuan itu.

Hal ini mengingatkan kita sekali lagi akan peristiwa enakmen yang menghalang pemakaian silang jantina di Negeri Sembilan diputuskan tidak berperlembagaan oleh Mahkamah Rayuan November tahun lalu. Persamaan yang ketara ialah kedua-duanya berjaya melalui jalan undang-undang.

Bagi yang menentang, ramai yang menganggap betapa dunia ini tidak adil dan adajuga yang mengumpamakan AS sebagai lebih teruk daripada binatang .
Namun begitu, menyamakan mereka dengan apa-apa sahaja tidak akan mengundurkan keputusan itu. Sebaliknya, pelobi antilesbian, gay, biseksual dan transgender (anti LGBT) seharusnya belajar bagaimana pelobi pro-LGBT memperoleh kejayaan yang begitu monumental ini.

1. Manfaatkan ruang undang-undang sedia ada.
Tidak kiralah sama ada kita mahu mengiktiraf Malaysia ini negara sekular, negara Islam hatta negara tidak sah taraf sekali pun, pelobi anti LGBT mesti mula (jika belum) mengiktiraf negara ini ialah sebuah negara demokratik yang mendaulatkan undang-undang dengan Perlembagaan dijadikan ibu kepada segala dokumen undang-undang, akta dan statut yang ada pada hari ini.

Ramai pihak dalam kalangan anti LGBT hakikatnya masih terperuk dalam ruang lingkup hujah agama tuhan pasti menang dan kebatilan pasti tumbang .
Selalunya, golongan prostatus quo sentiasa selesa dengan keadaan sedia hal ini selanjutnya memudahkan pergerakan golongan anti status quo, dalam kes ini ialah proLGBT untuk mengambil peluang yang sedia terbuka dan memanfaatkannya.
Maka seharusnya aktivis undang-undang anti LGBT menjadi lebih agresif dalam memanfaatkan ruang ini kerana sebagai sebuah negara yang demokratik dan madani, ruang ini sebenarnya dibuka sama rata untuk semua, malah dalam kebanyakan kes, undang-undang sedia ada banyak memihak pada masyarakat Muslim sendiri.

2. Perkasakan kajian dan penyelidikan sains dan perubatan
Golongan proLGBT dari serata dunia sentiasa aktif menyelidik bagi membuktikan LGBT suatu fenomena alam dan sesuatu yang fitrah menurut hukum perubatan. Jujur atau tidak, cabaran dari pelobi anti LGBT tidak sehebat mereka. Mereka dilihat sentiasa mendahului dalam menegakkan LGBT sebagai hak asasi dan bukan lagi penyakit.

Berdasarkan sebuah forum yang pernah saya kendalikan dalam lingkungan masa akhir tahun lalu di Unversiti Sains Islam Malaysia, Fadhlina Siddiq yang merupakan salah seorang panel forum menjelaskan bagaimana sebenarnya enakmen syariah Negeri Sembilan itu tidak mengambil kira golongan yang mempunyai masalah psikiatri berkaitan kecelaruan gender sedangkan yang mencabar itu disahkan pengamal perubatan mengalami masalah tersebut.

Maka perlu diingat, walaupun kita memegang tampuk kekuasaan menentukan undang-undang syariah, dalam negara demokratik kita bukanlah tidak boleh dicabar langsung. Pandangan sains dalam banyak perkara serta fiqh ijtihad yang lebih saintifik perlu diperkasa agar pelobian anti LGBT dilihat relevan dan sesuai dengan fitrah manusia dan bukannya menekan fitrah.

3. Baiki hubungan sosial dan sivil dengan semua pihak
Hal ini sentiasa dilihat merupakan antara kelemahan terbesar golongan proagama dan anti LGBT; mengadakan hubungan baik dengan semua orang.
Mungkin kerana menghukum dan bermain tuhan itu lebih mudah dan selesa dengan status quo maka kita lebih kerap melabel dan menjauhkan diri daripada berbaik dan mengadakan diskusi adil dan mencuba mencari solusi menang-menang untuk semua pihak.

Berbanding pencanang anti LGBT, golongan proLGBT lebih berhikmah dengan golongan LGBT. Sudah pastilah begitu kerana mereka sendiri menyokong status mereka.
Masalah kita ialah kita melalukan pengelasan binari terhadap masy kawan atau musuh. Tidak ada golongan yang di tengah-tengah.

Perkara yang sepatutnya dilakukan ialah jika kita benar menganggap perlakuan LGBT itu satu dosa atau anomali , semestinya juga kita percaya bahawa tuhan itu mengampunkan segala dosa dan dan kita juga mesti membuatkan mereka rasa selesa, bukannya rasa putus harapan dan tidak lagi percaya.

Lihat sahaja tajuk besar berita akhbar arus perdana dan komen di media sosial, banyak mana sahaja yang memberi sokongan moral pada mereka? Kalau ada pun pastilah yang menyokong mereka. Mana pula komen anti LGBT yang lebih diplomatik?

Masalah masyarakat proagama dan golongan yang mendakwa mereka konservatif ialah kegagalan mengadakan diplomasi serta keselesaan dalam status sedia ada. Oleh sebab itu, kehidupan bergama dilihat oleh banyak pihak seolah-olah lebih menyesakkan dan menyukarkan kerana terlalu banyak sentiment dimainkan berbanding usaha kompeten dilakukan.

Hal ini bertentangan dengan prinsip dakwah Islam yang harmoni dan membawa Rahmat buat semua .
Oleh itu, daripada meraung tak tentu hala, lebih baik pelobi anti LGBT memikirkan langkah seterusnya jika mereka yakin kepercayaan yang mereka bawa itu benar dan selari dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan dan yang paling penting, dalam memastikan hidup bermasyarakat dan hak individu sentiasa terjamin dalam ruang lingkup demokrasi dan undang-undang sedia ada, bukan sekadar jeritan kosong melaungkan kebesaran tuhan tanpa tindakan selanjutnya.

Islamis mesti patriotik - Wan Salman Wan Sallam

Muslim yang berpegang dengan prinsip dan bergerak progresif amnya yakin bahawa prinsip asas dalam Islam menjadikan Islam itu agama yang praktikal kerana keanjalan pentafsiran amalan dalam bidang tertentu yang mementingkan pemahaman realiti, keperluan (maslahah) dan kerosakan (mafsadah), selain mengambil kira tujuan tertinggi (maqasid) syariah.

Hal ini sangat ketara terutamanya dalam politik. Selepas zaman pemimpin-pemimpin Al-Rasyidin, corak politik dan pemerintahan mula berubah kepada monarki. Meneliti penerimaan politik zaman sekarang pula, gerakan Islam seluruh dunia yang progresif bergiat aktif dalam kerangka demokrasi dengan menyertai pilihanraya di negara masing-masing, sebagai contoh Parti Keadilan Sejahtera di Indonesia dan Ennahda di Tunisia.

Namun, merenung ke peringkat akar umbi, adakah para Islamis pengikut tegar usrah, tarbiah, dan dakwah jujur dengan pemahaman kerangka negara dan bangsa semasa dalam ertikata terlibat menjadi rakyat Malaysia yang benar-benar menzahirkan cinta terhadap negara?

Atau lebih mudah, banggakah Islamis menjadi rakyat Malaysia? Adakah Islamis berani mengaku mempunyai semangat patriotik dengan ikhlas?

Saya tidak semestinya bersetuju dengan semua gagasan Faisal Tehrani. Namun, memetik daripada karyanya, Bagaimana Anyss Naik ke Langit, dalam dialog Mustaqim bersama ibunya, Profesor Anyss, saya kira ada sudut pandang yang boleh dipakai oleh Islamis untuk bermuhasabah:

“Mengapa orang kita rasa menolong Palestin lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?”

Tidak, saya tidak menafikan, malah memuji usaha Malaysia, terutamanya daripada badan bukan kerajaan seperti Humanitarian Care Malaysia (dahulu Aqsa Syarif Berhad), dalam sumbangannya yang amat membanggakan dari segi kewangan dan kesedaran sivil untuk membantu golongan tertindas di Palestin.

Apa yang cuba diutarakan di sini ialah sejauh mana kita sedar di mana Islamis berpijak sekarang kerana hal inilah yang seterusnya mampu merungkai sama ada Islamis itu ikhlas menjadi rakyat dan ikut serta membina negara yang lebih baik atau tidak.

Bagi mendalami hal kesetiaan terhadap negara ini, kita boleh mengamati ayat-ayat suci Al-Quran (60:1-9). Berdasarkan bahagian pertama surah ini, dinyatakan, “Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat dengan cara kamu menyampaikan (rahsia orang mukmin) disebabkan hubungan kasih mesra kamu dengan mereka; mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran…”. Ayat ini seolah-olah memberi legitimasi kepada Muslim untuk menghindari dan menghalang segala bentuk kerjasama dengan orang ‘kafir’ yang ‘diragui’.

Namun, hakikatnya ayat ini juga harus dibaca secara keseluruhan, sehingga ayat ke-9. Antara lain intipatinya ialah mendefinisikan lebih lanjut siapa sebenarnya ‘kafir’ yang memusuhi mereka, iaitu yang memerangi sahabat dan Nabi hanya kerana keislaman mereka, mengeluarkan mereka dari kampung halaman asal mereka, dan yang membantu pengusiran sahabat dan Nabi tanpa diberi keadilan.

Hal ini antara lain dapat di-tadabbur dalam kerangka hak orang yang berasal di sesuatu tempat yang didiami mereka sejak sekian lama untuk terus menduduki tempat itu. Wajarkah kerana seseorang itu menganut kepercayaan yang tidak kita percayai maka kita halau mereka daripada tempat asal mereka?

Mendalami pula sebab penurunan bahagian ayat ini juga dapat menerangkan betapa pentingnya kesetiaan kepada negara agar negara dapat dipertahan daripada serangan musuh. Direkodkan dalam hadis riwayat Bukhari bahawa seorang sahabat, Hatib bin Abi Baltaah, hampir membocorkan rahsia Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah) kepada kaum Quraisy Mekah melalui seorang utusan wanita. Dia berharap agar dengan bantuannya itu, keluarganya yang ditinggalkan di Madinah mendapat perlindungan. Setelah ditangkap utusan itu dan ditegur, Hatib diyakinkan Nabi bahawa pertolongan Allah itu ada buat yang yakin dengannya, disertakan ikhtiar yang munasabah.

Satu sisi pandang yang boleh diteliti ialah takrifan sebenar musuh, iaitu yang sememangnya memerangi dengan niat pengusiran dan penafian hak asas sebagai warganegara. Kesetiaan kepada negara juga ditonjolkan apabila ditegaskan walaupun adanya kepentingan di kampung halaman, hal ini tidak mewajarkan seseorang untuk bertindak mengkhianati perjanjian yang dipersetujui berama oleh kumpulan lebih besar.

Setelah banyaknya contoh yang ditonjolkan dan banyak lagi yang terkandung dalam Al-Quran, hadis dan sejarah, hakikatnya penyampaian mesej Islam itu bukanlah sekadar pengislaman komuniti masyarakat semata-mata, bahkan merangkumi penyempurnaan hak sebagai rakyat dan warganegara serta kepentingan ketaatan dan kesetiaan kepada perjanjian yang membina negara makmur dan diredai Ilahi.

Oleh itu, tidak wajarlah jika Islamis menganggap patriotik itu hanya pada mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyi lagu patriotik yang akhirnya dianggap ‘skema’ atau ‘nerd’. Seharusnya difahami dan diyakini bahawa mengutuhkan cinta kepada negara dalam konteks menghargai perjanjian dan keharmonian merupakan mesej dakwah yang tidak kurang pentingnya, jika kita benar mengimani Islam sebagai rahmat buat semua dan Islam sebagai jalan penyelesaian.

‘Kebergantungan Melayu’ hanyalah senjata politik – Wan Salman Wan Sallam

Setiap kali pilihan raya umum (PRU), kumpulan ultra-Melayu akan selalu mengumandangkan kejahatan pihak-pihak tertentu – biasanya merujuk kepada DAP dan golongan liberal – bahawa mereka akan sentiasa menggugat struktur perlembagaan negara dan menghakis hak-hak istimewa Melayu dan Islam.

Kumpulan-kumpulan ini, baru-baru ini terutamanya, kononnya berjaya membuktikan bahawa seolah-olah DAP seperti berjaya "memperkudakan" PAS dalam Pakatan apabila DAP berjaya menambah kerusi Parlimen dengan signifikan pada PRU13 manakala PAS pula menurun bilangan kerusi; Pakatan kini katanya menjadi alat untuk DAP memperluas 'pengaruh' dan 'kuasanya' untuk "merosakkan" struktur asas Perlembagaan dan seterusnya merampas hak-hak Melayu dan Islam. Sementara itu kata mereka lagi, PAS hanya mampu melihat sahaja.

Kebetulan pula berlaku krisis MB Selangor, isu ini juga dijadikan batu api untuk mengatakan bahawa kononnya PAS diketepikan sepenuhnya oleh parti lain dalam Pakatan. Penanggukan di air yang keruh ini sangatlah jelas.

Namun pada masa yang sama juga kumpulan-kumpulan ultra-Melayu ini menafikan dengan keras bahawa mereka bukan tali barut Umno. Kata mereka lagi, tidak lain tidak bukan mereka tidak mahu hak Melayu dan Islam “tergadai” dan tak mahu “chauvinis” bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Namun suka untuk dinyatakan di sini bahawa kumpulan ultra-Melayu ini tidaklah membenci PAS secara keseluruhannya; mereka masih berpendapat PAS perlu diselamatkan daripada tahaluf siyasi yang kini dijatuhkan hukum ‘haram’ pula.

Maka peliklah kita apabila dikatakan DAP kini “makin berkuasa” dan dengan ini hak Melayu akan “terhakis” kerana penguasaanya di Parlimen bertambah.

Siapa lawan siapa sebenarnya?

Hal ini berlaku kerana kegagalan memahami rumus mudah daripada pertandingan yang berlaku pada pilihan raya. Hakikatnya, kebanyakan kerusi yang dimenangi DAP yang bukan Melayu bukanlah hasil daripada menewaskan Umno, jauh sekali PAS.

Mereka kebanyakannya menang mengalahkan parti seperti Gerakan dan MCA. Adakah kumpulan ultra-Melayu ini lupa bahawa betapa MCA dan Gerakan dikritik teruk atas prestasi mereka tempoh hari?

Selain itu, MCA juga bukan sahaja dikalahkan oleh DAP, malah juga dikalahkan calon Melayu seperti yang terjadi di DUN Bandar, Terengganu dan Parlimen Pandan. Sebaliknya kerusi itu berjaya diduduki orang Melayu pula!

Malah jika mereka takutkan PAS 'diperkuda Cina chauvinis' DAP yang kini katanya “menguasai Pakatan” dan menyebabkan PAS jadi “pak turut”, mengapa tidak berkempen agar lebih ramai orang mengundi PAS dan mengalahkan Umno (kebanyakannya) agar PAS mempunyai kedudukan yang kukuh dalam Pakatan? Mengapa mesti berlaga dengan PAS tatkala PAS yang mereka sayangi itu bergelut melawan kezaliman?

Akhirnya, bila PAS kalah tatkala Umno mengumandangkan lagu hak istimewa Melayu, mereka nyanyi bersama. Kemudian, kaum dan parti lain dalam Pakatan pula dikambing hitamkan.

Isu sebenar di sebalik keputusan PRU13; polarisasi kaum mengikut undi

Boleh dikatakan kumpulan-kumpulan ultra-Melayu ini dikaburkan daripada isu sebenar yang digambarkan daripada keputusan PRU lalu.

Tidak, keputusan tempoh hari bukanlah menggambarkan betapa kini “Cina berkuasa” dan mampu “merampas kuasa” daripada orang Melayu,

Hal sebenar yang perlu diambil serius ialah sebagaimana yang disuarakan oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri usai keputusan PRU lalu iaitu berlakunya polarisasi kaum di sini.

Mungkin ramai yang kurang jelas akan mesej ini lagi-lagi apabila dikaburi dengan frasa “Tsunami Cina” dan laporan Utusan bertajuk “Apa Lagi Cina Mahu?”.

Maka perlulah rasanya di sini kita mempermudah maksud sebenar yang ingin dikatan oleh Perdana Menteri kita; Melayu memihak pada BN dan Bukan Melayu memihak pada Pakatan.

Sebenarnya kenyataan inilah yang sebenarnya lebih tepat untuk menggambarkan situasi sebenar yang terjadi. Betapa kini lebih ramai Melayu berjaya diacah-acah sampai takut benar akan kehilangan hak istimewa seolah-olah Malaysia ini negara tanpa proses perundangan yang berdaulat hingga struktur asas negara boleh musnah begitu sahaja,

Hal ini juga menampakkan betapa hari itu kempen “hak Melayu” Umno menunjukkan kejayaan yang hebat hasil bantuan kumpulan-kumpulan ultra-Melayu sama ada mereka sedar, tidak sedar mahupun buat-buat tidak sedar.

Untuk makluman juga, salah satu kumpulan ini juga hakikatnya giat menjalankan dakwah dan islah masyarakat seluruh pelosok Malaysia.

Maka kumpulan yang giat melaksanakan dakwah ini dan berasa izzah dengan ketinggian Islam ini haru menilai kembali; adakah pembahagian kaum mengikut kerajaan dan pembangkang akan lebih mengharmonikan situasi hubungan antara Muslim dengan bukan Islam?

Adakah situasi ini memberi suasan kondusif kepada penyebaran dakwah atau mesej Islam itu sendiri?

Kita jangan lupa bahawa permainan “hak Melayu” ini bukanlah baharu dan tidak lain tidak bukan digunakan oleh banyak pihak untuk sekadar mengekalkan kedudukan.

Akhirnya korupsi, kronisme dan penyalahgunaan berkuasa terus berleluasa atas nama “mengutamakan Bumiputera”. Kita pula apabila Bumiputera yang jadi kroni, kita pun kata “tak apalah, orang kita juga! Buat apa nak dengki?”

Tanyalah soalan ini sama-sama; selama 51 tahun memerintah Malaysia dengan melaungkan ingin mempertahan hak dan memperkasa ekonomi Melayu, berapa peratus ekonomi dikuasai Melayu? Adakah itu salah DAP “chauvinis” (dan MCA, jika mahu)?

Projek Dialog not any better than Arus Baru - Wan Salman Wan Sallam

I have always been pleased with discourses and dialogues initiated by various organisations such as the Malaysian Islamic Youth Movement (Abim), the Islamic Renaissance Front (IRF), Ikram Organisation of Malaysia (Ikram), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) and Projek Dialog (PD), to mention some of them.

The topics of discussions may be peaceful, harmonious and new but can be somewhat controversial and provocative to some. But one has to bear in mind that as Malaysians, living in a multi-racial and multi-religious nation, there is a need to take into account different ideologies and perspectives in order to understand different takes of parts of societies on certain issues.

Only by this mean will we be able to celebrate different opinions and minds hence producing a spirit of togetherness and harmonious living. Only with this spirit of togetherness can we fight injustice and discrimination in any form.

This spirit of dialogue is also stressed in Islam, quoting from Quran (49:13): “O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.”

This is why, to be more specific, I have always enjoy myself reading articles from Projek Dialog blog (projekdialog.com) as it offers me various perspective of issues; ranging from race-religious relationship to the spirit of fighting for the marginalised ones’ fate.

But recently, the administrator of Projek Dialog Facebook page had shared a cartoon drawn by artist Kris Wilson - depicting in a funny yet insensitive way - that it is okay to practice homosexuality if one is irreligious.

I am personally shocked by this manner! While I respect the personal belief and stance on lesbians, gays, bisexuals and transgender (LGBT) of the admin, I’d like to question why would Projek Dialog share that kind of funny rubbish? To the admin of Projek Dialog, don’t you realize that this kind of issue is that is sensitive; sensitive enough that you cannot make fun of it publicly?

Don’t you realise that by this provocative act, you’re just making more people to stay away from healthy dialogues? How would you invite people to discuss a taboo if you’re merely making fun of it?

If you’re going to promote a discussion especially on issues Malaysians are not familiar with, make it a discourse, not insensitively joking out of it! Projek Dialog instead has to take the Islamic Renaissance Front (IRF) as an example, to name one.

Although I personally do not necessarily agree with the pluralism discourse by Syazreen Abdullah, at least he discussed it professionally in his two-part articles without childishly joking out of it. This is the kind of spirit of discourse we should embrace.

Not the first time

To further state my disappointment, this is not the first time Projek Dialog has done things this provocative. Previously, it has posted a caricature depicting football athletes and the effect of hudud which is no less insensitive to the Muslims. Though it has retracted it from its Facebook page and posted an apology, this shows that the admin has no self-sensitivity filter before making decisions!

If this is what going on with Projek Dialog, PD is no better than Arus Baru; promoting hatred day by day and promoting controversial belief childishly.

Bear in mind, Projek Dialog; you are one of the endorsees of Negara-Ku. This kind of act would only smear dirt to the other endorsees that are fully sincere to heal Malaysia from daily tensions. You better heal yourself if you are sincere to promote dialogues.

Orang kata Cina kuat menipu – Wan Salman Wan Sallam

Tak ramai orang bukan Islam dan Melayu yang saya kenal sepanjang saya membesar hinggalah ke hari ini. Membesar dalam jagaan pasangan yang berasal dari tempat orang-orang kampong di Besut, Terengganu dan Kelantan, klau ada apa-apa pun cuma sebab nak beli kasut di Tanah Merah.

Walaupun kerap berpindah dan pernah paling lama tinggal di Rawang, Selangor selama empat tahun, saya masih, dengan amat sukar, cuba mengingat nama seorang rakan kaum India sebelah meja yang enggan membantu saya belajar bahasa Inggeris sedang saya terseksa mempelajarinya.

Ya, saya amat sukar nak menyebut nama-nama orang bukan Islam dan Melayu yang saya pernah kenal, kecuali mungkinlah beberapa orang ketika saya sudah besar seperti Encik Lamat Nyalau, penolong ayah saya ketika di Miri, Prof. Madya Dr George P. Joseph, pensyarah di universiti saya, Cik Rani, pensyarah Anatomi baharu kami di sini dan Dr. Chong, pensyarah psikiatri di universiti kami juga.

Memang sudah jadi makanan harianlah bila nak pergi kedai, selalu dipesan “Tak payah pergilah workshop Cina tu, kuat menipu. Dia kata kena tukar tayar dah bocor padahal elok je lagi!” dan “Cina tu nak kumpul duit kayakan orang dia je. Kita ni tak lama merempatlah jawabnya,”.

Namun secara fitrahnya, semakin banyak kita belajar seiring umur, semakin banyak makna yang ingin kita cari; adakah Cina memang dilahirkan ingin berhijrah dan merampas hak orang? Memang mereka suka menipu dan memonopolikah?

Akhirnya, jalan pada menemui persoalan itu ditemui juga apabila seorang kenalan di Facebook, Hafodz Baharom memperkenalkan saya kepada kumpulan Aura Merdeka, Ikatan Sejagat (AMIS) yang mengumpulkan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang hidup yang diasaskan saudara Tariq Ismail bagi menggalakkan dialog sihat bagi menghilangkan prejudis dan mencari jalan tengah.

Walaupun tidak lama di sana memandangkan saya membuang akaun Facebook saya sementara ini, sepanjang berdialog di sana, cukup banyak pencerahan saya temui.

Mungkin ramai Melayu tidak percaya, namun hakikatnya di kota ini, orang Cina dan India juga selalu juga ditipu jika tidak bijak berurusan di pusat-pusat servis kenderaan yang juga dimilikibukan Islam dan Melayu.

Hakikatnya, segregasi kaum masih lagi ketara antara kita. Hari ini kita masih lagi melihat banyak masalah dalam urusan yang melibatkan lebih daripada satu kaum sebagai isu kaum berbanding melihat isu itu sendiri secara objektif .
Adakah patut setelah hampir 60 tahun merdeka kita masih gagal membezakan “Cina menipu” dengan ketamakan golongan peniaga?

Kawan sekolah rendah yang enggan menolong saya belajar bahasa Inggeris ketika di sekolah redah dahulu, adakah kerana dia daripada kalangan kaum India yang “enggan menolong Melayu” atau dia cuma seorang murid pandai yang sombong?

Sebab inilah penilaian ramai antara kita amat memalukan apabila disiarkan berita pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini.

Memanglah pergaduhan itu sesuatu yang serius tetapi sebagai warga Malaysia yang sepatutnya sudah matang pembentukan bangsanya, lebih-lebih lagi warga kota pula, bagaimana boleh kita terima penilaian isu ini dengan kaca mata kaum?

Mengapa perlu diketengahkan “Cina memang suka menipu gajet di Low Yat” dan “Melayu miskin sebab itu suka mencuri”? Lawak sungguh kita tak boleh melayan mereka seperti orang-orang dewasa dan menhina daya intelektual diri sendiri dengan mengaitkan kaum dengan jenayah.

Pada skala besar, mungkinlah boleh dikaitkan sedikit sebanyak dengan kaum; contohnya statistik penagihan dadah. Itu pun sebenarnya dipengaruhi besar faktor sosioekonnomi. Tetapi untuk menilai kes per kes, biarlah siasatan dan penroses pengadilan mengikut jalan undang-undang yang sah mengambil tempat.

Atas sebab sesuatu yang malang terjadi dalam hubungan antara kaum ketika mula-mula merdeka tidak mewajarkan kita meneruskan cerita malang dahulu dan berputus asa membuka lembaran baru hubungan etnik ini.

Banyak lagi hal yang lebih besar untuk dibincangkan besar-besaran berbanding satu kes untuk diuar-uarkan sebagai “masalah hubungan”. Ironinya, kecendurangan membesar-besarkan hal sebeginilah sebenrnya bukti masalah hubungan kaum itu sendiri.

Jika kita benar-benar serius ingin memulihkan ketengangan kaum ini, banyakkanlah menyertai dialog dan aktiviti yang dianjurkan banyak pihak seperti ziarah rumah ibadat Kavyan dan program-program lain anjuran Gerakan Bertindak Malaysia (GBM) dan Negara-Ku, sebagai contoh. Untuk kesan jangka masa panjang, adalah amat baik untuk kita menyokong usaha positif phak seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dalam meningkatkan jurang sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera agar dapat memberi buah positif hubungan antara kaum.

Menjelang akhir Ramadan dan menuju sambutan Hari Raya Fitrah ini, seharusnya kita kurangkan menyemai kebencian dan semarakkan muhibbah, selari dengan fitrah manusia yang saling saying-menyayangi.

Monday, July 20, 2015

Siapakah dalang sebenar di sebalik penubuhan Gerakan Harapan Baru? – Syahir Nujaba

Julai 2015 merupakan detik yang bersejarah bagi generasi yang lahir lewat 80-an hingga pertengahan 90-an.

Jika selama ini, setiap kali musim perayaan, kami hanya mendengar cerita daripada atuk-atuk serta ayah-ayah kami, kali ini kami berpeluang merasa sendiri pengalaman melalui sebuah perubahan lanskap politik negara secara besar-besaran.

Jika selama ini, mereka bercerita tentang British dan Jepun yang menjajah Tanah Melayu, kami hanya mampu dengar sahaja.

Jika selama ini mereka bercerita tentang perbezaan idealisme kemerdekaan antara Melayu-Raya dengan negara bangsa barasaskan sempadan geografi, kami hanya mampu dengar sahaja.

Jika selama ini mereka bercerita tentang pengunduran Tun Hussein Onn dari Umno disebabkan cubaan membentuk parti tanpa sempadan bangsa, kami hanya mampu dengar sahaja.

Jika selama ini mereka bercerita tentang pengasasan gerakan-gerakan Islam seperti IRC, Abim, Jim, Haluan, PAS, parti ini berpecah dengan parti itu, liciknya pemimpin ini, teruknya dizalimi pemimpin itu, kami hanya mampu dengar sahaja.

Kini tidak lagi. Gerakan Harapan Baru (GHB) yang terbentuk kali ini benar-benar berada di depan mata kami. Kami merasainya sendiri, mengkajinya sendiri, melihatnya sendiri. Inilah detik bersejarah yang bakal kami ceritakan kepada anak cucu kami kelak dengan penuh keyakinan, jika dibandingkan dengan cerita-cerita sebelah pihak daripada nenek dan ibu-ibu kami yang kami sendiri tidak dapat pastikan sejauh mana keabsahannya.

Kami lihat bagaimana berlakunya perubahan pendirian dalam kalangan senior kami yang dulunya sangat pesimis terhadap satu pihak, kini mula beransur terbuka. Bahkan kini kami masih melihat kelompok itu wujud nyata dalam generasi kami, paranoia tidak tentu hala, menunggu masa untuk bersikap lebih terbuka.

GHB yang ada di depan kami ini kami ikuti perkembangannya sejak dari mula. Hujahan pihak-pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju kami dengar melalui rantaian maklumat premier. Sebahagian kami mendapat maklumat awal, sebahagian lagi masih terkejar-kejar dengan perkembangan yang berlaku. Sebahagian generasi kami sudah begitu yakin dengan pendirian mereka, sebahagian lagi masih bersikap "tunggu dan lihat".

Walau di pihak manapun kami sebelahi, kami adalah generasi yang hidup pada era ledakan maklumat. Kami mampu capai dan analisis lebih daripada sepuluh artikel berbeza pandangan dalam masa sehari. Kami lihat bagaimana sempitnya hidup beragama hinggakan kain hijau dan merah menjadi isu berat, songkok dan kopiah tidak boleh bertemu, janggut dan misai tidak pernah sehaluan, bukan Islam adalah najis, imam bendera merah menjadikan solat tidak sah, dan longgokan ayat-ayat Al-Quran yang dimanipulasi demi kepentingan politik.

Kami adalah generasi yang hidup pada zaman Dr. Asri Zainal Abidin menyedarkan kami beza antara hidup beragama dengan hidup bertuhan. Kami adalah generasi yang Dr. Zakir Naik menjadikan kami berani membuka helaian-helaian Bible tanpa merosakkan aqidah.

Kami adalah generasi yang Dr. Arifi sedarkan kami mengenai pertembungan global akhir zaman berdasarkan hadis-hadis fitan. Kami adalah generasi yang Rafizi Ramli sedarkan tentang kesan dan kepentingan kestabilan ekonomi negara. Kami adalah generasi yang Prof. Ahmad Ibrahim ajarkan bagaimana cara mendaulatkan syariah dalam sebuah negara berpelembagaan.

Kami adalah generasi yang Dr. Maszlee Malik kenalkan kami dengan formula politik tasarruf al-imam ‘ala ra’iyyah manutun bi al-maslahah, iaitu pentadbiran pemerintah mestilah berlandaskan kebaikan bagi masyarakat. Kami adalah generasi yang Ustaz Hasrizal Jamil sedarkan kami perbezaan berjuang untuk Islam dengan berjuang untuk parti dan Jemaah.

Kami adalah generasi yang ketika pemimpin tertinggi kami bertelagah, kami di bawah cuba merapatkan ukhuwwah. Kami adalah generasi ketika mana pemimpin nasional kami memutuskan hubungan diplomatik antara organisasi dan parti, kami pula bekerjasama menjayakan program-program di universiti.

Kami adalah generasi yang apabila kami melakukan program kesedaran beragama secara besar-besaran, kami jemput pelbagai gerakan Islam untuk santuni mad’u-mad’u ini agar diberikan tarbiyyah berasaskan usrah walaupun kami dari gerakan lain dan mereka dari gerakan lain. Kami adalah generasi yang berani mengkritik organisasi sendiri dan menerima kritikan orang luar terhadap organisasi kami.

Bukan itu sahaja, bahkan kami melihat generasi adik-adik kami lebih gemilang. Sesekali kami disoal mereka, adakah boleh mereka berkawan dengan pihak ini dan itu, gerakan ini dan itu. Kami kaku. Kaku memikirkan kisah-kisah buruk yang diceritakan senior-senior kami, dalam masa yang sama berat hati untuk menghasut mereka agar tidak bergaul setelah melihat kilauan mata mereka yang penuh dengan harapan. Harapan yang disebaliknya menyelubungi sekeping hati yang amat ingin hidup secara harmoni, berbeza pendapat secara sihat, dan tidak terikat dengan mainan persepsi.

Inilah generasi kami. Generasi yang sentiasa berharap dan akan terus berharap bagi generasi selepas kami. Kewujudan GHB ini hanyalah ‘kebetulan’ yang selari dengan harapan kami yang inginkan pembawakan Islam yang lebih inklusif dan progresif.

"Kebetulan" ini kami anggap sebagai peluang. Peluang untuk kami corakkan gerakan yang secocok dengan zaman kami. Kami tidak dibayar penentang GHB untuk melakukan kritikan murahan berbentuk serangan peribadi dan mainan persepsi sejarah yang tiada nilainya dalam dunia akademik.

Kami juga tidak ditaja GHB untuk mempromosi gerakan ini hanya semata-mata ingin taqlid kepada pimpinan pengasas GHB yang hebat-hebat. Tidak, kami tidak mahu buang masa untuk sesuatu yang tidak pasti. Tapi kami mahu habiskan masa kami untuk memastikan harapan baru ini membawa suara kami.

As-Siyadah lisy-Sya’ab : Ketuanan dipulangkan kepada masyarakat. Jika ini yang digalas GHB, maka kami selaku masyarakat yang amat mustahil bersepakat atas perkara-perkara yang mafsadat, akan memberi ruang kepada GHB untuk buktikan idealisme mereka.

Akan tetapi, sebaik sahaja GHB berubah haluan, menyimpang daripada perjuangan asal penubuhan, seperti mana penyakit yang menghinggapi banyak pemimpin-pemimpin parti veteran yang tidak celik sejarah, maka kami tidak teragak-agak untuk menarik kembali sokongan kami terhadap GHB.

GHB, kami rela jadi dalang penubuhan kalian. GHB, selamat maju jaya, tapi jangan lupa untuk berhati-hati menjaga hati kami.

Respons Terhadap Tulisan : Membiarkan Kristianisasi berleluasa adalah sunnah ? - Nik Mohd Abduh

Respons Terhadap Tulisan : Kristianisasi berleluasa adalah sunnah ?

Demikianlah pandangan peribadi seorang ahli IKRAM dengan berhujjahkan dialog Nabi SAW bersama dengan beberapa orang Nasrani serta Yahudi dalam sirah Nabi SAW Oleh Ust Syamil Esa.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبد الله ورسوله صلى الله عليه وسلم
أما بعد

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

Dan tidak patut bagi seorang mu'min dan tidak (pula) bagi seorang mu'minah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.
(Ahzaab: 36)

Saya ingin berterima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan respons positif ataupun negatif terhadap tulisan saya baru-baru ini berkenaan isu “Kristianisasi dan cara Nabi SAW berta’amul dengan mereka”. Semoga Allah merahmati kalian semua.

Saya terkesima apabila membaca tulisan Ust Syamil yang saya sangkakan sepatutnya ia tidaklah lahir daripada tokoh muda yang merupakan Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), juga merupakan pelajar syariah yang sepatutnya menjadikan amalan menggunakan / menaqalkan sesuatu pandangan tanpa ditakwil maknanya atau seumpamanya yang sepatutnya dijadikan panduan ketika merespons tulisan saya. Sebelum ini beliau telah membuat tuduhan kepada gerakan Islam sebagai bersekongkol dengan Kafir dan menjayakan agenda mereka. Beliau sanggup menuduh gerakan Islam yang mukhlis dengan persekongkolan bersama Kafir (yang masih tidak berjawab dan tidak ditarik balik kenyataannya) dan berhujjahkan “gerakan Islam” yang dimaksudkan tidak dinyatakan, dan tidak boleh dibawa ke mahkamah manusia untuk diadili / dipersalahkan.

Bersekongkol itu bermaksud memberikan loyaliti / memberikan wala’ kepada golongan Kafir, sedangkan ia dilarang dalam Islam sepertimana Nas menyatakan :

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah”
(Ali Imran: 28).

Menuduh seseorang Muslim atau gerakan Islam sebagai bersekongkol dengan Kafir adalah salah satu bentuk takfir yang samada disengajakan atau tidak. Kerana tuduhan seperti itu memberikan makna bahawa seseorang Muslim / gerakan Islam itu bersekongkol dengan agenda jahat, atau wala’nya adalah kepada Kafir untuk menjayakan agenda Kuffar mahupun memerangi Islam.

Jawapan balas saya ini saya bahagikan kepada beberapa poin.

1-SUNNAH NABI SAW

Status saya diambil secara tidak amanah apabila dia menyatakan “Membiarkan Kristianisasi berleluasa adalah sunnah ? Demikianlah pandangan peribadi seorang ahli IKRAM dengan berhujjahkan dialog Nabi SAW bersama dengan beberapa orang Nasrani serta Yahudi dalam sirah Nabi SAW..”. Tanda soal yang diletakkan kebiasaannya digunakan oleh portal ismaweb sewaktu ingin membunuh karakter-karakter mana-mana gerakan islam atau jamaah yang tidak disukainya dan mungkin method yang sama ini digunakan juga oleh Ust Syamil, namun dia sendiri telah menuduh saya dengan mengatakan “demikianlah pandangan saya…”.

Kemudian dia mentakwilnya pula dengan :

“Dia (abduh) sebut menghalang orang kafir menyebarkan ajaran agamanya adalah bertentangan dengan sunnah..” juga bukan merupakan pandangan saya. Saya minta Ust Syamil untuk datangkan dari mana perkataan ini atau semakna dengannya.

Saya tidak pernah berpandangan bahawa membiarkan Kristianisasi apatah lagi redha dengannya adalah sunnah Nabi yang mulia. Yang saya nyatakan adalah, sunnah Nabi berhadapan dengan golongan kafir ini adalah dengan berdebat. Seperti saya nukilkan ini “Rujuklah An-Sunnah, di sana lihatlah bagaimana Nabi mendepani golongan Krsitian dan Yahudi, yang mendakyahkan bahawa Isa itu anak Allah, Uzair itu anak Allah.” Dan juga keterangan saya berbunyi “Baca sirah Nabi, Nabi berdebat berhadapan Kristian. Bukan Nabi sibuk menyekat di sana sini.”. Sunnah yang saya maksudkan adalah “berdebat” / berdialog atau yang selari dengannya, manakala Nabi SAW tidak pula menyekat kemaraan golongan kristian yang ingin berdebat dengannya, dan tidak pula Nabi merampas kitab-kitab mereka tidaklah termasuk dalam sunnah yang saya maksudkan. Juga tiada nas yang jelas Nabi menghalang mereka daripada mereka mengerjakan amal agama mereka, iaitu “berdakwah menyampaikan agama kristian”.

Saya kira beliau perlu berhati-hati ketika membaca dan memahami status saya agar tidak terjebak dengan komen-komen picisan dari rakan-rakannya yang langsung tidak berpijak dengan maksud pandangan saya.

Apabila seseorang itu tidak jujur dan tidak pernah jujur menukilkan sesuatu perkara, dia akan sentiasa terhumban ke lubang fitnah, yang dia sendiri sudah biasa lakukan.

Bagi saya, saya bisa sahaja mendoakan laknat kepada sesiapa sahaja yang telah mentakwil secara jahat perkataan saya dan sebahagiannya menasabkan perkataan yang tidak saya guna termasuklah Ust Syamil Esa, namun, saya bukanlah seorang pelaknat, kerana saya datang juga atas dasar rahmah terhadap manusia. Kerana itu jugalah saya hanya akan fokuskan perbincangan saya ini terhadap isu yang saya utarakan sahaja, dan tidak akan memperlekehkan mana-mana jamaah termasuklah “ISMA” atau mana-mana individu. Apa yang saya khilafkan dari sesuatu isu, itu sahajalah yang akan saya kupaskan.

2-Hujjah Akal Untuk Menyamakan.

Sekali lagi kegagalan beliau memahami teks status saya menjadi punca beliau tergelincir ketika memberi maklum balas. Saya tidak pernah menyamakan atau mengqiaskan keadaan di Negara Barat / Kafir untuk menjadi rujukan dalam penentuan hujjah saya. Yang saya nyatakan adalah, sikap dan perasaan yang sama serta kesannya terhadap para kristian ini apabila kita bertindak menyekat apa yang selama ini mereka “imani” iaitu, agama kristian adalah untuk disebarkan, sehingga mereka tidak merasakan aman dan betapa rahmahnya Islam itu sendiri kepada mereka, berbeza dengan Kaum Nasrani yang hidup bersama Nabi di Madinah. Begitu jugalah perasaan kita sekiranya kita disekat daripada berdakwah. Tidaklah sama sekali saya menjadikan barat / kafir sebagai kayu ukur tindakan / pandangan saya.

Nasib beliau juga baik kerana beliau menggunakan perkataan “Seolah-olah” pengamalan kenegaraan kafir sudah menjadi salah satu rujukan pula” ketika berhujjah.

Saya tiada masalah dengan istilah kristianisasi yang difahami oleh Ust Syamil melalui tulisannya itu, dan saya juga selari dalam beberapa pointnya berkenaan kristianisasi. Namun ada beberapa pandangan mengatakan Kristianisasi tidak berlaku di Zaman Nabi dan mereka hanya menyebarkan agama mereka di kalangan merekas sahaja itu tidak benar di sisi saya. Saya agak kaget dengan pandangan ini kerana, di dalam Al-Quran sendiri telah tertulis,

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Ini bermakna sedari Nabi SAW di Madinah lagi Allah telah memperingatkan tentang ketidak-redhaan mereka terhadap kita sehingga mereka mahu kita tunduk kepada Millah (jalan mereka-pen) mereka. Dengan kata lain, usaha Kristianisasi ini telah berlaku dan diperingati Allah sewaktu Nabi SAW masih hidup. Maka, tidak benarlah mereka yang berpandangan bahawa Kristianisasi tidak berlaku di zaman Nabi SAW dan hanya berlaku pada beberapa abad ini sahaja kerana Allah telah mengingatkan kita akan perbuatan mereka ini.

Mari kita lihat Asbab Nuzul ayat ini menurut Tafsir Al-Baghawiy :
قوله عز وجل ( ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ) وذلك أنهم كانوا يسألون النبي صلى الله عليه وسلم الهدنة ويطمعونه في أنه إن أمهلهم اتبعوه فأنزل الله تعالى هذه الآية ، معناه وإنك إن هادنتهم فلا يرضون بها وإنما يطلبون ذلك تعللا ولا يرضون منك إلا باتباع ملتهم ، وقال ابن عباس رضي الله عنهما : هذا في القبلة وذلك أن يهود المدينة ونصارى نجران كانوا يرجون النبي صلى الله عليه وسلم حين كان يصلي إلى قبلتهم فلما صرف الله القبلة إلى الكعبة أيسوا في أن يوافقهم على دينهم فأنزل الله تعالى ( ولن ترضى عنك اليهود )

Maksud ayat ini adalah bahawasanya mereka (Yahudi Nasrani) meminta Nabi untuk melakukan gencatan senjata dan mereka berjanji bahwa apabila Nabi membiarkan mereka, maka mereka akan ikut Nabi. Maka Allah menurunkan ayat ini. Maksud ayat ini adalah: Apabila kamu (Muhammad) melakukan gencatan senjata mereka tidak akan senang dengan itu. Mereka meminta itu hanya sebagai alasan bukan tanda mereka rela kecuali kamu ikut agama / jalan mereka. Ibnu Abbas berkata: ini dalam hal kiblat di mana Yahudi Madinah dan Nasrani Najran mengharap pada Nabi agar bersolat menghadap kiblat mereka. Ketika Allah memindahkan kiblat umat Islam ke Ka'bah mereka menjadi putus asa untuk mengharapkan Nabi agar setuju pada agama mereka. Maka Allah menurunkan ayat ولن ترضى عنك اليهود ini.

Begitu juga dengan kisah golongan Nasrani dari Najran yang datang bertemu dengan Nabi SAW untuk berdebat dan menyatakan tentang agama mereka seperti yang disebut di dalam Tafsir Ibn Kathir dan juga Kitab Zaadul Ma’ad karangan Ibn Al-Qayyim Rh. Boleh lihat di sini :http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=685&idto=687&bk_no=127&ID=605) walaupun sebahagian Ulama’ Hadith melemahkan hadith ini kerana ia munqatie’.

Kisah ini dinukilkan juga di dalam kitab Ibn Hisyam (as-Sirah an-Nabawiyah), Al-Baihaqi (Dala’il an-Nubūwah), Ibn Kathir (Al-Bidayah wa an-Nihayah).

Kisah ini terjadi di saat Islam sedang gemilang, dan memiliki kuasa, iaitu pada tahun 9 Hijrah, di mana Nabi SAW mampu sahaja untuk mengambil tindakan ke atas mereka baik dengan menghalau mereka, atau merampas kitab-kitab mereka.

Ini bermakna, sedari awal dakwah Nabi lagi mereka telah mendakyah Nabi dengan isu Kiblat ini sehingga turunlah ayat ini menegaskan sikap mereka yang sering berpura-pura. Ini bermakna, Kristianisasi sudah pun berlaku di Zaman Nabi SAW, dan Nabi berhadapan dengan mereka dengan begitu hikmah dan cerdik sekali. Usaha agar Nabi memalingkan Kiblat ke arah kiblat mereka merupakan usaha mereka untuk mengkristiankan / mentawajjuhkan akidah Nabi SAW terhadap mereka juga usaha mereka memaksa Nabi menerima konsep Trinity ketika berdebat. Dan demikian banyak lagi kisah yang boleh kita sama-sama kongsikan untuk menepis dakwaan bahawa musuh dan Kristianisasi sekarang lebih bahaya berbanding musuh dan Kristianisasi yang dihadapi Nabi SAW. Tiada musuh di dalam dunia ini sejahat dan sehina musuh-musuh yang telah dihadapi oleh Nabi SAW dan para sahabat, kerana mereka adalah generasi terbaik yang tidak pernah dilahirkan pada abad-abad atau kurun-kurun selainnya, bermakna, musuh mereka juga adalah di kalangan paling jahat di dunia.

ما ادى الى الحرام فهو حرام
Saya sudah katakan larangan Murtad itu sememangnya ada dalam peruntukan Islam, sebagaimana waridnya nas-nas, dan saya kira Ust Syamil juga bersetuju / ittifaq dengan saya dalam isu ini. Namun, menggunakan kaedah “menutup jalan kemudharatan” ataupun "Apa-apa yang wajib itu tidak terlaksana tanpanya, maka ia adalah wajib" atau "Apa yang membawa kepada haram adalah haram" perlulah diperhalusi dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan.

Kaedah-kaedah usul sebegini tidaklah semudah yang digunakan oleh Ust Syamil atau sebahagian kita untuk mengharam-halalkan sesuatu tindakan, sedangkan di sana ada pertimbangan-pertimbangan lain yang perlu diambil kira. Sepertimana isu Kalimah Allah, yang dikatakan menjadi jalan kepada murtad lalu diharamkan penggunaannya berpandukan kepada kaedah usul fiqh ini

درء المفاسد مُقدم على جلب المصالح
Mencegah mafsadah diutamakan ke atas memelihara maslahah.

sedangkan di sana ada beberapa kaedah yang digunapakai para fuqaha’ untuk menentukan sesuatu hukum berdasarkan pentarjihan maslahah mafsadah,

تقديم المصلحة الغالبة على المفسدة النادرة
Mendahulukan Maslahah Ghalibah / sering berlaku Ke Atas Mafsadah Yang Jarang Berlaku.
(Imam Al-Qurafi Rh, Az-Zakhirah – perlu download bagi yang ingin dapatkan buku ini)

المصلحة المحققة الناجزة مقدمة على المفسدة المستقبلة المتوهمة
Maslahah Muhaqqaqah / Pasti Diutamakan Ke Atas Mafsadah akan datang, yang waham.
(Imam Ar-Ramli, Nihayatul Muhtaj Ila Syarhil Minhaj -http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=473&startno=0&start=0&idfrom=5877&idto=6344&bookid=25&Hashiya=2)

أن الأعمال فيها مصالح ومفاسد فيحتاج المسلم إلى تقديم المصلحة الغالبة
Sesungguh perbuatan / amalan padanya ada Maslahah dan Mafsadah, dan dikehendaki dari Muslim itu untuk mengutamakan Maslahah Ghalibah / Yang kebiasaannya berlaku (ke atas mafsadah)
(As-Syatibi Rh, Al-Muwafaqat.http://islamport.com/d/2/usl/1/66/594.html)

فإذا تزاحم عدد المصالحِ يُقدَّم الأعلى من المصالحِ
Yang mana kekhuatiran yang disebutkan adalah bersifat Nadirah / Jarang / Mutahawwimah atau bahkan tidak berlaku. Maka, maslahah muhaqqaqah seperti apa yang telah diizinkan Allah baik dalam bentuk perlu bersumpah dengan nama Allah serta memelihara hubungan baik antara agama, mengurangkan jurang pergeseran sesama agama dan sebagainya mestilah didahulukan berbanding mafsadah penggunaan Kalimah Allah (yang jarang atau tidak berlaku langsung). Oleh kerana itulah aplikasi Sadduz Zaraik bukan se-literal yang kita baca. Aplikasi Sadduz Zaraik juga tidak boleh dipakai apabila berlaku kezaliman yang mana hak itu telah diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Begitu jugalah dengan kaedah ini : ما ادى الى الحرام فهو حرام

“Apa sahaja yang membawa kepada Haram / Jalan kepada Haram, maka ia Haram”

Namun tidak semua perkara yang menjadi punca kepada haram menjadi haram, sepertimana yang disebutkan oleh Al-Qurafi Rh.

قَدْ تَكُونُ وَسِيلَةُ الْمُحَرَّمِ غَيْرَ مُحَرَّمَةٍ إذَا أَفَضْت إلَى مَصْلَحَةٍ رَاجِحَةٍ كَدَفْعِ مَالٍ لِرَجُلٍ يَأْكُلُهُ حَرَامًا حَتَّى لَا يَزْنِيَ بِامْرَأَةٍ إذَا عَجَزَ عَنْ دَفْعِهِ عَنْهَا إلَّا بِذَلِكَ ( تنبيه )
“Keterangan : Kadangkala penghubung kepada perkara haram, ia tidak menjadi haram apabila ia membawa kepada maslahah yang rajihah seperti memberikan wang kepada lelaki supaya dia makan sesuatu yang haram sehingga dia tidak berzina dengan perempuan. Itupun, sekiranya ia tidak mampu untuk mencegah lelaki itu dari berzina dengan perempuan terbabit kecuali dengan cara itu sahaja”
(Al-Qurafi Rh, Anwarul Buruq Fi Anwa’i Al-Furuq :http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=345&idto=347&bk_no=37&ID=108)

Ia kerana :

I. Kaedah usul fiqh didirikan berpandukan kes, bukan didirikan ke atas kes yang telah ada jawapan / hukum.

Kaedah usul fiqh adalah kaedah yang diguna pakai untuk menggali sesuatu hukum berdasarkan kepada sesuatu nas atau peristiwa yang dicontohkan oleh Nabi SAW. Dengan kata lain, ia merupakan cara untuk istinbat hukum daripada sesuatu nas atau peristiwa. Adapun apabila sesuatu nas itu telah dihukumkan oleh fuqaha’, maka tiada keperluan bagi fuqaha’ untuk mendirikan kaedah lain ke atas sesuatu nas atau peristiwa tersebut. Contohnya, Nabi SAW tidak pernah menyekat sebarang usaha dakwah orang Yahudi dan Nasrani di zaman beliau, namun Nabi SAW memilih jalan untuk berdialog dan berdebat bagi mereka yang tidak memerangi Nabi SAW. Dari sini kita dapati bahawa kaedah yang dipilih Nabi SAW adalah memilih jalan untuk tidak menzalimi golongan Nasrani ketika itu dan hanya berdebat dan berdialog dan mengelakkan mudharat yang lebih besar, iaitu pertumpahan darah sekiranya Nabi SAW membuat sekatan terhadap amalan agama mereka.

Sekiranya kaedah ما ادى الى الحرام فهو حرام digunakan Nabi SAW ketika berhadapan dengan golongan Nasrani, sudah tentu dari awal Nabi SAW sudah memerangi mereka, tanpa perlu berdialog, merampas naskhah-naskhah taurat, injil yang telah diselewengkan, dan meruntuhkan gereja-gereja serta ma’bad-ma’bad, tempat berkembangnya agama Kristian kerana apa sahaja yang membawa kepada haram, maka ia haram, maka halal bagi kita untuk meruntuhkan gereja-gereja dan merampas kitab-kitab mereka.

Namun ianya tidaklah semudah itu. Begitu jugalah Nabi SAW memerintahkan agar tidak diruntuhkan rumah-rumah ibadat ketika berperang. Sedangkan kita tahu, punca pemurtadan kaum muslimin juga boleh dilakukan di gereja-gereja.

II. Kaedah ini perlu diukur dengan pertimbangan lain seperti pentarjihan antara maslahah dan mafsadah sebelum dikeluarkan hukum.

Dimaklumi bahawa Murtad itu haram, dan Kristianisasi juga haram di sisi Islam, dan ia jelas lagi terang, tanpa perlu ada keraguan padanya. (Mengiktiraf agama lain benar di sisi Allah adalah Kafir). Namun Nabi SAW tidak pernah menghalang usaha Kristianisasi golongan Nasrani dengan membuat sekatan yang menyebabkan berlaku kezaliman terhadap mereka kerana mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama mereka, dalam masa sama Nabi SAW dan para sahabat sedar, usaha pemurtadan itu adalah haram. Manakala, melihat kepada mafsadah yang besar, Nabi mengambil jalan untuk tidak mencetuskan pergeseran antara agama di Madinah. Pertumpahan darah serta konflik disebabkan agama juga merupakan mafsadah muhaqqaqah yang telah berlaku di negara-negara lain apabila pemerintah melakukan kezaliman terhadap agama-agama sehingga menyebabkan sebahagian pengikut bangkit memprotes dengan senjata dan sebagainya, dan perkara ini juga termasuk dalam perkara haram yang perlu dielakkan, dan ruang beragama yang diberikan Nabi SAW adalah suatu yang tepat demi mengelakkan pergeseran agama dan penduduk di Madinah dan Makkah.

III. Sadduz zaraik / kaedah menutup pintu yang membawa kepada haram mestilah tidak bersifat zalim apatah lagi menzalimi hak muwatinin / musta’minin / penduduk di sesebuah Negara juga termasuk Non-Muslim.

IV. Mengelakkan mafsadah yang lebih besar iaitu pertembungan, pergeseran sesama agama, serta mengelakkan fitnah terhadap Islam itu sendiri dan maslahah yang rajih / kuat sepertimana keharmonian sesama penganut agama.

Sepertimana yang disebut di atas.

4. Hujjah Mematahkan, Bukan Bermudah-Mudahan / Mengambil Hati

Dialog Nabi dengan Kristian adalah bentuk dakwah dan sekatan agama yang saya maksudkan dengan “limitasi” sepertimana dinukilkan dari status saya, “yang boleh kita lakukan hanyalah menetapkan garis panduan kepada golongan Kafir, agar mereka memahami limitisi mereka dan sedar bahawa mereka berada di bawah pemerintah Muslim dan agama rasmi Negara adalah Islam” melalui undang-undang dan juga dialog antara agama. Jadi contoh limitasi yang saya maksudkan adalah, tidak membiarkan agama mereka masuk ke rumah-rumah orang Islam, masuk ke tempat-tempat awam seperti hotel yang digunakan oleh umat Islam, ke masjid-masjid serta tempat di mana wujudnya majoriti umat Islam.

Menukilkan kata-kata beliau, “Setahu saya, tidak pernah juga disabitkan dalam hadis bahawa Nabi membiarkan orang Kristian berdakwah rumah ke rumah dalam kalangan ahli Madinah” telah saya jawabkan, bahawa menyekat kemasukan ke rumah-rumah orang Islam atau ke tempat-tempat berkaitan dengan orang Islam adalah limitasi yang saya maksudkan sejak dari awal. Saya tidak berbeza dalam hal ini. Dan limitasi ini bersesuaian dengan nas Al-Quran :

وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dan jika mereka (kafir) condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Anfal : 61)

Dan limitasi tersebut boleh terjadi dalam bentuk penegasan / tiada kompromi atau dalam bentuk memenangi hati golongan Kafir dan boleh juga terjadi untuk kedua-duanya sekali.

5. Berkenaan kenegaraan dan perundangan, undang-undang yang hendak digubal atau yang mahu dilaksanakan mestilah tidak menzalimi mana-mana pihak, termasuklah dalam menentukan polisi agama, dan saya setuju dengan pandangan Ust Syamil, bahawa ia perlukan didasari juga dengan melihat / taqdir zuruf / waqi’e semasa yang dirasakan sesuai dan selari dengan masalih mursalah. Ia juga perlu dilihat tidak mendatangkan sebarang mudharat yang besar seperti pergeseran agama, demi memelihara pertumpahan darah antara agama, dan disamping mengelakkan fitnah terhadap Islam itu sendiri dan ia sesuai dengan maqasid syarak.

6. Berkenaan pengamalan orang Kafir dijadikan hujjah, sudah saya jawab di atas. Ia tiada kena mengena dengan mengqiaskan atau menjadikan mereka sebagai rujukan untuk menetapkan hujjah saya.

7. Berkenaan tugas dan tanggungjawab semua pihak termasuklah gerakan Islam dengan dakwahnya, dan pemerintah dengan undang-undangnya, saya bersetuju dengan pandangan beliau, namun saya tegaskan sekali lagi, setiap apa yang dilakukan atau diputuskan mestilah tidak menzalimi mana-mana pihak, termasuklah musta’minin / muwatinin dari kalangan Non Muslim. Sebagai pendakwah, mereka tidak boleh memaksa Kafir untuk memeluk Islam, kerana ia menzalimi hak mereka untuk memilih sebagaimana Al-Quran menyebutkan :

لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang Amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui..”
(Al-Baqarah : 256)

Berkata Ibn Kathir Rh dalam Tafsirnya :

أي : لا تكرهوا أحدا على الدخول في دين الإسلام فإنه بين واضح جلي دلائله وبراهينه لا يحتاج إلى أن يكره أحد على الدخول فيه ، بل من هداه الله للإسلام وشرح صدره ونور بصيرته دخل فيه على بينة ، ومن أعمى الله قلبه وختم على سمعه وبصره فإنه لا يفيده الدخول في الدين مكرها مقسورا . وقد ذكروا أن سبب نزول هذه الآية في قوم من الأنصار ، وإن كان حكمها عاما

“Iaitu : Jangan memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam kerana sesungguhnya ia telah jelas dengan tanda dan bukti kebenaran Islam dan tidak perlu untuk memaksa seseorang untuk memeluk agama Islam. Orang yang diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menerima Islam, akan lapang dadanya dan dicerahkan pendengaran dan pandangannya sehingga ia memeluk Islam tanpa paksaan. Namun, orang yang hatinya dibutakan oleh Allah SWT dan ditutupi hati serta pandangannya, tidak ada manfaatnya memaksa mereka untuk masuk islam..”
(Ibn Kathir Rh, Tafsir Ibn Kathir,http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=216&idto=216&bk_no=49&ID=220)

Manakala sebagai pemerintah, mereka tidak boleh menyekat usaha-usaha dakwah mereka yang diizinkan dalam Islam pada beberapa perkara dan pada masa yang sama pemerintah boleh mengenakan / menggubal / melaksanakan sebarang bentuk undang-undang yang sewajarnya bagi memberikan hak mereka disamping menyatakan limitasi-limitasi yang mereka perlu ikuti (Kafir). Sebagaimana pemerintah tidak dibenarkan memaksa rakyat mengeluarkan zakat untuk peperangan sehingga menzalimi mereka, walaupun pada asalnya jihad adalah suatu tuntutan yang besar dan wajib dilaksanakan, sekiranya masih banyak alternatif lain yang boleh dilakukan oleh pemerintah ketika itu.

Akhir sekali, saya ingin nyatakan sekali lagi, saya tidak pernah redha atau berasa mulia dengan usaha-usaha golongan Kristian untuk mengkristiankan sesiapa sahaja penduduk di bumi ini, dan saya juga tidak pernah redha dengan agama Kristian, namun, saya berpandangan, menyekat dakwah golongan ini menurut apa yang difahami mereka adalah salah, sekiranya tindakan seperti merampas bilble, membuat kekacauan di gereja dan sebagainya itu dilakukan, beserta di sana adanya limitasi yang digariskan syarak.

Dalam poin-poin lain, saya bersetuju dengan Ust Syamil.

Wallahualam,
Akhukum
Nik Mohd Abduh