Melihat keadaan negara yang semakin parah hari ini, masing-masing kita cuba memikirkan cara terbaik untuk keluar daripada kemelut yang berlaku.
Bermula daripada permainan politik kepartian yang tidak sihat, tekanan ekonomi yang semakin kritikal, hinggalah gejala sosial yang kian membarah, semua ini benar-benar mendesak kita mencari solusi baharu yang mampu memberikan penyelesaian jangka panjang.
Malaysia yang merupakan salah sebuah negara Asia Tenggara yang mempunyai tatasusila yang tinggi, mempunyai latar perkembangan yang unik. Rakyatnya yang terkenal dengan keramahan dan sifat lemah lembut, banyak memberi ruang untuk aliran sufi Timur Tengah dan aliran motivasi barat, bertapak di negara ini.
Cabaran demi cabaran yang melanda negara ini, unsur-unsur kesufian dan motivasi berjaya meredakan gejolak emosi yang melanda masyarakat.
Tidak hairan jika kita melihat kerajaan sama yang menganjurkan konsert hiburan sebagai terapi ala-ala motivasi barat, kerajaan yang sama juga menganjurkan majlis zikir dan selawat mega sebagai memenuhi keperluan terapi rohani ala-ala kesufian pula.
Cabaran demi cabaran yang melanda negara ini, unsur-unsur kesufian dan motivasi berjaya meredakan gejolak emosi yang melanda masyarakat.
Tidak hairan jika kita melihat kerajaan sama yang menganjurkan konsert hiburan sebagai terapi ala-ala motivasi barat, kerajaan yang sama juga menganjurkan majlis zikir dan selawat mega sebagai memenuhi keperluan terapi rohani ala-ala kesufian pula.
Dengan cara ini, pemerintah bukan sahaja mampu mengkhayalkan dan mengambil hati kelompok yang berlatarbelakangkan pendidikan barat, bahkan mereka juga mampu mengkhayalkan kelompok yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama dari Timur Tengah.
Dalam kajian psikologi, manusia sememangnya dibekalkan dengan emosi yang terletak dalam hati. Hati yang dimaksudkan dalam kajian psikologi, tidaklah sama dengan hati yang terdapat dalam ilmu perubatan.
Hati yang bersifat maknawi ini mempunyai satu fitrah iaitu, ia akan memberontak apabila menghadapi tekanan dan akan mula lembut dan reda apabila dipujuk. Sekian lama tekanan demi tekanan yang rakyat Malaysia lalui, berjaya dipujuk melalui dua kaedah ini, iaitu kesufian dan motivasi.
Bagaimanapun, peristiwa besar yang melanda negara baru-baru ini menyentap hati-hati rakyat Malaysia yang selama ini berjaya ditidurkan dengan kalimah-kalimah motivasi agar tidak menyibukkan diri dengan politik, bahkan mencari jalan keluar secara individualistik demi menjaga periuk nasi masing-masing.
Peristiwa yang dimaksudkan itu adalah perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menjerut rakyat dari pelbagai sudut; atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang!
Kali ini rakyat tidak mampu lagi mengambil motivasi dan kesufian sebagai jalan keluar yang bersahaja. Ditambah pula dengan respon pemerintah yang bukan sahaja melucukan, malah menyakitkan hati, rakyat semakin memberontak dan terdesak.
Kali ini rakyat tidak mampu lagi mengambil motivasi dan kesufian sebagai jalan keluar yang bersahaja. Ditambah pula dengan respon pemerintah yang bukan sahaja melucukan, malah menyakitkan hati, rakyat semakin memberontak dan terdesak.
Nilai-nilai akhlak dan tatasusila yang menjadi keistimwewaan rakyat Malaysia kini bertukar dengan caci maki, fitnah dan sarkastik yang tidak terkawal. Mulalah masing-masing melibatkan diri dengan politik tanpa disedari.
Pun begitu, tahap kesedaran politk yang meletus dalam kalangan masyarakat Malaysia masih di aras yang rendah kerana masih bermain dengan emosi. Ini ternyata benar jika dibandingkan dengan kesedaran politik negara luar yang sarat dengan idealisme dan persaingan khidmat cemerlang yang menjadi tunjang kepada keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh rakyat mereka.
Baik dari segi pendidikan percuma, perkhidmatan pantas dan berkualiti, kebajikan yang terbela, hinggalah jurang ekonomi yang nipis antara lapisan masyarakat, semua ini diperolehi kerana bukan sahaja mereka termotivasi, dalam masa yang sama celik politik.
Namun di Malaysia berbeza. Apabila disebut politik, terus yang terlintas adalah parti-parti yang bermain kotor dan bersikap sangat jijik. Ia adalah gambaran politik yang sempit dan salah daripada hakikat sebenar ilmu sains politik.
Berikut adalah sebahagian komponen-komponen asasi dalam sains politik yang belum membugar dalam masyarakat:
• Sistem dwi-parti. Ia bermaksud, dalam sebuah negara, terdapat parti pemerintah (ruling party) dan terdapat parti pembangkang yang bertindak sebagai penimbang-tara terhadap setiap tindakan dan polisi yang hendak dilaksanakan kerajaan. Sistem ini sangat ideal dengan negara kita yang mengamalkan demokrasi beraja.
• Tadawul as-Sultah. Ia merupakan idea yang datang daripada sarjana Islam yang bermaksud putaran kuasa. Mengambil kira fitrah manusia yang akan berubah sikap apabila menguasai tampuk pemerintahan terlalu lama, maka sistem putaran kuasa diperkanalkan agar penyakit "gila kuasa" dapat dirawat, bahkan rakyat berpeluang merasa gaya pemerintahan yang berbeza, seterusnya membuat penilaian yang lebih baik. Ironinya, rakyat Malaysia masih terlalu takut untuk memberi mandat dan peluang kepada parti pembangkang untuk membuktikan kredebiliti mereka. Ini berbeza dengan negara maju yang sentiasa terbuka untuk mengubah ruling party yang berlainan setiap kali pilihan raya.
• Dawlah Madaniyyah, atau juga diterjemah sebagai negara madani, adalah sebuah negara yang digerakkan masyarakat sivil dalam membentuk polisi negara. Sebuah masyarakat yang kuat, tidak berharap kepada kerajaan semata-mata untuk membangunkan negara. Kerana itu di Malaysia, kita mempunyai pelbagai NGO yang bergerak memberikan khidmat percuma sebagai instrumen sokongan terhadap kerajaan bagi membantu masyarakat. Ia merupakan perkembangan yang baik di Malaysia. Tetapi, halatuju gerakan sivil yang sedia ada ini tidak sepatutnya terhenti sekadar itu. Lebih besar lagi, masyarakat yang kuat dan bersatu-padu, seharusnya mampu memberi kata dua kepada, bukan sahaja parti pemerintah, tetapi juga parti pembangkang.
• Konstitusionalisme. Ia merupakan kajian undang-undang terhadap penubuhan sebuah negara berpelembagaan. Melalui kajian ini, rakyat akan lebih terbuka untuk memahami lunas undang-undang yang boleh digunakan bagi mencorak negara. Hal ini penting kerana ia adalah jalan keluar yang lebih bertamadun dibandingkan dengan sikap radikal dan ekstrem yang mampu menggugatkan kestabilan negara yang akhirnya membuka ruang campur tangan dari negara luar yang mempunyai agenda tersembunyi.
Melalui komponen asasi kecil yang dikongsi ini, bolehlah kita fahami, politik tidaklah sekotor dan sejijik seperti yang kita fikirkan selama ini. Bahkan, dengan pendidikan politik yang berstruktur, tindakan rakyat akan lebih terkawal dengan nilai-nilai akhlak kesufian dan unsur motivasi yang tinggi, malah lebih berkesan daripada pengisian sufi dan motivasi yang selama ini kita sanggup bayar dengan harga yang tinggi.
Paling penting, politik bukan sekadar menawarkan solusi yang bersifat individualistik seperti dalam dunia motivasi, bahkan ia menawarkan solusi yang lebih menyeluruh dan berpanjangan.
Gunakan ilmu politik untuk dakwah, bukan dakwah demi kepentingan politik. Berikan peluang untuk pendidikan politik memberi harapan baru kepada Malaysia.
Gunakan ilmu politik untuk dakwah, bukan dakwah demi kepentingan politik. Berikan peluang untuk pendidikan politik memberi harapan baru kepada Malaysia.
No comments:
Post a Comment