Sunday, July 19, 2015

Jujurlah wahai peniaga! – Miqdam Rashid

Hari ini penuh wall media sosial kita bercerita mengenai insiden pergaduhan antara peniaga dan pembeli di Low Yat. Di mana puncanya di pangkalnya kita tidak tahu tapi mana mungkin pokok bergoyang kalau tiada angin.

Tidak mahu mempersalahkan sesiapa, pihak mana dan sebagainya. Cuma ingin ‘memperbetulkan’ sikap segelintir peniaga di Malaysia hari ini. Niat berkongsi ini bukanlah ingin menjustifikasikan insiden pergaduhan tersebut tapi sekadar memberi nasihat umum kepada para peniaga termasuk penulis yang juga pernah peniaga bahkan menjadi pembeli dan pengguna saban hari.

Tiada isu perkauman yang ingin diketengahkan. Tiada kaitan sama ada Melayu ke Cina ke India atau mana-mana bangsa sekalipun. Apabila kita sebut berniaga, antara etika yang saya pasti semua setuju dengan saya adalah kejujuran dan kemesraan terhadap pelanggan.Semua orang pasti gembira dan puas hati apabila kita berurus niaga dalam suasana HARMONI dan penuh kejujuran. Tidak semata-mata untuk mencari keuntungan dari poket pembeli.

Sebelum ini, saya sangat tertarik sebelum ini dengan kejujuran seorang mekanik motor berbangsa India, apabila dibawa motor untuk dibaiki, beliau tidak sewenang-wenangnya meminta kita untuk tukar sesuatu ‘barang’ motor dengan ‘sparepart’ baru. Sangat teliti orangnya ingin memastikan pelanggan tidak membelanjakan banyak jika bukan keperluan.

Seorang lagi peniaga berbangsa Cina yang memberi servis baiki jam tangan, begitu juga sikapnya yang berurus niaga dengan kita dengan penuh mesra dan memberi servis yang baik bahkan sangat murah. Tidak lupa juga jika peniaga Melayu mahupun mana-mana bangsa sekalipun yang mengamalkan etika dan amalan berniaga begitu. Ini merupakan pengalaman saya yang sedikit. Mungkin pembaca lebih berpengalaman dalam urusan ini.

Jadi, semua pengguna dan pembeli pasti senang dan selesa jika amalan urus niaga kita penuh kemesraan dan kejujuran. Saya yakin tiada isu perkauman dalam amalan perniagaan. Siapa yang jujur dan baik pasti peniaga itu diterima dan disenangi semua pihak bahkan untungnya berlipat ganda tanpa manipulasi dan penipuan terhadap pengguna. Peniaga wajib ada ‘mindset’ memberi servis dan layanan terbaik kepada pelanggan.

Ayuh kita kita memberi kegembiraan dan RAHMAT kepada semua!

Kita 1 Malaysia!

No comments:

Post a Comment