Kegawatan ekonomi pada hari ini, mungkin tidak tampak jelas seperti jerebu, tetapi cukup menyesakkan dada seluruh rakyat yang bernafas di Malaysia. Daripada individu hinggalah organisasi, semuanya sedang menanggung keperitan hidup. Ditambah pula dengan kenyataan menjengkelkan daripada individu berkedudukan, seolah-olahnya bumi bertuah ini tidak lebih sekadar pentas raja lawak.
Kini, dalam kesempitan yang membarah, rata-rata rakyat Malaysia memfokuskan bacaan mereka terhadap penulisan mengenai survival ekonomi masing-masing. Daripada membuat sumber pendapatan kedua, hinggalah kepada memotong perbelanjaan harian dan bulanan, semua itu ikhtiar menghadapi tekanan ekonomi ini. Bagaimanapun, fokus yang terlalu banyak diberikan kepada sektor ekonomi ini, kelak dibimbangi akan mengabaikan kita terhadap sektor lain.
Antara sektor yang perlu kita perhatikan, kesan ekonomi yang parah adalah, pendidikan. Ya, apabila ekonomi semakin teruk, kualiti pendidikan negara akan semakin merudum. Hal ini kerana, kerajaan serta industri, tidak mampu untuk mengambil lebih banyak pekerja untuk mengendali kelancaran operasi institusi pendidikan. Lambakan tugas dipikul keanggotaan yang minimum, bakal mengalihkan tumpuan pendidik ke arah perkara yang tidak terkait dengan perkembangan pendidikan pelajar. Ini akhirnya memberi kesan terhadap tahap keberkesanan pendidikan perdana generasi pelapis kita di sekolah.
Sebelum berlakunya kegawatan lagi, kita sudah dihidangkan dengan pelbagai masalah dalam dunia pendidikan perdana negara ini. Dengan isu penggunaan Bahasa Inggeris, PBS, PT3, itu belum termasuk lambakan graduan pendidikan yang menganggur, percetakan buku teks yang tidak berkualiti dan bersifat berat sebelah, semua ini sudah kita sedia maklum. Pun begitu, berdepan dengan masalah ini, sejumlah sarjana dan aktivis sudah memulakan kritik dan kajian mereka dengan baik.
Namun bagi pendidikan sokongan, masih belum terdapat satu perbincangan atau kajian bersungguh dilakukan pelbagai peringkat, bagi mengukuhkan sektor ini. Walhal, separuh abad kemerdekaan seharusnya membawa kita ke arah pengukuhan sektor ini, lebih daripada menumpukan fokus kita kepada pendidikan perdana. Antara komponen pendidikan sokongan yang perlu kita lihat adalah:
Televisyen dan media sosial
Ini merupakan peranti dan medium paling dekat dengan anak kita pada hari ini. Bahkan, ia boleh disifatkan sebagai rakan karib. Sistem tapisan maya kita, terhadap kandungan tidak bermoral di media sosial, cukup membimbangkan. Ditambah pula dengan kesesakan masyarakat maya yang berada di dalamnya, anak kita sangat terdedah luas dengan gejala moral dan aktiviti jenayah maya. Begitu juga dengan kualiti program televisyen yang ada hari ini, sangat jauh menyimpang daripada falsafah, serta matlamat pendidikan negara.
Buku moral dan motivasi
Alhamdulillah, buku moral dan motivasi di negara ini sangat banyak. Perkembangan ilmu psikologi dan motivasi juga sangat membanggakan. Cuma yang menjadi masalah adalah, bagaimana buku boleh mencapai golongan dan kelompok sasaran? Ini kerana, buku ini kelihatan 'suci', sedangkan sasaran kita lebih banyak bersifat funky dan sempoi.
Kursus atau program pemulihan dan pendidikan
Lambakan program atau kursus cuti sekolah memang tidak dapat dinafikan. Namun di sebalik pengendalian program ini, masih ramai penganjur yang meletakkan matlamat kewangan lebih penting daripada matlamat islah (pembaikan masyarakat). Kerana itu, tidak hairan jika kita lihat, yuran dikenakan sangat tinggi. Kualitinya juga sangat rendah. Lebih banyak tertumpu kepada emosi berbanding ilmu bersifat teknikal. Akhirnya kita lihat, anak kita menangis dalam video program, tetapi sikapnya masih tidak berubah di rumah.
Contoh tauladan masyarakat sekeliling
Ini dunia sebenarnya pendidikan sokongan. Anak kita sangat terdorong untuk mengikut jejak langkah serta tindakan yang diamalkan masyarakat. Sikap masyarakat kita yang masih merokok, hisap vape, lepak di kafe siber, buang sampah merata, bergaduh di jalanan, tidak hormat dan bantu warga emas, ini semua pendidikan secara tidak langsung kepada generasi pelapis kita. Walaupun banyak video serta gambar menunjukkan sikap masyarakat semakin positif, namun itu hanya akan dianggap sebagai hiburan semata-mata oleh anak kita selagi mana mereka tidak mengalami sendiri pengalaman itu.
Perhatian ibu bapa
Ini juga komponen sangat penting dalam pendidikan sokongan. Namun, semakin hari kita menuju kemajuan, ibu bapa semakin kurang memberikan tumpuan kepada anak. Meletakkan tanggungjawab segalanya ke atas bahu guru, pada saat guru disibukkan dengan beban tugas lain, hanya akan menambah kesan negatif gandaan terhadap generasi akan datang. Sepatutnya, melangkah ke arah negara maju, jam bekerja semakin kurang dan tumpuan beralih kepada keluarga. Namun di Malaysia sebaliknya ibu bapa perlu buat lebih 2 pekerjaan. Ini cukup merunsingkan apabila kerajaan sendiri menganjurkan rakyatnya mencari pendapatan sampingan.
Pusat asuhan dan tuisyen
Dengan kesibukan ibu bapa mencari rezeki, maka tanggungjawab memberi perhatian itu dipindahkan pula kepada pusat asuhan dan tuisyen. Bahkan sebahagian besar ibu bapa, menghantar anak ke tuisyen bukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, tetapi sekadar menganggap tempat tersebut sebagai pusat asuhan semata-mata. Ditambah pula dengan meningkatnya kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan, ini hanya akan melemahkan lagi sektor pendidikan sokongan di negara ini.
Khidmat masyarakat
Khidmat masyarakat adalah komponen pendidikan sokongan yang paling berkesan untuk anak. Bersama-sama dengan mereka untuk membersihkan masjid, memberi makan kelompok gelandangan, mengajar ABC dan 123 kepada anak keluarga miskin, menyumbang pakaian terpakai, membantu mangsa banjir dan banyak lagi. Semua ini akan membentuk jati diri anak kita. Pendedahan sejak di peringkat awal lagi, akan memberikan erti hidup kepada anak kita untuk terus hidup untuk kehidupan, bukan hidup untuk kemusnahan. Namun persoalannya, sudahkah semangat khidmat masyarakat ini terbina dalam diri kita sebagai ibu bapa?
Demikianlah beberapa komponen penting dalam sektor pendidikan sokongan yang sebetulnya menjadi kepercayaan kita, pendidikan perdana bukanlah solusi kepada semua masalah. Ironinya, pada saat kita bercakap soal pendidikan sokongan ini, kelemahan sektor lain dalam pembentukan negara ini, cukup memberi impak besar dalam memperlahankan kajian serta perbahasan berstruktur mengenai pendidikan sokongan ini. Dalam keadaan sangat sempit ini, masih adakah harapan untuk kita membangunkan sektor ini?

No comments:
Post a Comment